Aku terus pandang dia dengan muka dua kali ganda lagi merah dari tadi. "diamlah"

Jimin tergelak kecil lagi. "Lahai comelnya bakal isteri saya ni~" seklau lagi Jimin mengusik. Nak aja aku baling mangkuk berisi ramyun tu dekat muka dia.

Dia tergelak kecil lagi. "Sayang merajuk ke? Alaah janganlah" Dia duduk di sebelah aku. Tadi dia duduk dekat depan aku.

Aku menggeleng. "Takdelah tapi Mirae malu" aku menjawab perlahan sambil menunduk.

Jimin mengangkat dagu aku dengan dua jari. Mata kami bertembung.

"oppa sayang Mirae, sangat sangat" Dia mengucup lembut bibir aku sekilas.

"Mirae pun sayang oppa,sangat-sangat"

Bibir kami bertemu lagi.

---

Author's POV

Kepalanya yang sememangnya dah kusut semakin bertambah kusutnya. Dahinya diurut-urut.

"Kenapa Mirae hidu-"

"-TOLONGLAH FAHAM AKU" Puan Kim menjerit marah. Wajah adik lelakinya yang mula menikus jeling sebelum keruisnya dipusing membelakangi adiknya.

"Aku faham weh. Aku pun sayang diorang. Tapi kalau aku, aku lagi sanggup anak aku mati dengan tangan aku berbanding kene bunuh dengan lelaki tak guna tuh."

Puan Kim mengeluh. "Aku tak sanggup..." mukanya diraup kasar. Kehidupannya menjadi sangat kucar-kacir sekarang selepas kehadiran lelaki tak guna tu.

Ingat senang nak langgar suami sendiri yang kita dah kongsi hidup bersama selama bertahun-tahun?

Ingat senang nak buat-buat benci anak sendiri?

Ingat senang nak perangkap anak yang selama ni ceriakan kita sampai masuk lokap?

Ingag senang berpura-pura jadi jahat?

Dia sayang keluarganya, terlalu sayang. Tapi kehadiran lelaki tak guna yang sudah lama menyepi membuatkan dia terpaksa berbuat demikian. Dia tak rela melihat orang yang dia sayang mati ditangan lelaki durjana itu jadi dia ambil keputusan untuk

bunuh keluarga dia sendiri

Sound crazy,tapi dia terpaksa. Dia ugut macam-macam sampai otak Puan Kim mula jadi kurang waras.

"nuna kau kene cepat sebelum dia masuk campur" Adiknya bersuara perlahan.

"Aku sayang mirae aku sayang taehyung aku sayang suami kau aku sayang kau dan aku tahu kau pun sayang diorang kan? Tapi kau tahu tak betapa bahayanya diorang kalau dia masuk campur?"

"Aku tahu" puan Kim mengeluh lemah. Kerusinya dipusing menghadap adiknya.

"Mirae tak balik semalam, stay rumah Jimin. Aku bersyukur dia tak balik sebab aku tahu dalam ramai-ramai maid aku, ada spy dia." Puan kim tersenyum kecil. Nyata senyumannya palsu.

Taehyung selamat dalam penjara. Kau tahu? Aku upah salah sorang polis untuk larikan tae masa hari dia akan digantung nanti. Aku nak polis sorokkan tae sampai satu masa lelaki kejam tu tumbang baru aku nak bagi dia munculkan diri balik." Ada sinar ceria dimata Puan Kim.

"Tapi Mirae, aku tak tahu nak sorok dia macam mana" Puan Kim mengeluh buat kesekian kali.

Jungyoung,adik Puan Kim, memandang sayu ke arah kakaknya. "Hyung....?" Tangan kakaknga digenggam seraya perihal suami kakaknya pula ditanya.

Esakan kecil kedengaran. Jungyoung mengetap bibir.

"Aku upah orang bunuh dia. Weh aku ... tak .. sa-sanggup"

Jungyoung mengeluh lagi.

---

Jungkook mengemas semua barangnya. Semua guru sudah lama balik, sengaja dia tak balik lagi untuk tanda buku pelajar.

Terasa dirinya diperhati,Jungkook memandang sekeliling.Tiada sesiapa disitu melainkan dirinya.

Dia mengangkat bahu. Perasaan je kot.

Tapi setiap pergerakan dia,dia rasa diperhati. Peluh dingin mula terbentuk di dahinya. Tak mungkin orang-orang dia tahu aku dekat sini?

Ya,Jungkook diupah Puan Kim untuk membunuh suaminya. Dia diugut sebenarnya. Tapi tanpa pengetahuan Puan Kim, Jungkook turut diupah- diugut sekali lagi- oleh seseorang untuk mempercepatkan lagi proses pembunuhan.

Jungkook bukan lahir dari keluarga golongan berada, dia dilahirkan dalam keluarga biasa-biasa sahaja. Diugut untuk keluarganya dibunuh membuatkan Jungkook bersetuju dengan benda gila ini. Lagi gila bila Puan Kim kadang-kadang suruh cepatkan proses tapi kadang-kadang suruh tangguh. dia itu pula selalu suruh Jungkook percepatkan.

Tersepit antara kedua-duanya, jungkook memilih untuk melarikan diri buat seketika smabil melindungi Mirae, anak muridnya, dari jauh. Terkejut beruk dia haritu apabila Mirae dan seorang lelaki yang tak dikenalinya membuka pintu ketika dia cuba meletak racun ke dalam air yang dimasukkan ke dalam badan Tuan Kim.

Dia kenal Mirae, Taehyung juga dia kenal. Tapi hanya kenal macam tu jelah. Taehyung pun tak tahu kewujudan Jungkook dalam dunia ni. Mirae tahu pun sebab dia cikgu Mirae.

Untuk kesekian kali Jumgkook mengeluh.

Orang berduit memang senang macam ni ke hidup dorang? Upah orang buat jahat jadi dia terlepas.

Jungkook bertekad, walau apa pun jadi dia akan larikan diri dari permainan gila ni

dan

dia akan cuba sedaya upaya untuk selamatkan Mirae Taehyung dan Tuan Kim.

Jungkook tersenyum sendiri. Suka dengan idea yang seperti menempah keranda sendiri tapi apa dia kesah? dia lagi rela mati sebab tolong orang berbanding mati sebab berniat jahat.

---

Without You ◆pjm◆ ||Completed||Where stories live. Discover now