-MWJJK47-

1K 62 0
                                    

Jungkook akhirnya sampai di syarikat Jeon. Punggungnya terus dilabuhkan ke kerusi berdekatan. Belakangnya disandarkan. Jam di pergelangan tangan dilihat. Baru pukul 10 pagi dan Jungkook masih lagi ada meeting selepas ini.

Dia baru saja selesai meeting di sebuah syarikat yg juga dikenali ramai dan ternama. Jungkook yg baru saja mahu melelapkan matanya itu sedikit terkejut apabila terasa akan gegeran yg terjadi di dalam poket seluarnya. Dia segera menyeluk poket seluarnya. Phone dikeluarkan.

Dilihat dahulu nama si pemanggil dan icon hijau ditolaknya. Phone ditekupkan ke telinga. "Hye sayang." Sapa Jungkook dengan senyuman lebar di bibir. "Hye Oppa. Maaflah call Oppa waktu sekarang ni. Busy ka?"

Soal Yoojin sambil sibuk membetulkan dirinya dihadapan cermin bilik. Jungkook menggeleng. "Tak busy pun. Ni kenapa call ni? Rindu eh?" Usik Jungkook. "Rindu? Rindu tu memanglah rindu tapi saya ada niat lain ni call Oppa?"

Dahi Jungkook terus berkerut setelah mendengar apa yg dikatakan Yoojin itu? Macam serius saja? Dia membetulkan duduknya. "Niat lain? Kenapa? Ada sesuatu yg terjadi di rumahkah? Sayang jatuh? Atau demam? Nak Oppa balik sekarang ka?"

Soal Jungkook bertubi-tubi. Jantungnya mula berdegup kencang!

"Eh tak lah. Saya baik² saja disini. Tak jatuh dan tak demam. Oppa tak perlu balik ke sini ya. Saya cuma nak minta izin dari Oppa ja. Saya nak pergi rumah Omma boleh? Rindulah dengam Omma. Dah lama sangat tak jumpa dengan Omma. Tadi saya dah call Omma. Omma kata Mama ada sekali dekat situ. Boleh eh Oppa? Please? Lagipun saya duduk seorang saja di rumah ni. Bosan."

Terdengar keluhan yg dilepaskan Yoojin di talian.

"Oh. Nak ke rumah Omma? Pergilah. Oppa izinkan. Kesian pula dekat sayang Oppa ni asyik duduk seorang diri di rumah tak ada teman kan? Sayang stay ja disitu sampai malam. Nanti bila Oppa dah balik kerja Oppa terus ke rumah Omma dan kita makan malam saja di rumah Omma ya? Lagipun Oppa pun dah lama tak jumpa dengan keluarga sayang. Driver nak Oppa hantarkan ke sana kah?"

"Eh tak perlulah Oppa. Saya akan minta driver Omma saja yg datang jemput saya disini. Oppa tak perlu susahkan diri Oppa tu. Ok lah. Saya nak mesej Omma ni. Nak minta driver Omma datang ambilkan saya. Jumpa nanti malam ya Oppa. Bye. Saranghae and take care ya."

"Nado saranghae. Take care too my babe." Panggilan terus dimatikan. Jungkook memasukkan phonenya kembali ke dalam poket seluar. Dia duduk termenung seketika disitu sambil melihat keindahan kota Seoul.

Bunyi seperti pintu pejabatnya diketuk membuatkan dia terus berpaling ke arah pintu. "Masuk!" Kata Jungkook dan terus membetulkan duduknya. "Boss." Sapa Sujeong sebaik saja dia tiba dihadapan meja Jungkook. Jungkook hanya mengganguk.

"Kita kena pergi ke syarikat Song pula boss. Boss ada meeting di sana pula." Kata Sujeong penuh sopan dan tertib. Jungkook mengganguk faham. Dia bangun dari duduknya. Buku kecil yg kulitnya berwarna hitam itu diambil.

Jungkook mula menuju ke arah pintu sambil diekori Sujeong.

●●●

"Ommaaa!!" Jeritan Yoojin kedengaran satu rumah agam itu. Sebaik saja kereta yg dinaikinya berhenti tepat di dalam perkarangan rumah. Yoojin terus keluar dari perut kereta dan berlari masuk ke dalam rumah.

"Ommaaa!!" Jerit Yoojin lagi sambil menuju ke arah dapur. Pn Kim dan Pn Jeon yg sedang berborak itu terkejut mendengar jeritan lantang Yoojin. Mereka saling berpandangan sebelum mengalihkan pandangan mereka ke arah Yoojin.

"Ommaaa!!" Yoojin terus memeluk erat tubuh Ommanya. "Omma bogoshipo!!" Rengkek Yoojin masih lagi memeluk erat Ommanya. Pn Kim membalas pelukkan Yoojin. "Nado. Omma pun rindukan kamu Yoojin-sshi." Bisik Pn Kim ke telinga Yoojin.

