Flower | Hoseok*Sad

843 38 1
                                    

Special for Jhope's stans! Enjoy!

Your name:Kang Soo Min

                                                                 xxxx
(Author Point Of View)
Soomin adalah seorang gadis yang berasal dari keluarga susah. Dia telah kematian kedua ibu bapanya dan kini tinggal bersama dengan halmeoninya.

Walaupun datang dari keluarga yang susah, kehidupan Soomin dan halmeoninya tetap terjaga kerana pakcik Soomin membiayai perbelanjaan hidup mereka. Persekolahan Soomin juga dibiayai sepenuhnya.

Memandangkan dia akan menduduki peperiksaan,halmeoni tak benarkan Soomin untuk bekerja part time lebih masa. Jadi Soomin hanya bekerja sebagai penjual bunga memandangkan Soomin rajin menanam bunga seperti arwah ommanya.
Dan suatu hari, Soomin didatangani oleh seorang lelaki yang ceria dan periang. Lelaki tu bernama Jung Ho Seok. Seorang lelaki dari keluarga yang berada.

Hoseok akan datang setiap hari untuk membeli bunga ros dari kedai Soomin. Setiap hari, Hoseok membeli bunga yang sama. Bunga ros merah 3 tangkai, ros putih 3 tangkai, ros biru 3 tangkai, ros merah jambu 3 tangkai.

Semakin hari Soomin rasa dia tertarik pada Hoseok. Disebabkan sikapnya yang peramah dan tak sombong. Dan Hoseok suka menceriakan keadaan. Sudah 5 bulan mereka berkenalan dan Soomin dan Hoseok seolah rapat seperti kawan karib.

(Soomin Point Of View)
Aku sedang menyembur air supaya bunga-bunga dalam kedai ni selalu segar. Kalau tak layu la. Rugi aku. Setangkai ros merah yang diselit ke dalam jambangan aku tarik dan hidu. Hmm... Harum.

Patutla eomma suka sangat dengan bunga ros. Bau dia wangi dan penuh dengan maksud tersirat.

Aku letakkan semula bunga ros ke dalam jambangan memandangkan bunga tu dah ditempah. Aku taknak la rosak nanti. Habis kena bayar ganti rugi.

Aku beralih ke arah bunga lain yang masih belum disembut dengan air. Halmeoni pesan pastikan semuanya disembur. Jangan jual barang yang tak berkualiti kepada pelanggan.

Tiba-tiba bunyi loceng pintu kedai pun berbunyi. Aku menoleh dan tersenyum bila susuk tubuh seorang lelaki berdiri di depan pintu.

Jung Ho Seok.

HOSEOK:Annyeong MinMin^^

Aku tergelak kecil.

SOOMIN:Nae annyeong SeokSeok.

Hoseok berjalan ke arah aku. Aku hanya menyambung kembali kerja aku.

HOSEOK:Buat apa tu?

SOOMIN:Ni sembur air kat bunga. Nanti layu.

HOSEOK:Oooo....

Aku tersenyum dan kembali menyembur air pada jambangan bunga lili putih tempahan Puan Go iaitu jiran di sebelah rumah halmeoni. Puan Go kematian suaminya harini dan bunga lili ni untuk diletakkan di kuburnya.

HOSEOK:Bunga yang Seok tempah tu dah siap?

SOOMIN:Dah. Tu dekat sana tu.

Kata aku sambil menunjukkan Hoseok ke arah bunga yang aku belek tadi. Hoseok pun berjalan dan menghidu jambangan bunga tu.

HOSEOK:Hmm... Yeppeo.

Aku mengangguk dan meneruskan kerja sementara Hoseok membelek jambangan bunga yang ditempahnya.

🐣Bangtan Imagines!🐣(방탄소년단) #Book2📚Where stories live. Discover now