-MWJJK36-

1.2K 73 5
                                    

"Macam mana dengan syarikat Appa sekarang ni? Semuanya baik² saja kan?" Jungkook memulakan perbualan. En Kim mengganguk. "Ya. Semuanya baik² saja selepas syarikat Papa kamu berganding dengan syarikat Appa. Semuanya jadi makin baik sekarang ni."

Jungkook mengganguk faham. "Semuanya berkat kamu lah Jungkook. Kalau Papa tak minta kamu cari mana² syarikat masatu. Mesti syarikat Kim dah muflis masatu dan terpaksa dirobohkan. Kamu banyak berjasa dalam hal ni Jeon Jungkook. Papa bangga dengan kamu."

Ditepuk-tepuk bahu kanan Jungkook. Jungkook hanya tersenyum. "Alah Papa. Hal kecil saja Pa. Bukannya besar mana pun. Jungkook hanya lakukan saja apa yg Papa minta. Jungkook hanya bantu ni saja dan yg lain Papa yg buatkan? Jadi Papa lah yg patut diberi penghargaan dalam hal ni."

En Jeon ketawa mendengar kata² Jungkook itu. "Iyalah. Tapi kamu pun bantu Papa dalam hal ni dan tak sangka kamu dapat ganjaran lumayan dalam hal ni Jungkook." Jungkook hanya senyum. "Alang² kita dah bercakap tentang ni. Papa nak tanya. Bila kamu nak masuk bekerja semula?"

Soal En Jeon. "Hmm..tentang tu..saya tak pasti lagi lah Papa. Kenapa? Papa perlukan bantuan saya kah? Atau ada masalah yg sedang berlaku sekarang ni?" Soal Jungkook ingin tahu. En Jeon menggeleng.

"Tak. Syarikat kita tak ada berlaku sebarang masalah pun cuma Papa nak tahu bila kamu nak masuk bekerja semula? Itu saja." Jungkook mengganguk faham. "Oh kalau tentang tu..saya tak pasti lagi lah Papa. Kena bincang dulu dengan Yoojin tentang hal ni. Kalau saya tak beritahu dia nanti merajuk pula tak ka susah tu?"

En Kim yg hanya diam dan mendengar perbualan dari dua beranak itu ketawa mendengar kata² Jungkook itu. Jungkook terus menatap wajah bapa mertuanya itu. "Nampaknya kamu dah faham dan tahu macam mana sikap si Yoojin tu ya." Jungkook tersenyum.

"Dah masuk 2 minggu perkahwinan kami berdua. Mustahil saya tak tahu sikap Yoojin macam mana. Walaupun perkahwinan kami baru saja masuk 2 minggu. Tapi saya dah tahu sikit² macam mana sikap si Yoojin tu." En Kim mengganguk faham.

"Baguslah kalau kamu dah tahu sikit² tentangnya." Ditepuk-tepuk bahu kanan Jungkook. Mereka meneruskan saja perbualan mereka bertiga tentang bisness. Manakala situasi Yoojin pula.."Mwoya Omma? Tak nak lah saya buat semua ni. Geli lah!"

Kata Yoojin sambil menggeliatkan badannya. Meremang bula romanya. "Tak boleh. Kamu kena lakukannya jugak Yoojin. Dengan cara ni saja Jungkook akan sentiasa dekat dengan kamu dan tak cari yeoja lain tahu." Kata pula Pn Jeon.

"Anni. Saya tak akan lakukannya Mama." Yoojin masih lagi membantah dan tidak mahu melakukannya. "Kamu kena lakukannya Kim Yoojin. Jangan membantah dan sekarang ni kamu cuba lakukannya dihadapan Omma dan Mama sekarang. Palli!"

Pn Kim menggesa anaknya supaya berdiri dari duduknya dan Yoojin dengan tidak rela dan terpaksanya berdiri juga. Dia berdiri dihadapan Pn Kim dan Pn Jeon. Kedua mereka memandang Yoojin dengan senyuman di bibir masing².

"Perlukah saya lakukan semua ni? Saya rasa ianya tak penting dan saya pasti Jungkook hanya akan setia dengan saya saja dan tak akan cari yeoja lain selain saya." Yoojin masih lagi membantah dan tidak mahu lakukan apa yg diajarkan Pn Kim dan Pn Jeon sebentar tadi.

"Macam mana kamu tahu yg Jungkook hanya akan pandang kamu? Macam mana kamu tahu yg Jungkook tak akan cari yeoja lain dan hanya akan setia dengan kamu saja huh?" Soal Pn Kim sambil menyilangkan kedua tangannya di dada.

Pn Jeon mengganguk tanda di bersetuju dengan kata² Pn Kim itu. "Saya tahulah sebab Jungkook dah lakukannya dengan saya 2 kali ok!" Kali ini Yoojin pula menyilangkan kedua tangannya di dada dan dia langsung tidak perasan apa yg baru dikatakannya itu.

"Omo!!" Wajah Yoojin terus bertukar terkejut setelah perasan akan apa yg baru dikatakannya. Bibirnya terus ditekup menggunakan kedua tangannya dan memandang wajah Pn Kim dan Pn Jeon silih berganti. Kedua wanita itu tersenyum penuh makna.

[COMPLETE]Married With Jeon Jungkook||J.J.K Malay FF||Where stories live. Discover now