Yoojin masih lagi memeluk erat Pn Kim. 3 minit berlalu dan akhirnya Yoojin meleraikan pelukkan. Wajah Pn Kim ditatapnya dengan air mata yg bergenang di tubir mata. Rindu yg teramat sekali pada Pn Kim tidak dapat dinyatakan olehnya.

"Kamu rindu dengan Omma saja? Mama?" Soal Pn Kim sambil memandang ke arah Pn Jeon yg masih lagi sedang melihat ke arah dua beranak itu.
Yoojin berpaling menghadap Pn Jeon. Tubuh dibongkokkan sedikit untuk memeluk Pn Jeon.

"Mianhae ma. Saya rindukan mama jugak. Sangat² rindukan mama!" Kata Yoojin makin mengeratkan lagi pelukkan. Pn Jeon membalas pelukkan Yoojin. Dia mengganguk. "Mama pun rindukan kamu." Kata Pn Jeon lalu mencium pipi gebu lagi mulus Yoojin.

Pelukkan mereka terus dileraikan. "Harini Yoo stay disini hingga malam ya Omma. Mama. Jungkook kata nanti bila dia balik kerja dia terus datang ke sini dan makan malam disini sekali." Kata Yoojin dengan senyuman manis di bibir.

"Really? Wah kalau macam tu kena masak banyak dan sedap² ni. Hara kau makan lah disini sekali. Lagipun suami kau kan sedang ada di luar negara. Lagi ramai lagi meriah tau." Pn Jeon seperti sedang berfikir sejenak?

"Hmm baiklah. Untuk malam ni aku akan makan malam di rumah kau eh. Btw kau nak masak apa untuk malam ni?" Soal Pn Jeon ingin tahu. Pn Kim berfikir sejenak. "Aku pun tak tahu lagi nak masak apa? Haa! Apa yg Jungkook selalu minta kau masakkan untuk dia?"

"Maksud kau favorite makanan dia? Anak aku tu kadang² dia minta itu ini tapi yg paling dia suka makan sup ketam lah." Terus terkedu Yoojin dan Pn Kim disitu jadinya. Yoojin menelan liur. Sudahlah dia tu alah pada ketam!

That's why haritu Jungkook pesan sup ketam. Favorite dia rupanya. "Selain sup ketam? Tak akanlah dia suka makan tu saja?" Soal Pn Kim lagi. Pn Kim sebenarnya nak mengelak dari memasak sup ketam sebab anak dia kan alah pada ketam. Sekali lagi Pn Jeon berfikir sejenak.

"Selain sup ketam eh? Spaghetti? Anak aku tu bukannya suka sangat makan makanan Korea. Dia banyak makan makanan barat ja haa. Senang cerita kau masak ajalah apa pun. Anak aku tu bukannya jenis memilih sangat pun. Dia makan ja apa yg kau hidangkan kecuali batu,kayu dan sama dengannya dia tak makan lah."

Pn Kim mengganguk faham. "Kalau macam tu. Nanti petang Yoo dengan Yein dan Mingyu keluar pergi ke pasar boleh? Belikan bahan untuk makan malam nanti?" Yoojin mengganguk.

"Baiklah. Nanti Yoo pergi ke pasar dengan diorang. Alang² tu nanti Yoo ambil diorang do sekolah terus lah senang?"

"Ikut kamulah Yoo. Omma dan Mama ikut saja. Senarai barang nanti Omma berikan ya?" Yoojin mengganguk faham. "Arraseo. Sekarang ni izinkan tuan puteri beradu sebentar ya? Penatlah Omma. Badan ni letih sangat tau. Boleh eh?"

Yoojin mengedipkan matanya beberapa kali kepada Pn Kim dan Pn Jeon. "Alahai Tuan Puteri kita seorang ni ya? Iyalah. Pergilah tidur sana. Nanti kami kejutkan ya?" Bersuara Pn Jeon. Yoojin tersenyum. "Arraseo! Yoo minta diri dulu. Jumpa nanti eh."

Lambai Yoojin dan terus berlalu pergi dari situ menuju ke biliknya. Pn Kim dan Pn Jeon hanya menggelengkan kepala mereka dan kembali berborak.

●T B C●

1087 WORDS!!

Sorry gaiss chap kali ni hambar gila duhh next chap author janji ya author akan keluarkan idea lebih banyak eh? Promise ni promise! Sorry again ya gaiss!

Vote★

Komen✔

Thanksss!

#AuthorYumi!

[COMPLETE]Married With Jeon Jungkook||J.J.K Malay FF||Where stories live. Discover now