Bab 6

963 67 0
                                    

Kring!! Bunyi loceng menandakan sekolah telah tamat.

"Ha... Penatnya!" Julia mematah-matahkan jarinya.

Dia menurunkan tangannya. Tangannya terlanggar pada tangan Aria.

Tiba-tiba dia ternampak satu gambaran di hadapan matanya iaitu Aria akan terjatuh dan diketawakan oleh semua orang.

Selepas gambaran itu hilang, mereka berjalan pulang. Aria tersepak batu dan hampir terjatuh. Mujur Julia sempat menyelamatkannya.

"Terima kasih." Ujar Aria. Julia hanya tersenyum.

Kawan-kawannya berasa pelik.

"Kenapa asyik senyum je kau ni?" Soal Kamarul.

Tiba-tiba Julia melompat kecil. Bertambah pelik pada pandangan rakan-rakannya.

"Kuasa aku ialah mendapat visi!" Ujarnya agak kuat.

Sahabat-sahabatnya terkejut. Betulkah?

"Bagaimana kau tahu?" Tanya Zaril.

Julia membuka mulut. "Waktu tu tangan saya terlanggar tangan Aria. Pastu, saya ternampak yang Aira akan jatuh. Dan, ini terjadi. Mujur saya dapat selamatkan dia."

"Wow! Cuba kat aku pula." Jerit Normala dengan keterujaan yang berada di luar kawalan.

Julia dengan bangganya memegang tangan Normala. Terpapar satu gambaran yang Normala akan terlanggar Tasha.

"Okey dah." Ujar Julia lalu tersenyum senget.

"Apa dia?" Soal Normala, ingin tahu.

Julia membuka bicara. "Kau akan terlanggar Tasha."

"What!?" Jerit Normala. "Jadi aku harus berhati-hati." Sambungnya lagi.

Sahabat-sahabatnya hanya menganggukkan kepala.

Superhero Nerd?Where stories live. Discover now