BAB 6

2.2K 76 1
                                    

Aisyah bersiap-siap untuk ke butiknya pada pagi itu. Kelmarin dia batalkan niatnya kerana Farish ajak keluar. Aisyah memandu keretanya perlahan. Setibanya dia di butik , dia melangkah masuk ke dalam butik. Kelihatan kak Ani yang sedang menyusun baju yang baru sampai. Arissa pula membelek buku bayaran di kaunter. "Kak Ani , Qaseh mana? dia tak datang ke ?" tegur Aisyah.

"Ada , kat belakang. Tengah tidur" jawab kak Ani senyum. Aisyah kagum dengan sifat kak Ani yang tabah. Walaupun dia ditinggalkan suaminya 2 tahun lepas , dia tidak pernah mengeluh untuk menjaga anaknya seorang diri. "Beb, kau pergi mana semalam ? kau cakap nak datang ?" sapa Arissa.

"Bos aku ajak keluar , urusan pejabat" balas Aisyah selamba.

"Ouh" balas Arissa lalu menyambung kerjanya semula.

Kring,kring. Pintu butik dikuak dari luar menandakan ada pelanggan. "Rissa , kau tolong tengokkan pelanggan tu boleh ?" pinta Aisyah. Arissa mengangguk. Aisyah menggantikan tempat Arissa tadi dan menyambung melakukan kerja Arissa yang tertangguh.

"Selamat datang ke Butik Aisyah, ada apa-apa boleh saya bantu encik ?" sapa Aisyah dari arah belakang lelaki itu. Lelaki itu berpaling ke arah Arissa. Bibirnya mengukir senyuman manis. Arissa membalas senyuman itu. Lelaki tadi berdehem sedikit membetulkan suaranya.

"Ni Butik Aisyah Humaira ke ?" soal lelaki tadi.

"Ya encik , encik siapa ya?" Arissa berkerut dahi. 'Kawan Aisyah ke? tapi sebelum ni Aisyah tak pernah ada kawan lelaki. Tak silap aku , kawan Aisyah semua perempuan' Arissa bermonolog sendiri.

"Saya kawan lama dia. Cik Aisyah ada ? Boleh saya jumpa dia ?" soal lelaki tadi.

"Sekejap ya encik , saya panggilkan cik Aisyah" Arissa berlalu meninggalkan lelaki tadi.

"Beb , ada orang nak jumpa kau , katanya kawan lama kau" Arissa membaiki tudungnya di hadapan cermin.

"Siapa ? lelaki ke perempuan ?" soal Aisyah kehairanan.

"Entah , lelaki tapi handsome gak. Kau ada secret admire tak cakap aku pun kan ?" Arissa mula mengusik bosnya itu.

"Weh , sorry sikit. Kawan lelaki pun aku takde , inikan pula secret admire" Aisyah menjeling Arissa yang dari tadi Asyik membaiki tudungnya. Aisyah bangun dari tempat duduknya lalu ke hadapan. "Maafkan saya encik , encik ke yang cari saya?" soal Aisyah. Terbuntang mata Aisyah apabila lelaki itu berpaling ke arahnya. Lelaki itu tersenyum lebar. "Akir !? Apa awak buat kat sini ?" soal Aisyah.

"Saya cari awaklah. Takkanlah saya nak beli baju perempuan pula. Saya masih straight okay" ucap Syakir sambil tersengih.

'Ish , aku tahulah kau datang sini nak cari aku , tapi tujuan apa. Sakit pulak hati aku ni. Kalau boleh nak je aku ketuk kepala kau dengan kuali' Desis hati Aisyah. Geram dengan Syakir."Awak nak apa datang sini ?" soal Aisyah acuh tak acuh.

"Nak ajak awak keluar sekejap, boleh ?" soal Syakir sambil mengjongket keningnya sebelah.

Aisyah berfikir sejenak. "Boleh , tapi sekejap je tau" Aisyah mendapatkan handbagnya lalu dia menyusul Syakir yang memasuki ke dalam perut kereta.

