Tout est bien + Epilogue

2.4K 111 40
                                    

Gerimis yang turun pada petang itu begitu halus sekali. Halus seolah-olah setiap titisannya sekadar memberi kelembapan. Namun jumlahnya cukup banyak untuk membasahkan bumi Shah Alam. Anis duduk jauh di sudut dengann beberapa orang yang lain. Dengan pakaian baju kurung putih, paras kejelitaannya menjangkaui hadirin yang ada. Hanya seorang sahaja dapat menandingi. Dia duduk di sebelah Anis dengan wajah sugul dengan mata yang sedikit bengkak. Dr Wati tidak dapat melawan kehendak suaminya.

Faiz duduk bersila di hadapan Tok Kadi. Dirinya juga memakai sepersalinan baju melayu berwarna putih. Wajahnya tenang. Dia rasakan ini adalah jalan yang terbaik walaupun dihalang keras oleh isterinya. Faiz melakukan kerja gila. Dia menawarkan tempat berteduh untuk Anis yang sudah kehilangan suami.

Secara tidak langsung, dia dapat menunaikan janjinya dengan Anis suatu ketika dahulu. Dia yakin tindakannya ini benar-benar meletakkan dirinya sebagai seorang lelaki yang mengambil berat dan bertanggungjawab. Tindakan untuk menjadikan Anis sebagai isteri kedua sedikit sebanyak menyebabkan dirinya dilabel sebagai lelaki paling gatal dan pengambil kesempatan.

Alasannya mudah, Anis perlukan pemimpin hidup dan ramai tidak di luar tidak akan faham niat sucinya ini.

Faiz mencuri pandang pada Anis yang dari tadi tertunduk. Dr Wati jugak tertunduk dengan tangan menggenggam sapu tangan yang rapat ke mata.

"Maaf ye pasal tadi. Tak sangka pulak kereta boleh meragam. Ni kamu punya yang second kan? Tak perlulah saya terang panjang-panjang. Kita dah boleh start dah ye?" Tok kadi yang memakai jubah coklat gelap berkopiah putih meminta izin.

Faiz hanya membalas dengan senyuman nipis. Tangan tok kadi dihulurkan lalu Faiz menyambut.

"Aku nikahkan dikau-"

Skreeeettttt!!!

Bunyi decitan tayar panjang diakhiri dengan bunyi hempasan dua objek keras. Semua yang hadir melihat-lihat ke arah luar. Ada juga yang sudah bangun melihat dari arah pintu. Faiz dan Tok Kadi juga melihat-lihat tapi tidak bangkit.

"Kita start balik. Aku nikah dikau Tengku Faiz Fazley bin Tengku Md Zain dengan Khairunisa binti Abdul Rashid dengan mas kahwinnya RM300, tunai" sebut Tok Kadi mengendahkan suasana orang yang mula mengerumuni di pintu surau melihat apa di luar.

"Aku terima nikahnya, Tengku Faiz Fazley bin Tengku Md Zain dengan Khairunisa binti Abdul Rashid dengan mas kahwinnya RM300 tunai" jawab Faiz dengan sekali nafas. Bunyi suara orang beriuhan semakin dekat. Tangan tok kadi Faiz belum lepaskan lagi.

"NANTI!!!!"

Semua yang sedang menumpu pada Faiz dan Tok Kadi menoleh pada pintu. Seorang lelaki berlumuran darah sedang sedaya upaya berdiri dengan memegang pintu kaca surau. Sejurus kemudian dia terjelempok jatuh lalu pengsan.

***

Faisal membuka matanya sebaik sahaja menyedari dia sedang berada di alam mimpi. Segala kesakitan mula menjalar perlahan ke seluruh badan akibat luka dari kemalangan tadi. Wajah Anis begitu dekat dengannya. Matanya berjuraian dengan air mata. Terasa kepalanya di riba Anis.

"Kenapa lambat sangat...?" gumam Anis dengan teresak-esak. Sarung tangan putih yang dipakainya sudah kemerahan dek darah pada kepala Faisal. Kecederaan yang ada sudah menyebabkann kemeja ungu yang dipakai sudah bercorakkan darah. Tangannya itu tidak berhenti-henti mengusap kepala Faisal yang dia cintai dan setia.

Faisal yang tersenyum lemah. Dia tidak pasti samada apa yang dia kejar sudah menjadi menjadi milik orang atau belum. Melihat wajah Anis sedekat begini, dengan mata berjuraian air mata dan tersenyum lemah menahan perasaan sedikit sebanyak meredakan kesakitan yang menguasai.

M'A.D.S.L - CompletedKde žijí příběhy. Začni objevovat