"Okey abang pergi kejap je. Kejap lagi mungkin Danial sampai".

Azharina mngangguk lagi. Sesekali dia menyeka air matanya. Dia mengusap perutnya yang kempis.

"Sayang anak mama... Mama mintak maaf sebab tak jaga sayang elok-elok. Mama mintak maaf sangat-sangat. Mama dah redho anak mama dah tak de. Tunggu mama eh dekat pintu syurga".ujarnya dengan penuh sebak. Ye aku memang lemah. Selemah dulu. Kenapa nabila sanggup buat macam ni dekat aku!

Sedang dia melayan perasaan. Pintu biliknya di buka kasar dan dihempas kasar

Pantas dia berpaling memandang ke arah sang pembuka pintu yang tak bertauliah. Tak tahu ke ni hospital.

Senyumannya terus mekar di bibir. "Abang.. "Panggil azharina dengan lemah. Dia gagahkan jua untuk duduk di katil supaya selesa bersembang dengan suaminya. Dia mencapai tangan Danial untuk bersalam tapi Danial menepis.

Dia mengangkat wajahnya untuk memandang Danial. "Abang kenapa? ".

Danial mencerlung azharina tajam. "Kau tanya aku kenapa?!kau tu haa kenapa?! ".kasar Danial bersuara.

Wajah azharina menunduk. Takut dia mahu memandang wajah bengis Danial.

"Apa abang cakap ni? ".

Pap

Danial menampar pipi azharina kuat. "Kau boleh tanya aku kenapa? Kau tu haa kenapa! Dasar pembunuh !kalau kau tak nak anak tu better kau bagi tahu aku awal-awal tak de la aku nak sentuh kau dulu. Memang kejam kau kan! Tak de langsung hati perut kau kan sanggup bunuh anak sendiri! ".tengkingnya kuat. Mukanya sudah merah menahan marah.

Azharina terus mengangkat wajahnya. Pipi yang terasa kebas dihiraukannya. Sekarang dia amat sakit hati dengan kata-kata danial

"Kalau betul la rina tak sayang anak Rina dah lama dah Rina bunuh dia! Dari awal Rina dapat tahu kandungan ni maybe Rina dah bunuh dia, Rina pergi hospital nak gugur kan kandungan ni....ibu mana yang tak sayang anak. Rina tak de la sekejam tu nak bunuh anak yang dalam kandungan selama 2 bulan lebih. Rina tak sekejam tu".azharina membela dirinya.

Danial tersenyum sinis. "Kalau betul kau tak bunuh anak aku. Habistu pisau yang kat tangan kau tu? Tu pun dah cukup buktikan yang kau ni benci sangat dekat anak tu! ".tinggi suara Danial menengking azharina

Bahu azharina terhinjut. Air mata makin lebat mengalir

"Pisau tu? Semalam nabila datang rumah kita. Lepas tu dia yang bunuh anak kita. Yee dia bunuh anak kit.. "

Pang

Sekali lagi Danial menampar pipi kiri azharina. "Kau tak payah nak cari salah orang la sedangkan diri kau yang buat! "Herdiknya lagi.

Azharina mula mengadu sakit. "Abang tolong la percayakan Rina abang.. Bukan Rina yang bunuh anak kita abang".dia memeluk lengan Danial. Tempat lukanya terasa ngilu tapi dia hanya mengendahkan.

Danial menepis kasar lengan azharina yang memeluk lengannya. "Kau jangan sentuh aku la pembunuh. Cukup lah kau bunuh bekas tunang aku dulu . Kali ni kau bunuh anak aku pula. Dasar perempuan tak sedar diri! Aku jijik dengan kau! ".

"Baru aku tahu suprise yang kononnya kau nak tunjuk dekat aku semalam. So aku sangat terkejut dengan suprise kau tu. Suprise kau hebat duh. Bunuh anak kau tu dikira suprise yang kau nak tunjuk dekat aku. Pergi mati la! ".sambungnya lagi.

Terpejam mata azharina. Sampai macam ni sekali dia maki hamun aku. Kenapa dia percaya? Dia kata dia cintakan aku tapi ni balasan dia .

"Abang ken... "

"Jangan panggil aku abang lah! Aku bukan abang kau".celah Danial.

"Danial ! Apa kau buat ni Danial? ".soal hairul yang baru masuk. Bag plastik yang di jinjingnya di letakkan di sofa.

Danial hanya senyap. Dia terus memusingkan tubuhnya untuk Keluar tapi pergerakkan nya terbatas bila azharina memeluk kakinya.

"Abang..abang tolong jangan tinggalkan Rina abang.. Rina perlukan abang di sisi Rina ".teresak-resak azharina menangis. Dia memeluk kaki Danial dengan ketat macam tak mahu lepas. Perutnya mula mengeluarkan cecair merah tapi dihiraukannya.

Danial memejamkan matanya .geram dengan azharina. "Jangan sentuh aku lah betina. Aku jijik dengan kau! Pandang muka kau pun aku jijik!"Lantas itu dia menolak kuat tubuh azharina sehingga azharina terbaring.

"Erghhh! ".azharina memegang perutnya yang sudah mengalirkan warna merah pekat

Pantas itu hairul terus mencempung azharina dan diletakkan di stra
Strecher.Kesian dia melihat adik tirinya itu.

"Kau memang kejam bro! Tak de langsung hati budiman kau!kalau suatu hari nanti kau jumpa bukti aku berani sumpah yang kau takkan jumpa isteri kau balik. Blah lah kau! ".marah hairul. Dia menolak tubuh danial kasar untuk keluar dari bilik azharina.

Danial merenung azharina yang mengaduh kesakitan. Selepas itu dia terus beredar. Malas mahu lama-lama di situ.

Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku Where stories live. Discover now