Tanpa menunggu lama terus aku pulang ke rumah. Sakit kepala aku makin kuat menyerang, tapi demi kejayaan anak-anak aku gagahkan diri aku.

*****

“Afi, kenapa papa tengok macam tak focus je hari ni? Tadi meeting pun otak Afi macam melayang, nasib baik abang shafiq cepat bertindak tau. Kalau tak, kita boleh kehilangan projek tu tahu tak”

Terkejut Afi apabila otaknya sedang melayang jauh, tiba-tiba ada suara lain yang menggangu fikirannya. “papa ni masuk ketuklah, terkejut Afi”

“nampak sangat otak melayang lagi. Afi ni kenapa haa? Ada problem? Kerja? Family? Cepat share dengan papa” soal Encik Shah Amin terus duduk di sofa yang berada di bilik anaknya.

“Aiqa” jawab Afi sepatah.

Berkerut muka Encik Amin, “kenapa dengan menantu papa yang sorang tu?” bagi dia Aiqa bukan jenis suka timbulkan masalah dan bergaduh. Tapi kali ni macam serius sangat je.

“Dia sakit kepala kat rumah and dia suruhlah Afi hantar si Harraz dengan Had sekolah. Tapi you know Afi dah lambat gila tadi and up Afi kena marah dengan dia”

Encik Amin menggeleng “So, siapa yang hantar cucu-cucu papa tu?”

“Aiqa” jawab Afi slumber.

“You are to much Shah Afiq! You know your wife tu tengah sakit, sanggup pentingkan kerja daripada family sendiri. You boleh call papa right? And papa or abang Shafiq boleh gantikan tempat Afi. Ehh ni papa nak cakap, you oleh bayangkan tak kalau wife you yang tengah sakit, drive and exciden? Can you imagine that Shah Afiq? And you kehilangan wife and anak-anak you sekelip mata. Can you imagine that again?” marah Encik Amin. Tertunduk Afi dibuatkan apabila papanya betul-betul marahkan dia kalinya.

Marah bukan disebabkan projek syarikat, marah disebabkan dia gagal handle masalah keluarga sendiri.

“I’m sorry pa. Afi tahu semua ni salah Afi”

“Dah, now Afi pergi balik, cari wife Afi settle benda ni. Papa tahu dia makan hati dengan perangai Afi yang tak kisah pasal dia. Jangan sampai one day, si Harraz dengan Had tak rapat dengan Afi macam dia rapat dengan Aiqa. Sebabnya Afi lebih penting kerja daripada diaorang. Diaorang kecil lagi Afi, diaorang perlulah kasih sayang daripada mama and papa diaorang. Terutama you yang always busy tu. Please bagi perhatian dengan family. Dah pergi balik, jam tu pun dah pukul 1. Ambik sekali budak berdua tu sekolah. Dan jangan cakap papa yang Afi tak tahu sekolah diaorang berdua”

Terus terangkat muka Afi memandang wajah Encik Amin. Ingat aku ini papa paling teruk ke sampai sekolah anak sendiri tak tahu “Afi tahulah sekolah diaorang. Afi ikut sekali ea masa daftarkan diaorang dulu”

Encik Amin ketawa “baguslah macam tu. Papa bagi Afi cuti hari ini dan esok. Ingat, please spent time secukupnya dengan family. Jangan menyesal kemudian hari. Papa keluar dulu” terus Encik Amin hilang dari pandang Afi.

Afi duduk di kerusinya sambil memikirkan apa yang dibicarakan oleh papanya. Betul apa yang papa cakapkan tu. Semuanya betul. Sorry sayang abang selalu abaikan sayang dan anak-anak.

*****

Sedang aku nyenyak tidur akibat sakit kepala yang melampau, aku terasa ada tangan yang memicit kepala aku. Bila aku pusingkan badan aku. Aku nampak Harraz? Harraz? Siapa ambil dia sampai rumah ni? Takkanlah van sekolah, selalukan van akan hantar Harraz kat rumah pengasuh terus.

“Harraz bila balik? Macam mana boleh ada kat rumah ni? Harraz tak balik rumah ibu yat ea?” soal aku dengan suara yang serak basah.

“Dah lama dah abang balik. Mama tahu tak papa ambil abang dengan adik hari ni. Abang rasa happy sangat hari ni, pergi sekolah mama hantar, balik sekolah papa ambil. Kalau hari-hari macam nikan best” cerita Harraz ceria.

Jodoh I Encik SweetWhere stories live. Discover now