BOB 1

22.9K 709 16
                                    

'bella,aku otw datang rumah kau. i hope i will see you there'

Mendapat SMS dari rakannya, Elina. Bella terus bangun dari baringnya. Dia merungus. "kacau holiday aku je minah ni".

'ha aku ada je kat rumah. datangla.'

Butang send ditekan dan kembali membaca novel english yang baru dibeli.

"Kakak! kak Elina datang ni!" jerit Amirul,adik Bella dari tingkat bawah.

"aik? kata otw? dah masuk kawasan perumahan baru inform aku ke macam mana?"
Amira membebel sorang-sorang.

Langkah kakinya dituju ke meja solek.Rambutnya yang panjang melepasi bahu diikat kemas.

"Kakak!" jerit Amirul lagi.

"Yeye Kakak turun!"
Bella melangkah berhati-hati menuruni tangga rumah double story milik keluarganya.

"telinga je besar. Orang panggil bukan nak dengar." perli Amirul apabila kakaknya sampai di bawah.

Bella buat tak tahu je kata-kata adiknya. Malas layan!

"Ha, kau nak apa?" Bella memfokuskan matanya 100% kearah Elina.

Mata Elina kelihatan sedikit sembap. Menangis maybe?

"Kenapa macam marah je ni? Tak suka aku datang ke?" tanya Elina berpura-pura merajuk.

Bella mencebik. Soalan dibalas soalan.

"Takla,mesti ada sebab kan kenapa kau datang jumpa aku." kata Bella.

"Jom keluar, tension released shopping and ada something nak cakap. Dah lama kita tak gosip kan?" tanya Elina menggigit bibir. Dia tahu bahawa Bella tidak suka keluar rumah semasa cuti tetapi dia terpaksa!

Bella menjuling mata ke atas. "sekejap"

Bella melangkah ke dapur. "Ibu.."

"Kenapa?" tanya Puan Zana yang sedang memasak.

"Elina ajak kakak keluar. Ada benda dia nak cakap. Boleh?" tanya Bella meminta izin.

"Boleh. Jangan balik lewat sangat. Belikan ibu lipstick. Tahu kan?"

Bella mengangguk " Thanks ibu"

"Kakak, sekejap! " panggil Puan Razana.

Bella berpaling kembali "kenapa ibu?"

"Bawakkan lauk ni atas meja kejap"

Bella ketawa."okay"

Bella membawa lauk lalu diletakkan atas meja makan. Kakinya melangkah ke dapur kembali.

"Ada apa-apa lagi ke ibu?" tanya Bella.

"Takde dah. Pergi la siap. Kesian kawan kakak tunggu tu" kata Puan Razana.

Bella menghadiahkan senyuman kepada ibunya lalu melangkah ke ruang tamu kembali

"Elina, aku siap kejap. Kau nak duduk dekat sini or nak ikut aku naik?" tanya Bella

"Aku duduk sini jela. Best pulak sofa ni." Kata Elina sambil menepuk sofa yang sedang didudukinya.

"IKEA je tu. ha, kalau kau nak apa-apa, kau tanya mamat tu, mamat gatal tu. Baru Form1 dah nak couple." Bella menunding jari kearah adiknya.

"Shut up la kakak! Bukan macam kakak, takde boyfriend sampai 23 years old!" kata Amirul. Geram dengan sikap kakaknya yang suka cari pasal.

Orang tengah bahagia tengok movie ni ha!

"Kakak takde boyfriend pun, kakak ramai fans dari sekolah lagi. Tak percaya tanya Kak Elina. Lagipun,i'm sweet twenty three gitu. Muda lagi." Amira mengekek lalu naik ke atas. Best pulak mengusik adiknya.

"Kak Elina, ada ke orang nak dekat kakak tu? Kalah singa perangai dia." tanya Amirul kepada Elina.

Elina tersenyum. Ada-ada sahaja dua beradik ni!

.....

"Kau drive." arah Elina lalu menyerahkan kunci keretanya.

Bella menghidupkan enjin kereta " kita nak pergi mana ni?"

"tempat yang tak serabut" jawab Elina. Matanya ditutup rapat.

Sengaja dia suruh Bella memandu. Bella memandu agak laju tetapi masih dibenarkan oleh pihak atasan.Bukan macam dia, bersopan sangat.

"IOI?" tanya Bella.

"Hurm"

'why minah ni?' getus Bella di dalam hatinya.

...

bestfriend or boyfriend?Where stories live. Discover now