Then baru semua orang perasan ada aura hitam yang datang dari Yoongi. Muka dia masam je.

"Aigo, oppa ni... Sini Yun dukung Yoongi dulu."

Aku bertinggung seraya mendukung Yoongi. Rasa pelik, tapi rindu. Yoongi merangkul leher aku dan kepalanya disembamkan. Haneul yang turut didukung dah tertidur dengan bibir memuncung. Haih, ikut perangai siapa lah ni?

"Noona! Chim nak juga! Nak juga! Huwaaaa!"

Jimin dah menghentak-hentak kaki. Hosoek dah ikut Jimin. Jin hanya diam dan memandang Yoongi dengan mata yang mencerlung.

"Joon pun nak..!"

Namjoon join Jimin yang hentak-hentak kaki. Dia lagi kronik, siap tarik-tarik baju aku lagi.

Prak!

"Er.. Mianhe. Ehehehehe."

Aku hanya mampu memandang baju aku yang dah terkoyak sikit. Nasib baik bahagian bawah. Kepala Namjoon diusap. Nak marah memang taklah.

"Excuse me.. Ni kenapa malam-malam bising sangat? Ada apa-apa nak buat laporan ke?"

Suara seorang ahjusshi menyapa. Wajahnya bengis dan memegang cota. Matanya memandang budak-budak ni. Terus dorang lari sembunyi belakang aku.

"Mianhe, saya memang datang nak buat laporan."

"Kalau macam tu, masuklah."

Aku mengikuti langkah ahjusshi tu. Sempat aku baca nama yang tertera pada teg namanya, Kang Haneul.

Eh, nama macam anak aku je. Hehe.

Aku menarik kerusi dan duduk di hadapannya, yang lain berdiri mengelilingi aku sementara Yoongi dah duduk atas peha, Haneul pula masih lena tidur.

"Nama?"

"Jung Ji Yun.."

Tap... Tap.. Tap

"Umur?"

"27 tahun."

Tap..Tap..

"Family?"

"Semua ni..."

Tap..Tap..

Aku berkira-kira patut ke aku bagitahu dia pasal eomma, omma dan appa?

Dan aku decide untuk tak bagitahu. Nanti risaukan dorang pula. Aku yakin aku boleh selesaikan masalah ni... Hope so.

"Okay, jadi apa laporan yang Cik Jung nak laporkan?"

Aku menarik nafas sebelum menceritakan semua yang terjadi. Khusyuk dia mendengar cerita aku.

"Ahjusshi.. Ni dompet orang jahat tu. Jin terkutip."

Jin tiba-tiba menyampuk lepas aku sudahkan cerita. Kakinya dijengket sebelum letakkan dompet tu atas meja.

"Oh senanglah kalau dah tau identiti!"

Ahjusshi tu meneliti satu-persatu maklumat tentang orang yang menculik Jungkook dan Taehyung. Berkerut-kerut dahi dia cuba menganalisis.

"Kami akan selesaikan kes ni. Cik boleh balik dulu dan tunggu panggilan daripada kami ya."

Aku menggeleng.

"Saya nak sertai encik.. Jebal.. Saya sangat risaukan dua orang adik saya tu.."

"Tak boleh cik... Ni kerja bahaya, kerja polis. Cik tu perempuan. Ada budak-budak lagi. Cik tunggu di rumah ya?"

Aku mengeluh. Yoongi yang sedari tadi hanya memandang ahjusshi tu dengan mata yang buntang menggengam tangan aku.

Keciknya tangan dia! Lama aku tak pegang tangan ni aw. Hehehehe.

"Yun, kita tunggu rumah, okay?"

"Hm, arraso oppa."

Ahjusshi tadi yang sibuk call sana sini memandang aku sekejap. Aku pandang dia balik.

Oh, mesti dia pelik aku panggil Yoongi oppa. Hahaha.

"Kami balik dulu ya encik. Tolong.. Selamatkan adik-adik saya."

"Baiklah, kami akan cuba sedaya-upaya."

Ahjusshi tu kembali bercakap dengan rakan sekerjanya. Aku dengar-dengar dia sebut details pasal Kim Junmyeon tu.

Aku bangun dari kerusi dan letakkan Yoongi dekat lantai. Lenguh kaki aku dibuatnya pangku dia.

"Jin nak noona dukung. Em."

"Eh, eh. Dah kenapa ni."

"Noona, jebal?"

Mata Jin dah berkelip-kelip. Tangannya disatukan dengan muka berharap. Aku mengeluh. Macam mana nak kata tak boleh?

"Andwe! Tadi hyung dah. Sekarang Chim lah pula.."

"Hoseok bila?"

"Joon?"

Semua orang dah bising dan berebut. Pening aku dengan dorang ni.

Aku memandang Yoongi yang hanya diam. Tak join pula budak-budak ni membising.

"Gwenchana. Yoongi kasi adik-adik dulu peluk noona. Tapi noona janji peluk Yoongi juga nanti, tau?"

Aku mengganguk dan tersenyum. Comelnya dengar dia panggil aku noona balik.

"Biar Yoongi dukung Haneul. So, noona boleh dukung dua orang sekali. Hehehe."

Tetiba rasa sebak dan terharu. Yoongi ni banyak mengalah.

"Gomawo Yoongi."

Aku menyerahkan Haneul pada Yoongi. Jimin dan Namjoon yang dah cemberut tu aku dukung dan cium-cium pipi dorang.

Setengah perjalanan, Jin dan Hoseok pula didukung dan dicium. Haih, geramnya..

Yoongi dibelakang yang leka bercakap sambil menepuk-nepuk Haneul aku pandang.

What a cute sight.

BTS Kids | S2 & S3Where stories live. Discover now