Action Dan Reaction.

2K 126 12
                                        

Dalam hidup, kadang-kadang kita bertemu dengan falsafah serts teori yang aneh dan lucu tetapi benar.

Contohnya, sunnatullah yang berjaya diinterpretasikan oleh Newton sebagai hukum gerakan ketiga Newton (Newton's 3rd Law of Motion).

Hukum ketiga Newton menyebut bahawa bagi setiap daya yang dikenakan, terdapat satu daya yang sama bertindak ke atasnya di arah yang bertentangan.

Sebagai contoh, apabila kita melompat keluar daripada sampan ke tebing sungai, kita menyedari bahawa sampan itu bergerak ke arah bertentangan dengan tebing. Susah nak lompat kan? Dan jika kita memakai kasut roda dan menolak seseorang, kita pun merasakan suatu daya ke atas diri kita lalu kita pun tertolak ke belakang.

Apabila kita menumbuk dinding dengan bilangan daya sebanyak x, dinding juga sebenarnya memberikan daya sebanyak x kepada tangan kita. Itu sebabnya tangan kita berasa sakit. Ini dinamakan sebagai action dan reaction.

Dan saya selalu membuat ayat-ayat lucu mengenai Newton's 3rd Law of Motion seperti:

Buah epal jatuh di atas kepala Isaac Newton. Sebenarnys kepala Isaac Newton pun jatuh di atas buah epal.

Kakinya menyepak punggung kucing. Punggung kucing menyepak kakinya.

Tangannya menepuk-nepuk lantai. Lantai menepuk-nepuk tangannya.

Saya bersandar pada tunggul. Tunggul bersandar pada saya.

Saya berdiri di atas padang. Padang berdiri di atas saya.

Tangan kamu menampar pipi saya!?! Pipi saya menampar tangan kamu!!

Dengan teori ini tercapailah keseimbangan daya (equilibrium) yakni net force equals to zero. Anda boleh duduk dengan statik (atau bergerak dengan dinamik) tanpa ada risiko disedut oleh graviti lalu terperosok ke dalam mantel bumi sebab permukaan bumi mengenakan daya yang sama ke atas berat badan anda.

Dan sebagai seorang muslim, kita sepatutnya melihat perkara ini dengan lebih halus dan mendalam. Kita sepatutnya menyedari, setiap tindak tanduk atau lintasan hati sekalipun, adalah daya-daya yang sedang keluar dari jasad kita.

Maka, menurut hukum sunnatullah melalui Newton tadi, daya akan dibalas dengan daya yang sama kuat.

Kebencian akan dibalas dengan kebencian.

Prasangka akan dibalas prasangka.
Manakala cinta pastinya akan dibalas dengan cinta.

Atau jika selainnya berlaku, kebinasaan akan tiba kerana tiada keseimbangan. Seperti binasanya Abu Lahab kerana cinta Rasulullah saw. yang diberi kepadanya dibalas pula dengan kebencian.

Para pejuang,

Jangan takut untuk memberikan cinta kerana menurut ketetapan action reaction tadi,

Saat kamu mencintainya, dia mencintaimu!

Maka, jangan takut mencintai kerana keikhlasan itu tidak akan dibalas melainkan dengan kecintaan. Jika orang itu menolak cintamu, pasti akan datang cinta dari orang yang lain kerana daya cinta itu perlu ada action reactionnya.

Ketika kita memberi sesuatu dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan, suatu daya lain yang seimbang dengannya datang membalas dalam rupa ketenangan, kebahagiaan dan sebagainya.

Dari sudut yang lain, prasangka akan dibalas kembali dengan prasangka. Jika kamu membenci seseorang, kebencian itu akan kembali kepadamu. Kemudian, ia boleh membawa kebinasaan seperti yang disebutkan dalam al-Quran,

"Matilah kamu kerana kemarahanmu itu!" (Ali-Imran: 119)

Ternyata manusia boleh mati kerana kemarahannya sendiri. Kemarahannya berbalik kepada jiwanya sendiri.

Dan di akhirat pula nanti segalanya akan dihitung sehingga tiada lagi action yang dibiarkan tidak berbalas.

Ingat, setiap action ada reaction-nya..

Introvert & TuhanWhere stories live. Discover now