Adikku Kuli tetapku??!

Start from the beginning
                                    

   "Tak nak baba..nanti abang Naim...."Aku memberikan jelingan tajam kepadanya tanda jangan bocorkan rahsia.

    "nanti abg naim??kenapa Zue?"Soal Baba

    "Tak de pape laa baba...oklah zue pergi dengan abg Naim dulu..taa baba"Zuliekha pun membonceng di belakang basikal aku.Setibannya di setengah jalan sebelum sampai ke sekolah...

     "Weih kau berat lah...penat aku nak kayuh"Kata Aku.

     "And Then?"Zuliekha membuat muka pelik.

      "Kau turun jap bagi aku rest eh?"Zuliekha pun akur lalu turun dari basikal aku.

        "Ehhh....dah ringan lah...Bye Bye!"Aku mengayuh laju meninggalkan Zuliekha di belakang.

      "A..abang!!!!!!!"Zuliekha menjerit bagai orang gila kerana ditinggalkan oleh abangnya.

      "Haiss...apelah nasib...dah lah lagi 20 minit loceng sek bunyi...sekarang je dah pukul.."Zuliekha melihat jam "Hah??!! 7:05??matilah matiiiiiiiiiiiii"Zuliekha berlari bagai ada anjing kejar di belakangnya..Nasib baik hari ni PJ Zuliekha memakai baju sukan hari ni.
...................................................................................................................................................................
       "Fuhhh..Fuhhh"Tercungap-cungap Zuliekha melangkah masuk ke pintu pagar sekolah.Zuliekha melihat jam.Jam menunjukkan pukul 7:15.Zuliekha melangkah pergi ke kantin untuk membeli sarapan kerana sudah berlari tadi banyak staminanya telah keluar sehingga dia menjadi lapar semula.

     Baru sahaja 2 tapak Zuliekha melangkah Aku sudah terpacak di hadapan Zuliekha.

    "Abang nak apa?Nak apa lagi?Tak puas lagi nak buli adik?Cukuplaa adik penat laa abg..dah laa abang tinggal adik tengah jalan"Kata Zuliekha dengan nada tak puas hati.

     "Ehhh...kau rasa aku kesah?Sekarang aku nak duit yang baba bagi kat kau tadi"Aku menghulurkan tangan tanda meminta duit.

     "Baba dah bagi abang duit kan tadi?Gunalah duit abg..ni duit adik.."Jawab Zuliekha dengan nada tidak puas hati.

      "Kau lupa semalam kau lambat 30saat buat air?Sebagai denda aku nak duit kau!"Aku meninggikan sedikit suara.Zuliekha membuat tidak endah lalu berjalan meninggalkan Aku.Aku menarik tangan Zuliekha dengan kasar.

       "Ape ni...sakitlaa abang...lepaslah!"Zuliekha meronta.Aku tanpa berfikir panjang menyelupkan tangan ke dalam poketnya untuk mengambil duit.

      "A..abangg...duit adik laa abanggg..."Zuliekha cuba mengambil kembali duitnya tetapi tidak dapat.

      "AAK??Ada Aku Kesah?"Aku terus meninggalkan dia di kantin.Zuliekha terpaksa memadamkan hasratnya yang ingin pergi membeli sarapan di kantin dan terus masuk ke dalam kelas.
...................................................................................................................................................................
    "Zue kau tak turun makan ke?"Soal Karisma.

      "Tak pelah..aku dah kenyang laa beb"Zuliekha memberikan senyuman hambar kepada Karisma.

       "Yeke?Ke kau ada masalah?Naim buli kau lagi eh?"Soal Karisma dengan nada tegas.

      "ehh...mane ade...dia baik jelah dengan aku..."Zuliekha menafikan.

       "Kau tu protect sangat abang kau...sedangkan dia layan kau...macam kuli dia!"Zuliekha hanya tunduk mendengar bebelan Karisma.

       "Kau nak pergi makan..pergilah..aku nak study"Zuliekha terus mengeluarkan buku lalu membuat ulangkaji.Karisma beredar kerana malas hendak melayan sikap Zuliekha yang selalu membiarkan dirinya menjadi kuli kepada aku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 26, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Adikkku Kuli Tetapku?!!Where stories live. Discover now