23 - Cik Bawang Merah

Start from the beginning
                                    

*gelak jahat*

"Laaa, balang biskut rupanya. Ingatkan berat sangat. Patutlah rasa ringan semacam je," jawab Zarif tenang. Muka selamba. Rileks je. Macam ringan sangat aje kotak yang diangkatnya itu. Hanna cuma angguk. Bagus, bagus. Ujian pertama, lulus. Ecewah. Kau pikir kau nak cari laki ke, Hanna?

"Hanna, aku mintak maaf," ucap Zarif tiba-tiba.

Terus Hanna mengerutkan dahinya. Kenapa pula tiba-tiba nak minta maaf padanya? Setahunya, Zarif tak ada buat salah apa pun. Kalau saja-saja nak minta maaf, raya lambat lagi. SPM pun lambat lagi.

"Err... kenapa mintak maaf tiba-tiba pulak ni?" tanya Hanna. Masih dalam zon tidak selesa.

"Aku... aku mintak maaf sebab confess kat kau hari tu. Aku tak sengaja. Aku tak tahu apa yang aku fikir masa tu. Sorry sebab aku pentingkan diri. Terlalu layankan perasaan ni. Aku tak patut suka kat kau. Lagipun, kita masih budak sekolah lagi. Kan?" luah Zarif. Dia senyum kecil. Nadanya seolah dia sudah berputus harap. Dia redha dengan takdir Tuhan walaupun hati separuh redha. Jujur, dia ikhlas sukakan gadis itu. Tapi kalau takdir tidak menyebelahinya apa lagi dia boleh buat?

Hanna cuma senyum. Faham.

"Tak apa. Bukan salah kau pun. Patutnya aku yang mintak maaf sebab ermm... aku yang buat kau sukakan aku. Jadi... aku..."

Hanna hela nafas sejenak sebelum menyambung kata-katanya. "... aku harap kau tak letak harapan tinggi kat aku. Aku mintak maaf sangat-sangat sebab... aku tak boleh balas perasaan kau. Mungkin sebab kita masih muda lagi ataupun mungkin hati aku tak terbuka lagi untuk siapa-siapa."

Sekali lagi, Hanna senyum. Dia tak maksudkan yang dia pernah jatuh cinta lepas tu patah hati lepas tu berikrar tak nak bercinta lagi. Dia bukan seperti itu. Memang hatinya belum terbuka untuk menerima sesiapapun. Ada crush pun, suka-suka je. Tak ada la rasa obses seperti cinta pun. Cinta monyet je semua itu.

"Aku yakin Allah dah sediakan perempuan yang lebih baik untuk kau. Orang yang lebih baik daripada aku. Apapun, belajar dulu baru bercinta!" nasihat Hanna. Persis seorang kakak yang berkata pada juniornya. Hahah. Bukan apa... Hanna tidak mahu berselindung lagi. Lebih baik dia jujur sahaja. Sekurang-kurangnya, Zarif tidak akan berharap lagi padanya lepas ini.

"Auch. Nampaknya aku dah kena reject secara halus," kata Zarif seraya melepaskan tawanya. Akan tetapi, tiada siapa tahu hatinya terasa seperti terkena panahan beracun yang perlahan-lahan merebak racunnya. Racun yang menghancurkan hati.

Serba salah bersarang di hati Hanna.

"Aku betul-betul mintak maaf. Aku tak boleh. Aku tak mampu balas perasaan kau. Tapi kita boleh jadi... kawan. Kan?" Hanna pandang lelaki itu dengan riak serba salah bercampur senyuman yang agak canggung.

Zarif pandang tempat lain. Mengelak daripada memandang wajah Hanna. Takut hatinya bertambah terluka lagi.

"Aku tak berkawan dengan perempuan. Kau tahu kan... perempuan dengan lelaki mana boleh jadi kawan," bidasnya.

"Kalau tak sudi nak berkawan, cakaplah terus. Tak payah nak berkias-kias bagai dengan aku," kata Hanna. Muka sedih wajib ditayang. Baru nampak macam minta simpati. Campur minta penampar, hahah.

Zarif cuma ketawa menutup rasa.

Maafkan aku. Aku tak boleh terima kalau kita berkawan sebab aku dah anggap kau lebih daripada seorang kawan.

"Letak je kotak ni atas meja ni. Ermm... thanks sebab tolong angkatkan. Maaflah dah susahkan kau," kata Hanna. Tangannya ligat mengeluarkan balang-balang biskut dari kotak lalu disusunkan di atas meja gerai. Kalau tak ada orang sudi tolong dia, alamatnya sampai besok Subuh la baru dapat hantar kotak itu sampai ke gerai. Kemain lagi berat!

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now