Bab 4

1K 74 0
                                    

Mereka memasuki kelas. Semua memandang mereka dengan pandangan meluat. Well, apabila nerd masuk, macam tulah jadinya.

"Kau orang dah siap kerja math?" Soal Julia sambil meletakkan buku yang baru sahaja dikeluarkan dari beg ke atas meja.

Sahabat-sahabatnya mengangguk. Tiba-tiba Normala menekup mulut.

"Alamak! Saya tak siap lagi. Habislah..." Tutur Normala gelabah.

"Ayok.. Nanti kena marah dengan cikgu paling garang di dunia." Ujar Kamarul. Keropok yang dimakan dihabiskan.

Normala mengeluarkan buku latihan. Belum sempat dia menulis apa-apa, cikgu matematik melangkah masuk ke dalam kelas.

Selepas memberi salam,

"Baik, hantar buku latihan kamu." Cikgu itu berkata. Semua sudah kecut perut.

Semua menghantar buku termasuklah Normala. Cikgu memeriksa semua buku.

"Normala! Sini!" Panggil cikgu itu.

Normala menuju ke arah cikgu. Kecut habis perut ni.

"Kenapa tak siap?"

"Errr... Haritu... Saya demam." Katanya tergagap-gagap.

Dia memandang cikgu lama. Dalam hati dia berkata. 'Cikgu, maafkanlah saya. Saya 'ter' tak siap. Maafkanlah... Maafkanlah...'

Tiba-tiba cikgu itu membuka mulut. "Baiklah. Jika itu alasan awak."

Normala mengangguk lalu duduk di tempatnya semula. Sejurus itu, dia berasa lemah.

"Asal aku penat sangat ni?" Bisiknya perlahan.

Aria berada disebelahnya menyenggol lengan Normala.

"Macam mana kau buat? Cikgu paling garang pula tu. Cuba kau buat kat aku pula?" Bisik Aria teruja.

Normala mengeluh. "Entahlah aku pun tak tahu. Aku tak boleh buat sekarang ni. Penat sangat."

"Huh! Apa punya kuasa memujuk." Kata Aria, geram.

"Hoi! Belajarlah." Tiba-tiba suara Azril bergema dalam minda Aria.

Aria berpaling memandang Azril. Kelihatan Azril sedang membuat wajah serius.

"Weh, nanti kalau cikgu tanya bagi aku jawapan tau!" Ucap Aria lalu ketawa kecil.

"Takdenya aku nak bagi. Dah! Pandang depan."

Aria mendengus. Dia berpaling ke hadapan.

Zaril yang duduk di sebelah Azril berbisik kepadanya.

"Cakap dengan adik tersayang ke?"

"Diamlah kau."

Melihat aksi cemberut Azril, Zaril ketawa besar.

Superhero Nerd?Where stories live. Discover now