Bab 8

952 62 0
                                    

Keesokan harinya, pelajar-pelajar nerd itu menunggu kehadiran Normala di hadapan pagar sekolah.

"Hish! Manalah si Mala ni. Lambatnya..." Rungut Julia sambil melihat jamnya.

Aria mendekati Julia. "Weh, tolong tengok visi aku. Manalah tahu boleh tahu yang Mala datang ke tidak.."

Julia memetik jari. "Ha'ahlah... Pandai kau." Dengan segera dia memegang tangan Aria.

Lalu, tergambar sebuah kisah di hadapan mata Julia. Kelihatan Aria menjerit nama Normala. Segera dia melepaskan tangan.

"Kenapa?" Soal Aria.

Julia menggosok tengkuk. "Aku nampak kau jerit nama Mala dengan muka yang sangat panik."

"Itu je?" Soal Aria lagi. Julia mengangguk. Aria mula mengeluh.

Dari jauh, kedengaran seseorang menjerit dari arah seberang mereka.

"Hai korang!!!" Jerit Normala gembira. Dia melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan.

Kelihatan sebuah kereta Proton meluncur laju dari arah kiri Normala. Zaril mengambil timdakan drastik lalu menghampiri Normala.

"Normala!!!" Jerit Aria dengan perasaan yang amat panik.

Kereta itu semakin dekat. Zaril dengan sepontan-nya, menahan kereta itu. Serta merta kereta itu berhenti.

Oleh kerana takut terkantoi, Zaril berlari ke tempat sahabat-sahabatnya berdiri tadi.

Tiba-tiba Kamarul menjerit teruja. "Zaril! Dah lah kau ni tinggi, kurus kering pula tu! Macam mana kau dapat tahan kereta tu?"

Zaril menjongketkan bahu. Dia melihat tangannya.

Julia mendekati Zaril. "Awak okey?"

Zaril mengangguk. "Saya okey je... Dan, saya tak rasa apa-apa pun."

"Cakap kat Zaril yang kuasa dia ialah kekuatan!" Suara Azril bergema.

Aria merengus geram. Patutlah asyik hilang je budak ni. Main telepati pula.

"Okeylah beruk subsidi!" Marah Aria. Dia menuju ke arah Zaril.

"Zaril, Azril kata awak ada kelebihan. Iaitu, kekuatan" Ujar Aria selamba sambil menilik kukunya.

Zaril terkejut. "Iyakah? Saya yang kurus keding ini mendapat kuasa yang sebegitu? Humm... Amazing!"

Julia bertepuk tangan. Hatinya berdetak hebat apabila melihat aksi Zaril yang macho baginya.

"Korang... Jomlah masuk sekolah..." Kata Normala dan Kamarul serentak. Lemah sahaja bunyinya.

"Woi Azril! Kau kat mana?" Soal Aria, geram.

"Hey kembar kepada beruk subsidi, aku dekat dalam sekolah." Suara Azril bergema.

"Diamlah kau. Beruk subsidi!!" Kata Aria dengan nada marah. Tiada lagi balasan dari Azril.

Kamarul membuka mulut. "Dah, jom masuk kelas!"

Mereka berlima masuk ke dalam perkarangan sekolah.

Superhero Nerd?Where stories live. Discover now