BAB 4

2.6K 72 0
                                    

Aisyah membuka matanya perlahan-perlahan. Kepalanya terasa berat sekali. Aisyah bangun terus menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Usai solat subuh , Aisyah menyiapkan dirinya untuk ke pejabat. Aisyah hanya mengenakan blouse biru cair dan skirt labuh berwarna coklat. Tudungnya dililit kemas dikepala. Dia turun ke dapur untuk membuat sarapan pagi. 'Erm , nak masak apa yer ? Hah ! masak feveret Lia lah nasi goreng Bombay telur mata. ' Aisyah bermonolog sendiri. Aisyah mengeluarkan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat nasi goreng Bombay.

"Kau masak apa tu beb ? sedapnya bau" Kamelia menyergah Aisyah dari belakang "Ooo mak kau ! . Lia !! Kau ni buat aku terkejut jelah. Nasib baik tau tangan aku ni tak laju. Kalau tak , dah lama kepala kau tu dapat ciuman dari sudip ni" bebel Aisyah geram. "Sorrylah beb , hehehehe . Bukan selalu usik kau. Kau masak apa ?" ucap Kamelia lalu menolong Aisyah membancuh air milo panas.

"Aku masak nasi feveret kau" Aisyah tersenyum. "Nasi goreng Bombay ? Oh my god , thanks Aisyah. Kau ingat lagi eh , feveret aku ?" ucap Kamelia gembira. "Of course lah ingat. Dulu kau sampai demam tak dapat makan nasi feveret kau ni lepastu sampai taknak makan satu hari. Ish , ish , ish . Kalau duduk dekat Indiawalee tu takpe jugak nak makan nasi goreng Bombay , ni duduk dekat Australia tempat mat saleh , tapi nak makan macam kat tempat mat keling" bebel Aisyah dalam nada mengusik .

"Beb, tu cerita lama . Jangan lah diungkit" pipi Kamelia mula merah menahan malunya. Aisyah menahan tawanya melihat Kamelia namun hampa , tawanya terletus juga membuatkan kedua-dua mereka ketawa terbahak-bahak.

♥♥♥♥

Aisyah memandu kereta Myvinya ke Syarikat Dato Mudzaffar yang kini sudah menjadi milik anaknya , Mohd Farish Aqasha. Aisyah menuju ke pejabatnya tingkat 20 . Hatinya berdebar-debar kerana ini kali pertama dia menjadi P.A . Aisyah keluar dari lif terus menuju ke ruangannya. Aisyah terlihat ada sekeping kertas berwarna merah jambu di atas meja kerjanya . 'Ish , siapa pulak yang hantar ni ? dahla tak tulis nama' Desis Aisyah dalam hati .

'Hai awak ? awak apa khabar ? sihat ?. Awak comel lah. Awak , boleh tak saya nak kawan ngan awak ? saya dah lama nak kawan ngan awak'.

Aisyah membelek-belek kertas itu , mencari nama penghantarnya tetapi hampa , tiada satu pun petanda siapa yang menghantarnya. Aisyah meletakkan kertas tadi ke dalam sebuah kotak kecil . Aisyah meneruskan kerjanya. Farish asyik memerhati Aisyah sejak dari tadi yang sedang leka membuat kerja. Farish mula bosan di pejabatnya lalu menekan butang di telefon dan menyuruh Aisyah masuk ke pejabatnya.

Tok , Tok. "Masuk" ucap Farish. "Encik panggil saya ke ?" soal Aisyah. "Ye , sila duduk . Aisyah , jadual saya full tak harini ?" soal Farish lalu sambung membuat kerjanya. 'Aishh Farish , kau ni Aisyah ada depan mata laju je buat kerja. Kau memang dah mabuk cinta dah dengan Aisyah ni' Farish bermonolog sendiri.

"Ermm berdasarkan jadual Encik Farish , hari ni Encik free dan tiada apa-apa appoiment dari pukul 1 petang hingga 7 malam" Aisyah mengukir senyuman manis kepada bosnya.

Farish merenung Aisyah macam hendak terkam. Lama mereka bertentang mata lalu Aisyah mengalihkan pandangannya ke arah lantai. Farish tersedar dari perbuatannya itu lalu berdehem kecil. "Maafkan saya , awak boleh keluar sekarang . Terima kasih" ucap Farish. Aisyah bangun terus beredar dari pejabat Farish. 'Ish , apa kau buat ni Farish. Malunyaa !!' desis di hati Farish. Farish meraup mukanya yang sudah kemerahan itu.

Aisyah berjalan menuju ke ruangannya lalu menyambung membuat kerja yang tertangguh itu. Handphone Aisyah berbunyi menandakan ada Whatsapp masuk.

"Aisyah , kau kat mane ?"-Arissa.

"Aku kat ofis lagi, kenapa Rissa ?" - Send .

Dulu 'Crush', Sekarang 'Husband' (HOLD)Where stories live. Discover now