Bab 16

875 66 0
                                    

Azril berdiri di hadapan Normala. "Awak kena cuba!!"

Normala tertunduk. "Hari tu, saya pengaruh empat orang pun dah pengsan. Entah-entah, bila saya pengaruh satu sekolah, entah apa yang jadi. Saya fikirkan ibu bapa saya tau!"

Pelajar-pelajar dan guru-guru yang berada di situ hanya menunggu.

Selepas memberi kata putus, mereka berpuas hati kerana Normala bersetuju.

Zaril memandang Julia. Wajah itu masih kelihatan mendung.

"Berusaha Normala!" Aria memberi kata-kata semangat.

"Awak sahajalah harapan kami." Kata Julia pula.

Azril berasa sedih. "Sedih pula. Kuasa telepati bukannya ada apa pun."

Aria memujuk Azril. "Takpelah..
Sekurang-kurangnya ada juga, kan?"

"Korang berdua ada telepati?" Soal seorang pelajar yang sibuk mendengar perbualan mereka.

Keadaan menjadi gamat.

"Diamlah! Kalau saya tumbuk awak semua hancur terus tau!" Hambur Zaril.

Semua mengunci mulut. Tiba-tiba kelihatan lendir-lendir bewarna coklat melalui mereka semua.

"Ini kuasa saya. Kawan-kawan saya akan tunjukkan kuasa mereka." Ujar Kamarul selepas membentuk badannya semula.

Semua berada disitu tercengang. Termasuklah sahabat-sahabatnya.

"Memandai je kau ni!" Jerit Julia.

"Kalau takde kuasa tu, cakap jelah!" Laung Yana and the gang dari jauh.

Julia memegang tangan seorang pelajar perempuan. "Awak akan jatuh nanti." Beritahunya.

Beberapa saat kemudian, dia dilanggar oleh seorang pelajar lelaki dari belakang. Kemudian, dia terjatuh.

"Saya dapat melihat visi." Ucap Julia dengan tangan kanan yang diangkat. Keadaan menjadi gamat semula.

Azril dan Aria bermain telepati dengan pelajar lain. Keadaan menjadi semakin gamat.

Oleh kerana sudah tahu akan kuasa Zaril, semua mata tertumpu pada Normala.

Normala tersenyum sinis. "Nak tahu?"

Semua mengangguk. Sahabat-sahabatnya sudah berlari keluar dari pagar sekolah.

Normala memandang sekeliling. Baik, kawan-kawannya sudah tiada. Nasib baik Alim juga berada di situ.

"Ini kuasa saya dan lupakanlah segalanya!" Jerit Normala lalu satu angin yang kuat melintasi semua manusia yang berada di dalam sekolah.

Sejurus itu, semua yang berada di dalam sekolah tidak sedarkan diri. Termasuklah Normala.

Selepas berasa selamat, kelima-lima pelajar yang keluar tadi mencari Normala.

"Mala!!" Jerit Aria lalu meletakkan kepala Normala ke ats pehanya.

"Dia bernafas lagi tak?" Soal Azril.

Julia mencari nadi Normala. "Fuh... Nasib baik. Dia okey."

Semua menarik nafas lega.

Zaril memandang sekeliling. Kelihatan semua pelajar dan guru tidak menyedarkan diri. Ini peluangnya.

"Julia." Panggil Zaril dengan lembut.

Julia menoleh.

"Saya suka awak." Ucap Zaril tanpa rasa malu.

Julia terkejut. Pipinya terasa panas.

"Kalau nak tahu, Julia ni dah lama sukakan awak." Secara tiba-tiba Normala terbangun.

"Mala?!" Jerit Aria.

Normala duduk lalu ketawa kecil. "Haha. Saya kuatlah."

"Awak janganlah bagitahu!!" Marah Julia. Dia memukul bahu Normala berkali-kali.

"Uuuuu..." Azril dan Kamarul mula menyakat.

Zaril hanya tersenyum bahagia sambil menggosok tengkuknya.

Superhero Nerd?Where stories live. Discover now