Tout est bien + Epilogue

Start from the beginning
                                    

Dr Wati datang merapati dengan First-Aid Kid. Matanya juga berjuraian dengan air mata. Cuma wajahnya sedikit terpancar perasaan yang tidak dapat dia teka disebalik wajah yang sedang bersungguh memberi rawatan pada Faisal. Mereka berada di lantai surau di bahagian luar. Mudah untuk dibersihkan jika ada darah yang menitis ke lantai.

"Hero memang lambat..." Faisal membalas dengan gurau.

"Nasib baik tok kadi tu tadi warm up je tau tadi! Kalau tak... hisshhh!!!"

Tangan kanan Anis mencubit sikit lengan Faisal yang tidak cedera lalu menepuk. Geram dengan jawapan Faisal.

Faisal membiarkan sahaja. Dia menutup mata sambi tersenyum lebar. Ini adalah kerja paling gila pernah dia lakukan. Faiz yang nampak kehadiran Faisal terus membatalkan niatnya. Kehadiran Faisal ketika itu cuma menandakan satu perkara. Faisal sudah ingat akan siapa Anis, dan dia mahu bersama semula dengan isterinya yang tercinta. Buat apa dia perlu menghalang pertemuan dua kekasih. Dia hanya watak sampingan yang tidak menerima title antagonis.

Faiz yang baru selesai menerangkan apa yang berlaku pada tok kadi dan merapati. Faisal menyedari susuk badan yang berbaju melayu putih. Tangan kanannya yang tidak cedera cuba diangkat untuk menayangkan sesuatu sebelum ditepis keras oleh Anis.

"Abang! Tak baik la!"

Dr Wati yang sedang merawat tangan kiri Faisal yang terkulai tersenyum simpul menyedari apa yang hendak Faisal sampaikan. Pandangan di lemparkan pada suaminya. Kelihatan wajah Faiz agak terkejut.

"She's mine"

Faisal memberi deklarasi dengan nada yang jelasagar didengari. Faiz hanya tersenyum dan menggeleng-geleng lalu beredar meninggalkan mereka. Ini adalah kekalahannya yang perlu dia terima.

"Yang... kita rujuk lepas ni." Pinta Faisal tiba-tiba.

"Saya dah habis iddah laah... Abang kena akad baru" terang Anis.

"Akad je pun... Tok Kadikan dah standby dah tu."

Faisal masih memejamkan mata tapi bibirnya sudah tersenyum simpul. Dia sebenarnya tidak kisah untuk mengambil akad baru walau dalam keadaan berlumuran darah sekali pun. Tapi entah kenapa dirinya rasa penat.

"Awak... abang nak tidur jap... menat..." gumaman Faisal dengan pelat manja dibuat-buat di hujung ayat.

Anis yang bersenyum meneruskan usapan. Dr Wati yang disebelah juga sudah selesai membalut tangan Faisal yang cedera. Kedua-dua wajah ditenung dalam-dalam. Hatinya mendetikkan doa agar mereka dapat bersatu semula, selain rasa syukur yang berpanjangan yang dia tidak perlu menempuh kehidupan bermadu.

EPILOGUE

"Seorang mayat lelaki tidak berkepala ditemui di sebatang sungai berhampiran ibu negara. Mayat yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dikatakan mempunyai kaitan dengan orang yang hilang bulan lepas. Pihak polis menklasifikasikan sebagai kes bunuh"

Terkedip mata Faisal melihat berita yang baru dia dengari tadi. Begitu banyak kes pembunuhan lewat ini sehinggakan pihak berkuasa buntu mencari punca.

"Kalau nyawa aku tak panjang, dah tentu aku masuk berita gak..."" monolog Faisal sambil memegang perutnya yang ditikam dulu.

"Abang..."

Suara Anis menyapa perlahan dari belakang. Terhidu bau wangian yang dia belikan khas untuk isterinya. Faisal yang sedang duduk di sofa dipeluk dari belakang. Bau wangian semakin kuat mendamaikan hati. Di saat ini, segala yang pernah mereka berdua lalui bagaikan layar mimpi yang penghujungnya adalah kegembiraan. Kegembiraan yang memadam segala pahit getir yang mereka lalui.

M'A.D.S.L - CompletedWhere stories live. Discover now