Terus dia keluar untuk selamatkan isterinya.

"Woi! Jahanam kau! ".pekik ejoy.

Zack memalingkan wajahnya ke arah ejoy dengan senyuman. Tusukan pisau ke perut Sofea makin ditekankan.

"Arghhh! ".berkerut wajah Sofea menahan kesakitan. Pandangan sudah makin kabur.

Entah kenapa tubuh ejoy tiba-tiba terkaku. Hatinya sakit bila melihat orang yang dia sayang kena tikam. Bagaikan dalam mimpi.

Dan perlahan-lahan zack manarik pisau itu dari perut Sofea. Dan dia terus menolak tubuh Sofea dan dia berlari masuk ke dalam kereta bersama konco nya.

Renungan nya terhenti bila melihat zack berlari masuk ke dalam kereta

."Setan kau! "

terus ejoy berlari untuk menyambut tubuh Sofea yang sudah lemah. Baju sofea sudah berlumuran darah.

"Sofea, Sofea. Aku mintak maaf sebab tak teman kau sidai baju. Sofea aku mintak maaf".rayu ejoy. Air mata lelakinya yang sudah lama tidak mengalir dan pada hari ini air matanya kembali mengalir kerana seseorang yang dia sayang.

Bibir pucat Sofea mengukirkan senyuman pucat. Tangan kirinya diangkat untuk memegang pipi ejoy.

Ejoy menyambut huluran tangan Sofea dan dia bawa ke pipinya. Dia mencium tangan Sofea dengan air mata mengalir. Dia turut sakit bila melihat isterinya sakit.

"A.. Aku.. Mi... Min.. Mintak ma... Af de.. Dekat kau ".pernafasan Sofea makin laju. Sakit yang tak terkira dia menaggung sekarang ni hanya Allah yang tahu.

Ejoy mengangguk. "Kau tak de buat salah dengan aku. Kau.. Kau okey. kita pergi hospital. Tapi kau jangan tertidur tau. Paksa diri kau bukak mata".ujarnya dengan sendu. Baru dia ingin bangun tiba-tiba dia mendengar sapaan dari ibu mertua nya.

"Ya Allah ejoy kenapa dengan anak ibu ni? ".cemas suara maimunah yang baru balik dari pasar.

"Ibu tolong ambik kunci kereta ejoy dekat atas meja depan TV dengan dompet ejoy sekali. Cepat ibu! ".desak ejoy

Maimunah terus berlari anak masuk ke dalam rumah. Tidak semena-mena air matanya jatuh. Ibu mana yang sanggup tengok anaknya berlumuran darah macam tu

Ejoy menampar lembut pipi Sofea yang matanya hampir terpejam. "Tolong bukak mata tu jangan tutup. Kejap lagi kita pergi hospital ye.. Kau Tunggu okey. Kau sayang aku kan? Kalau kau sayang aku tolong jangan pejam mata kau".

"Ejoy nah kunci kereta".

Ejoy terus mencempung tubuh sofea dan di bawa ke keretanya. Dia meletak Sofea dengan perlahan.

"Ibu jom bu. Pintu rumah semua dah kunci kan? ".soal ejoy kalut. Dia terus mencapai kunci keretanya

Maimumah mengangguk. Dia turut membuka kereta di bahagian penumpang di belakang.

Sampai sahaja di wad kecemasan terus ejoy keluar untuk mintak bantuan

Nurse mula berpusu-pusu membawa streacher ke arah kereta ejoy.

Ejoy perlahan-lahan mengangkat isterinya. Dan di letakkan di streacher.tangan dan badannya juga terkena darah Sofea. Tapi dia hanya endahkan seolah-olah dia dah biasa dengan darah .

Dia terus masuk ke dalam membuka pintu untuk ibu mertua nya.

Dia hanya memimpin maimunah yang lemah disebabkan banyak menangis.

"Rina lepas ni nak sambung belajar dekat mana? ".soal datin ilyana .slip keputusan masih ditangannya. Dia sebagai seorang ibu memang cukup bangga dengan kejayaan azharina.

"Rina ingat nak sambung belajar dekat luar negara lah. Alang-alang tu bole tenangkan fikiran sekali.".

Dato azhar yang duduk di sebelah datin ilyana hanya tersenyum. Walaupun azharina bukan anak kandungnya dia tetap berbangga.

"Nanti kita celebrate okey. Sebab rina dah buat umi dengan abah bangga ".

"Okey. Terima kasih abah".

"Sama-sama".

"Tengok Adik aku cemerlang je".celah faizul.

Hairul mencebik. "Adik kau adik aku jugak so jangan bangga sangat. Kan Rina kan".

Azharina mengangguk. Ni lagi dua orang. Kerja nak gaduh je. Tak penat agaknya.
"Mana firdaus? ".

"Ouh dia angkat call siapa entah. ".ujar hairul

Azharina mengangguk. Dia terus memandang ke arah pintu masuk rumahnya.

Dahi nya berkerut bila melihat firdaus kelam kabut datang ke arahnya. Belum sempat dia bertanya firdaus sudah medahului.

"Rina saya kena pergi hospital sekarang".

Dahi azharina muka berkerut. "Hospital? Buat apa? Sapa sakit? ".

"Sofea.. Dia kena tikam.".

"Hah?! ".terkejut memang terkejut.

"Aku ikut kau pergi hospital".terus azharina bangun dan menyalam tangan uminya.

"Rina pergi dulu tau umi.".

Datin ilyana mengangguk. "Rina pergi dulu nanti umi ikut ".

Perlahan azharina mengangguk. Dalam hatinya hanya Allah saja tahu betapa risau dan takut. Ya Allah selamatkanlah kakak aku ya allah

"Dokter macam mana keadaan isteri saya? ".tanya ejoy dengan risau.hampir 3 jam dia berdiri di hadapan bilik pembedahan.

Dokter yang merawat sofea menggeleng perlahan. "Maaf saya..... "


Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku Where stories live. Discover now