"Nak jalan mana? ".

"Makan aiskrem. Lama dah aku tak makan aiskrem.. Pohliss".pipinya dikembongkan .

"Boleh. Kau belanja. Jom! ".ejoy terus menarik isterinya.

"Ehhhh! ".

"Kau kata kau nak beli barang. Tapi asal kau beli baju dekat aku pulak? ".soal azharina pelik.

Firdaus tersenyum. "Aku nak beli baju dekat kau ,sebab aku nak kau ni berfesyen sikit. Selama ni kau memang tak pandai berfesyen ek?".soalnya sambil ralit memilih baju ke pada azharina. Sesekali dia mengambil baju itu dan di padankan ke arah tubuh azharina.

"Tak. Aku tak reti berfesyen. Yang aku tahu ambik dan pakai, asalkan pakaian tu tutup aurat".

Firdaus mengangguk. Dia terus menghulurkan baju t-shirt jenama adidas dan nike ke arah azharina. "Nah pergi try".

"6 helai baju ni ? ".

"Yep".

"Oo.. Key".jawab azharina lambat-lambat. Dia menyambut huluran firdaus dan berlalu masuk ke arah bilik persalinan.

Firdaus berjalan ke hulur dan ke hilir menunggu azharina keluar.

Krekk~~

"Dah".jawab azharina dengan membawa semua pakian itu keluar.

"Semua kau dah try? ".

Laju azharina mengangguk. Baju ni tak de lah ketat mana pun. Baju ni jenis bercekak di tangan kiri dan kanan. And baju ni tak de pun ikut bentuk badan. Kira sesuai la.

"Sesuai tak dengan tubuh kau? ".

"Okey je".

Firdaus mengangguk. Dan dia mengambil semua baju itu untuk membawa kearah casher.
"Ehhh kau nak bayar ke semua ni? ".tanya azharina terkejut.

"Haah"

"Ehh mahal kot baju semua ni".

"Alaa tak pe kau buat lah ni sebagai hadiah untuk kau sebab kau sudi kawan dengan aku".

Mati terus kata-kata azharina.Dia dengan firdaus tidak lah jauh beza umur. Firdaus baru berumur 19 tahun.

"Dah jom".ajak firdaus selepas membayar .dia menghulurkan bag yang berisi baju itu ke arah azharina.

Teragak-agak azharina ingin menyambut. "Terima kasih la.. Sebab sudi belanja aku. Hehehe. Nanti aku dah kerja aku ganti balik eh".

"Tak payah .aku ikhlas la beli tu. Kan aku dah cakap tu hadiah sebagai kau sudi berkawan dengan aku".

"Tapi aku segan la".

"Laaa kau nak segan apa. Kau dengan aku kan kawan. So tak payah segan-segan".

Perlahan azharina mengngguk. "So nak pergi mana lagi ni? ".

"Pergi beli tudung pulak. Kau reti lilit shawl tak? ".

"Reti".

"Okey jom".

"Weyh cukup lah beli barang dekat aku. Banyak sangat ni. Tak larat aku nak pegang. Kiri kanan penuh .baju kau dah beli, shawl 10 helai kau beli dekat aku. Kasut sukan lagi. Dah la mahal. Ni kau nak beli satu suit pulak baju sukan. Dah la tu. Kau tak beli pape pun lagi".pujuk azharina. Dia segan dengan firdaus sebab beli semua barang ni untuk dia.

"Ye la-ye la. Banyak cakap kau ni. Dah jom pergi makan aku lapar".

"Haa kalau makan okey la jugak. Kenyang sikit perut ni. Hehehe lapar la".

Firdaus mengangguk. "Aku pun lapar .jom lah pergi cafe kejap. Lepastu kau nak balik ke nak jalan-jalan lagi".

Laju saja azharina menggeleng bila mendengar perkataan 'nak jalan lagi'. Nanti dia yang banyak beli barang dekat aku ,dekat dia langsung tak beli apa-apa. "Aku nak balik terus. Penat lah. Kaki dah lengah".

"Okey.jom pergi makan".

Azharina berjalan di sebelah firdaus. Entah mana silapnya tiba-tiba saja ada seorang hamba Allah melanggar bahunya.dia terus jatuh ke belakang. Terhentak punggungnya di lantai. Ya Allah sakitnya. Yang langgar aku ni orang ke besi.

Dia bingkas bangun. Malu dengan orang yang gelakkan dia jatuh. Barang yang bertaburan terus di ambilnya.

"Sorry miss.. Saya tak sengaja".ucap seorang lelaki.

"Tak pe".jawab azharina masih mengutip barangnya

"Bro. Lain kali jalan tu pandang depan bro ".tegas firdaus berkata. Dia turut menolong azharina mengutip bag yang jatuh.

"Maaf. Saya termenung tadi.so tak perasan awak.sorry sangat-sangat".ucap lelaki itu lagi.

Azharina berdiri dan menghadap lelaki itu sambil berkata "eh tak pe .saya ok.... ke.. y".terkaku dia melihat lelaki yang berdiri di hadapannya.

"Sa.. Sayang.. Ya Allah sayang abang rindu sangat dekat sayang.sayang pergi mana?".tanya Danial. Dia terus memeluk azharina. Rindu sangat-sangat.

Air mata azharina yang sudah menitis di lapnya kasar. Dia terus menolak kuat tubuh Danial yang memeluknya. "Jangan sentuh aku la. Kau sapa? Sorry aku tak kenal! ".ujarnya dengan kasar.

Tubuh Danial terus berundur ke belakang sikit. Terkejut danial dengan kata-kata kasar azharina."sayang ni Danial. Your husband".

"Tak. Aku tak de suami perangai setan macam kau! ".dia terus menarik lengan baju firdaus untuk beredar .dia langsung tidak menoleh memandang suaminya.

Danial terus mengejar langkah isterinya. Dia merentap lembut tangan isterinya. Tapi isterinya menepis kasar.

"Jangan sentuh aku lah! ".azharina terus berlalu.

"Sayang! Rina kenapa buat abang macam ni? ".rintih Danial. Pedih sangat bila isterinya sanggup buat dia macam ni.

"Sorry bro. Kau salah orang kot. ".ucap firdaus dan terus mengejar langkah azharina.

Danial memejamkan matanya. Perit sangat hati ni. Kenapa sayang dah berubah? Mana Rina yang lembut dulu? Kenapa Rina sekarang dah cakap kasar? Kenapa rina berubah sampai macam tu? Siapa lelaki tu? Dia ke yang faizul kata lelaki yang dah happy kan Rina. Mana janji Rina dengan abang ?Rina kata Rina cinta kan abang seorang dan Rina takkan cari peganti abang . Tapi kenapa sekejap sangat Rina dapat peganti.

"Aghrhhh!! ".jerit nya dengan dan menyepak angin .dia menghiraukan orang yang melihatnya pelik. Dia tidak kisah.

'Abang janji abang akan tarik perhatian sayang balik! Abang janji'.

Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku Where stories live. Discover now