"Okey lah sayang abang gerak dulu. Jaga diri dengan baby elok-elok. Kalau ada apa-apa terus call abang tak pun call mama, papa, umi, abah dengan dua orang jebon terlepas tu".ujar Danial.dia terus menyalam kedua-dua orang tuanya.

Hairul dan faizul yang mendengar kata-kata Danial hanya mampu bersabar. Nasib la ada mama ,papa kau. Kalau tak dah lama aku lenyek kau jadi tayar.

Azharina menghulurkan tangan ke arah Danial. Dia. Mencium lama tangan itu.

"Hati-hati tau dekat negara orang".pesan azharina. Kenapa hatinya menjadi sebak.

Danial mengangguk perlahan dan selepas itu dia mencium dahi ,pipi ,dan tepi bibir azharina.

Terkaku azharina dibuatnya. Eyishh gatalnya dia ni. Suami sapa la ni? Tak tahu malu langsung.

Danial tersengih .suka dia mengusik isterinya macam tu.

Datin akmar yang melihat Danial mengusik azharina terus mencuit Dato nabil dan juga besannya. Bahagia tengok anak dan menantunya bahagia.

"Okey nial gerak dulu".dia terus menarik bagasinya untuk masuk ke Balai berlepas.

Mereka hanya menghantar kelibat Danial sehingga kelibat itu hilang dari pandangan .

Sedang dia termenung tiba-tiba henfonnya berbunyi lagu flashlight .

Lantas dia mengangkat. Terpapar nama sayang di Screen

Hai tahu-tahu je dia ni yang aku ni teringat dekat dia. Terus dia mengangkat call itu.

"Assalamualaikum sayang! Buat apa tu? ".sapa Danial dengan penuh teruja.

"Waalaikumussalam abang. Tak buat apa-apa pun. Sayang bosan lah".rungut azharina.

"Hah tu la dulu abang suruh duduk dengan mama tak pun dengan umi sayang tak nak. Sekarang ni merungut la pulak bosan la apa la.kalau duduk dengan diorang ,mungkin mama atau umi boleh tengok-tengokkan sayang kalau sayang sakit ke apa ke.waktu abang cakap sayang buat donno je.haish geram abang tahu tak.degil je.abang yang duduk sini tak senang duduk tahu bila sayang duduk sorang-sorang dekat rumah.".bebel Danial panjang lebar.

Azharina menjauhkan telefonnya dari telinga. Boleh cair taik telinga kalau macam ni.dia mendekatkan telefon ke telinganya setelah disiasat Danial tak membebel dah.

"Alaaa abang, sayang cakap bosan je abang dah membebel macam mak nenek. Sayang malas la nak duduk dengan mama dan umi .tak dapat privasi tahu tak. Lagipun mama dengan umi ada je datang teman sayang dekat rumah ni .cuma hari ni dengan esok je mama dengan umi tak boLeh teman sebab busy. Kalau duduk dengan diorang mesti diorang larang sayang nak buat itu nak buat ini termasuk la mandi hujan... Ehhh tak-tak. Termasuk ma.... "Kelam kabut azharina memperbetulkan kata-katanya tapi sayang Danial mencelah. Dengar la Ceramah free dia lagi.

"Apa! Sayang mandi hujan. Ya Allah sayang macam mana kalau sayang demam. Sayang ni degil lah. Nasib esok abang dah balik. Siap lah sayang esok dengan abang. Degilnya sayang ni".

Wajah azharina yang tadi sudah muncung terus berubah ceria. "Abang balik esok? Yeayy".melompat kecil dia.

"Ha ha.. Tu jangan nak melompat pulak .haish sayang ni. Umur dah 17 tahun bukan 7 tahun sayang".

Erk. Mana dia tahu aku melompat. Pelik la dia ni. Argh tu tak penting yang penting sekarang ni suami aku nak balik. Yihu.

"Ye lah.. Abang kata balik hari Ahad ni. Esok baru selasa. Cepatnya abang balik".ujarnya pelik.

Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku Where stories live. Discover now