Chapter 12- RISAU

5K 501 146
                                    

Pen yang dipegangnya dari tadi kini dicampak dengan kuat.

"Hanbin... "
"awak ok ke? "

Hanbin mengerling sekilas ke arah perempuan yang menegurnya tadi.
"Saya okay,  Hana. " Hanbin memberikan senyuman yang menunjukkan dia ok walaupun sebenarnya dia sedang risau.

Ya risau akan adiknya, Hani yang kini diculik oleh seseorang.

--

Taehyung menaiki tangga dan berjalan ke arah biliknya. Namun langkahnya terhenti apabila dia terdengar suara tangisan seseorang.

"Perempuan tu.. "
"Menangis ke? "
Taehyung berfikir sejenak. Terdetik tanda kesian di hatinya kerana Baekhyun telah mendera perempuan itu.

Krek!  Taehyung membuka pintu bilik Baekhyun. Hani yang berada di dalam bilik Baekhyun terus terkejut dan menutup mukanya menggunakan selimut.

"Baekhyun .. tolong. Tolong jangan apa-apakan aku.  "

"Tolong jangan cederakan abang aku !" Pinta Hani sambil menangis teresak-esak di bawah selimut.

"Saya bukan Baekhyun . "

Maka bertambahlah kerutan di dahi Hani. Kalau bukan Baekhyun, siapa?  Taehyung ke?

Hani perlahan-lahan mengeluarkan mukanya sedikit demi sedikit dari selimut tersebut. Dan ya,  Taehyung kini sedang berdiri di hadapannya.

"Awak ok ke? " soal Taehyung sambil menghulurkan tangan, menyuruh Hani bangun dari katil tersebut.

Hani terdiam apabila ditanya soalan. Tangan Taehyung juga  tidak disambut kerana Hani takut dirinya akan didera oleh lelaki yang bernama Taehyung .

"Jangan risau,  saya tak terlalu psycho macam dia. "

"Dan saya bukannya makan orang.. untuk pengetahuan awak." Jelas Taehyung sambil tersenyum manis. Tangan dia juga masih berada di posisi yang sama, menunggu Hani untuk menyambut.

Perlahan-lahan Hani menyambut juga tangan Taehyung itu. Dia berdiri menghadap Taehyung yang tinggi lampai itu.

"Nama awak,  Hani right ? " soal Taehyung sambil menunduk agar ketinggian mereka serupa dan segera memandang muka Hani yang penuh dengan luka.

Hani mengangguk apabila ditanya tentang namanya. Tiba-tiba Taehyung menyentuh lembut bibir Hani.

"Teruknya luka awak ."  Hani dengan cepat menepis tangan Taehyung.  "Ta– tak boleh sentuh.. " tergagap-gagap Hani bersuara.

"Kenapa pulak ?" Soal Taehyung lagi sambil tersenyum manis. "Baek.. Baekhyun dia akan bunuh awak. "

"Saya tak takut mati,  Hani ."

--

Selesai sahaja memusnahkan bukti,  Baekhyun terus keluar dari rumah tersebut.

Dia perlu pantas kerana bila-bila masa sahaja polis boleh datang.
Ini semua salah Hani. Baekhyun mencengkam penumbuk. Kalau bukan disebabkan perempuan itu , takdenya dia perlu bersusah payah untuk memusnahkan bukti.

Baekhyun berjalan ke arah kereta dan masuk ke dalam kereta tersebut. Dia mula memandu dengan laju dan pada masa yang sama,  sedang membuat panggilan terhadap seseorang.

"Yes Baekhyun ? "

"Hana.. nampaknya mangsa aku kali ni ialah rakan sekerja kau. "

" maksud kau ? Wait.. Hanbin ke?? Yah baek kau gila ke nak bunuh abang dia?! "

"Aku memang gila Hana."

"Tapi aku suka di-"

"Aku tak nak dengar alasan kau. "

"Apa yang aku tahu, esok dia bakal mati dekat tangan aku. "

"And if esok aku nampak polis siasat kes ni,  kau jugak aku cari Hana. "

"Hah?  Kenapa aku??! "

"Sebab kau polis. Kau perlu halang diorang Hana. "

"Tapi mustahil.. nanti-"

"Ianya tak mustahil. Kalau kau..  pengsankan Hanbin malam ni. "

"Apa yang kau cakap baek..?"

"Goda dia malam ni juga. "

"Baekhyun..  aku tak faham. "

"Aku tau kau faham.  "

Pep! Baekhyun mematikan panggilan tersebut.

Manakala Hana,  terpinga-pinga dan cuba memikirkan semula perbualan antara dia dan Baekhyun sebentar tadi.

"Hana awak ok ke? " Hana terkejut apabila ditegur oleh Hanbin dari luar.

"Saya okay.  " Balas Hana dan segera mengemaskan fail di atas mejanya.

Hanbin tersenyum memandang Hana. "Mari saya teman awak balik. Dah malam ni,  bahaya dekat luar. " sengih Hanbin.

Hana tersenyum lemah memandang Hanbin.

"Maafkan aku Hanbin".

---

TBC! 

Saya nak buat fanfic baru but tak tahu nak buat tajuk apa since banyak idea so Tolong comment ff apa yang readers nak :

- wattpad + m.y.g
- I love u + p.j.m
- I don't need u + j.j.k
- gay + p.c.y

Mental - Byun Baekhyun Where stories live. Discover now