Bersangka baiklah (husnu dzon) terhadap saudaramu. Dalam surah al-Hujurat ayat 9-10, Allah swt. menyuruh manusia mendamaikan antara dua pihak yang bertelagah.
Dan dalam surah yang sama ayat 6, Allah swt. memerintahkan kita agar meneliti (tabayyun) dahulu berita-berita yang diterima. Bererti mendengar daripada semua pihak.
Dan selagi mana kita benar-benar ikhlas, Allah tidak akan membiarkan diri kita selama-lamanya larut di dalam fitnah orang-orang yang fasik.
Tegasnya diri kita terhadap berita-berita yang tidak diketahui kebenarannya (dari kedua-dua belah pihak) perlu seperti tegasnya Abu Ayub al-Ansori apabila isterinya membawa cerita Aisyah ra. yang difitnah bersama Sofwan ra. dengan berkata:
"Aisyah ra. jauh lebih baik daripada kamu!"
Para ulama' termasuk Imam Shafie rahimahullah juga mengakui yang boleh jadi ia benar, boleh jadi ia salah. Itu ulama' agung, lalu kita sesempurna mana?
Dalam zaman yang semakin berkembang ini, ijtihad memainkan peranan yang sangat penting. Dan dalam pemilihan jalan-jalan yang tidak jelas, barangkali terdapat khilaf dalam menentukan yang mana benar dan yang mana salah.
Namun, tidakkah kita tahu, ijtihad itu ada pahalanya walaupun ia tersalah?
Itukan jauh lebih baik daripada menggunjing dan mengumpat kerana tentu-tentu sahaja ada dosanya meskipun ia betul. Maka telitilah. Fatabayyun! Dan jauhilah prasangka kerana sebahagian prasangka itu dosa.
Apabila ada yang berkata, "I play with pig," atau "I am pigging,", telitilah terlebih dahulu kerana mungkin ia maksudkan PIG (Pipeline Inspection Gadget) dalam konteks pipeline.
Adakah kita telah bersangka baik dan tabayyun?
YOU ARE READING
Introvert & Tuhan
RandomIntrovert dan anxiety, gabungan dua perkara ini membuatkan hidup agak mencabar. Tapi akhirnya membuatkan diri lebih mencintai diri sendiri dan lebih akrab dengan Tuhan. Ini cuma random posts aku sepanjang perjalanan itu.