♥♥♥♥

Hanya bunyi radio sahaja di dalam kereta. Aisyah dan Syakir sama-sama mengunci mulut. 'Aishh ,mamat ni . Kat butik tadi bukan main bising , ni tetiba pula jadi bisu. Sabarlah Aisyah' Aisyah mengomel sendiri. "Akir , kita nak pergi mana ni ?" soal Aisyah memecahkan kesunyian. Aisyah mengerutkan dahinya. "Akir ? Akir" panggil Aisyah.

"Hmm? Apa awak cakap ?" Syakir tersedar dari lamunannya.

"Awak ni , suka sangat mengelamun. Saya tanya kita ni nak pergi mana?" Aisyah tersenyum dan mengangkat keningnya sebelah.

"Ouhh . Saya nak ajak awak pergi ke sesuatu tempat" Syakir memandang ke arah Aisyah sekilas.

"Ooo. Okey" balas Aisyah. Mereka tiba di mall lalu Syakir memarking keretanya di tempat parking kereta. "Jom , kita dah sampai" Syakir membuka seatbelt di tempat duduknya lalu keluar dari perut kereta. Aisyah mengikuti sahaja Syakir. Mereka masuk ke dalam mall terus menuju ke suatu butik.

"Ermm , Aisyah ? malam ni , mama saya ada buat makan-makan sikit dekat rumah and mama jemput awak sekali" terang Syakir.

"Ohh ,okay. So ,sekarang ni kita nak buat apa kat butik ni ?" Soal Aisyah lembut.

Syakir tersenyum "Okey now , take a dress that you like"

"What ? tak payah susah-susah lah Akir. Lagipun , mahallah dress kat sini , saya tiada duit nak bayar" Aisyah menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Nope , you have to pick these dress , please !" rayu Syakir.

"Hmm ,yelah" Aisyah mula memilih dress. Syakir tersenyum puas. Aisyah memilih baju yang murah lalu dia tunjukkan pada Syakir yang dia mahukan baju yang diambilnya walhal dia langsung tidak suka baju itu kerana dia tidak mahu Syakir mengeluarkan duit yang banyak dan tidak mahu susahkan Syakir.
"Ermm , saya rasa tak sesuai yang ni dengan awak" Syakir tahu Aisyah tidak sukakan baju itu lalu dia memilih baju yang lain. Aisyah mengeluh kecil. Syakir mengambil dress yang berwarna cream, manik pada dress itu dihias dengan cantik dan sesuai untuk Aisyah yang tinggi lampai.

"Nah , cuba yang ni. Mesti cantik". Aisyah terpegun melihat dress yang dipegang oleh Syakir. 'Cantik , Akir memang pandai pilih' Aisyah tersenyum melihat dress itu lalu membelek harga. 'Mak aii ! 400 ringgit' Bulat mata Aisyah melihat harga dress tersebut.

"Ermm , Akir. Maaf , saya tak suka dress ni " Aisyah tersenyum nipis. Matanya asyik memandang dress itu.

"Aisyah , awak jangan risau tentang harganya. Just try it ,okay?" Syakir memujuk Aisyah untuk menerima dress itu. Aisyah mengalah lalu mengambil dress tersebut ke fitting room.

Mata Syakir tidak berkelip melihat Aisyah yang sudah memakai dress itu.

"Akir ?" Aisyah melambai-lambai tangannya di hadapan muka Syakir. Syakir mengalihkan pandangannya ke arah lain. Mukanya mula bertukar merah menahan malu kerana melihat Aisyah begitu.

Aisyah tersenyum melihat wajah Syakir. "Akir , okey tak dress ni ?" soal Aisyah menutup malu Syakir.

"Okey , cantik" Syakir mengangkat ibu jarinya. Aisyah tersenyum. Hatinya sangat gembira dapat memiliki dress itu. Syakir membayar dress itu di kaunter lalu mereka beredar. Syakir menghantar  ke rumahnya.

"Terima kasih Akir for this dress" Aisyah tersenyum.

"Sama-sama . Sokaylah .Nanti saya datang jemput awak jam 8 malam ye?"

"Okey" Aisyah membuat tanda okay kepada Syakir. Syakir memandu keretanya pulang ke rumah.

Author buat sikit bab ni. Hehehe.. sorry bab 6 lambat update. Ada typo or anything ,komen  tau..... Pape pun thanks reading and vote. Enjoy guyz !

Dulu 'Crush', Sekarang 'Husband' (HOLD)Where stories live. Discover now