-MWJJK25-

1.6K 85 20
                                    

●JUNGKOOK POV●

Aku keluar dari bilikku bersama Yoojin dengan cepatnya. Pintu bilik ditutup dan kakiku cepat saja melangkah menuju ke tangga rumah tetapi langkahku terhenti apabila ternampak sebuah bilik yg tidak berapa jauh dariku pintu terbuka sedikit.

Aku memeriksaan keadaan sekeliling. Tiada sesiapa dan aku pasti semuanya sedang ada di tingkat bawah.

Aku mula melangkah menuju ke bilik itu. Pintunya aku tolak sedikit untuk melihat keadaan di dalam bilik itu. Kelihatan seorang gadis sedang dduk menghadap sebuah piano dihadapannya.

Pintunya aku buka luas lalu melangkah masuk ke dalam bilik itu dan terus mendekati gadis itu. Pinggang rampingnya terus aku peluk membuatkan kedua bahunya terhenjut kerana terkejut.

"Puas saya cari sayang tau. Dekat sini rupanya sayang saya." Kataku dekat dengan telinganya.

Aku dapat melihat dari sisi wajahnya yg bibirnya mengukirkan senyuman. Pelukkan aku leraikan lalu aku duduk di sebelahnya.

"Sayang buat apa disini?" Soalku ingin tahu. Ya. Aku tahu yg dia sedang merenung piano dihadapannya tadi tapi..apa sebab dia datang ke sini kan?

"Hmm..saja nak lihat piano ni." Katanya sambil jari-jemarinya menyentuh jejari(?) piano itu. Aku menyentuh tangannya itu membuatkan dia terus memandang wajahku.

"Saya mainkan piano untuk sayang nak?" Soalku. Wajahnya bertukar kepada wajah terkejut setelah mendengar soalanku tadi. Aku tahu yg dia pasti akan terkejut yg aku ada bakat main piano ni.

"Oppa pandai main pianokah?" Soalnya. Aku mengganguk. "Nak ka tak Oppa mainkan untuk sayang?" Soalku lagi. Yoojin mengganguk.

Tangan kanannya masih lagi aku pegang. Manakala tangan kiriku pula melingkari badannya dan mencapai pula tangan kirinya. Aku bangun dari dudukku lalu berdiri di belakangnya. Tubuhku dibengkokkn sedikit.

"Kita main sama²." Kataku dan aku mula menggerakkan tangannya dan tanganku menekan jejari(?) piano. Piano mula mengeluarkan bunyinya sebaik saja jari-jemari aku dan Yoojin menekan jejari(?) piano.

Daguku diletakkan di bahu kanannya. Piano masih lagi dimainkan kami berdua. Yoojin memandang wajahku dengan senyuman di bibirnya. Begitu juga aku. Memandang wajahnya dengan senyuman manisku di bibir.

Jari jemariku dan juga Yoojin berhenti menekan jejari(?) piano. Aku merenung lama ke dalam matanya. Begitu juga Yoojin. Pandanganku beralih pula ke bibir pinknya itu. Dengan perlahan..

Aku mendekatkan wajahku dengan wajahnya yg hanya tinggal beberapa inci saja. Kepalaku disengetkan sedikit dan..chupp! Bibirku dan bibir Yoojin bertemu sekali lagi. Mataku ditutup rapat! Rapat sekali!

Ciuman makin aku dalamkan hinggalah Yoojin membalas ciumanku. Agak lama kami berkeadaan begitu hinggalah aku yg meleraikan ciuman. Yoojin membuka matanya kembali. Sekali lagi kami saling bertatapan. Yoojin tersenyum.

"Kita pergi honeymoon nak?" Soalku. Yoojin mengangkat keningnya sebelah? "Honeymoon?" Aku mengganguk. "Di mana?" Soalnya. Aku berfikir sebentar dan kembali menatap wajahnya.

"Sayang idam nak honeymoon dimana?" Kali ini Yoojin pula berfikir dan dia kembali menatap wajahku. "Molla tapi..saya teringin nak pergi Paris. Nak tengok menara apa nama tu? Saya nak ambil gambar dekat menar tu! Dengan bakal suami saya. Oppalah orangnya."

[COMPLETE]Married With Jeon Jungkook||J.J.K Malay FF||Where stories live. Discover now