Lili mengeluh. "Tapi katanya as a friend. Tak tahulah dia tu."

Lynn baru mahu tanya soalan lagi apabila dia dipanggil oleh Ryan.

"Grab dah nak sampai. Kau dah siap ke belum?"

"Huh? Kau dah book Grab?"

"Yelah. Aku kan teman kau."

"Tapi..."

"Kau ni banyak cakap lah. Kau kan anak dara, keluar sorang-sorang bahaya. Aku teman lah."

"Entah Lynn. Pergi je lah. Kitaorang punya buntut dah melekat kat sofa ni, takleh la nak teman kau." Kata Eve.

"Eleh cakap je lah malas."

Lili gelak. "Hihi yelah kitaorang malas. Makan elok-elok, take care. Kalau Ryan buat apa-apa kat kau, call je kitaorang."

"Eh muka aku ni jahat sangat ke hah?"

"Yelah. Kau pernah sakiti Lynn."

"One time je."

"Je?" Lili mengangkat salah satu keningnya. "Kau better jaga dia, kalau tak aku report ke parents kitaorang."

"Iye, tahulah."

Pon! Pon!

"Jom, Grab dah sampai tu." Ajak Ryan lalu dia keluar dari rumah.

Lynn memandang ke arah Eve dan Lili. Mereka berdua sibuk menonton sesuatu di telefon Eve.

'Ceh, sombong. Pemalas.'

Nak tak nak, terpaksalah Lynn pergi dengan Ryan. Bukannya dia takut atau marah ke Ryan. Dia rasa 'awkward' bersama dengan seorang lelaki. Tetapi apakan daya? Kawannya malas, Ryan pula rajin mahu teman. Pergi ajalah berdua bersama pak cik Grab.

□●□●□

"Kat sini? Well, this is unexpected..." Kata Lynn apabila dia melihat kedai mamak di depannya.

"Asal? Kau nak gi kedai cantik-cantik, aesthetic bagai ke?" Ryan mengeluarkan fonnya. "Kejap, bagi aku book Grab."

"No, no! I mean, aku tak expect kau untuk pilih kedai macam ni. I thought..."

"Kau ingat aku suka kedai fancy-fancy, 5 stars gitu? Kedai mamak la paling best." Mereka berdua mula berjalan memasuki kedai mamak tersebut. "Lepak sampai Subuh, borak dengan member. Mamak memang the best!"

Mereka mengambil tempat duduk lalu memesan makanan.

"Tu plan korang ke malam ni?" Tanya Lynn selepas pelayan mengambil pesanan mereka.

Ryan mengangguk kepalanya. "Of course lah."

"Tak penat ke? Besok korang nak blah pergi Kl."

Besok, girls dan jejaka akan berpecah. Jejaka akan ke Kl, girls akan stay di Shah Alam sehinggalah tamat cuti persekolahan.

"Kl je pun. Bukannya jauh dari sini."

Air mereka tiba. Mereka minum air dengan senyap.

"Kita actually tak kenal each other dengan mendalam kan? How about you tell me interesting things about you?" Tanya Ryan, mahu hilangkan rasa awkward antara mereka berdua.

Lynn diam seketika sebelum menjawab. "Aku tak rasa ada benda interesting tentang aku..."

"Hmm?" Ryan mendekatkan dirinya ke meja. "Takkan la langsung takde."

Lynn merenung ke arah gelasnya. Nampak refleksi dirinya dari gelas tersebut. "Dulu aku confident tapi bila dah besar, confident tu hilang. And now aku rasa kekok sikit cakap dengan lelaki..."

7 Girls, 7 Boys (Completed)Onde histórias criam vida. Descubra agora