BAB 23

29.2K 1.2K 5
                                    

Seperti biasa, Arianna kembali ke university. Dia membawa beg dan juga bukunya. Assignment terbengkalai sudah dia siapkan. Berkat pertolongan daripada beberapa rakan sekuliahnya dia berjaya mengumpul nota dan menyiapkan beberapa assignment sepanjang ketiadaannya. Dan hari ini mahu tidak mahu semua assignment itu dia hantar secepatnya.
"Arianna" Panggil professor Adil sebaik sahaja Arianna melangkah ke pejabat lecture.
"Ye prof?" Soal Arianna.
"You're back? Are you okay?" Soal lelaki itu menghampiri Arianna. Heboh satu university dengan berita kehilangan Arianna sebelum ini. Sebulan berlalu kini gadis itu muncul kembali.
"I'm fine prof. Ini assignment saya yang terbengkalai sebelum ni. Boleh tolong saya prof? Pass assignment ni dekat Puan Nora dan Encik Hakimi sekali. Saya dah lewat nak ke kelas"
"Okay Arianna. Rajin sungguh. Tak ada lagi student macam ni. Lepas kena culik pun siap boleh hantar assignment lagi" Usik professor Aidil sambil membelek beberapa kertas ditangannya.
"Untuk masa depan prof" Kata Arianna sebelum berlalu. Arianna melangkah keluar. Sepanjang perjalanan menuju ke dewan kuliah dia perasan semua mata memandangnya.
"Her eyes is green?" Kata beberapa suara. Arianna mengeluh. Langkah diteruskan. Beg sandangnya dibetulkan.
"Hello monster" Dua lelaki menantinya di pintu dewan kuliah. Arianna ketawa.
"Black! Kaido! What are you guys doing here?" Kata Arianna dengan wajah yang ceria.
"Nak jumpa Ari la takkan nak belajar pulak" Kata Black.
"Saya ada kelas lah.. dua jam lagi baru tamat" Keluh Arianna.
"Takpe. Kami pun nak tumpang belajar hari ni." Kata Kaido mengikuti langkah Arianna ke tempat duduk belakang. Masing-masing mengambil tempat di kiri dan kanannya.
"Boleh ke korang ikut masuk?" Soal Arianna bila semua pelajar memandang ke arah mereka. Semua tidak berani bersuara.
"Kenapa kelas ni senyap je dari tadi?" Soal Arianna separuh berbisik pada keduanya. Biasanya keadaan hinggar binggar sehingga lecture yang sepatutnya mengajar masuk ke kelas. Black menunjuk ke arah Kaido.
"Se-sebab diorang takut tengok badan Black kot. Badan dia kan besar" Kata Kaido. Arianna mengerut.
"Aku pulak yang kena" Kata Black.
"Why? What going on?" Soal Arianna ingin tahu.
"They accidently see my gun" Akhirnya Kaido mengaku dengan sengihan. Mata Arianna membulat.
"You not bring that thing to school, idiot" Marah Arianna.
"Maaf boss" Kaido menjuih.
"Don't you 'boss' me. Oh my god, Keith takda kerja lain nak bagi korang buat ke sampai nak kena kacau saya pulak"
"Boss bercuti dua hari. Kami bosan jadi kacau Ari la" Black menayang giginya.
"Mafia pun cuti?"
"Eh, mesti.. Ingat kerja kerajaan je ke cuti?" Kata Kaido.
Pensyarah Nikolas melangkah masuk, matanya memandang ke arah Arianna dan dua orang lelaki disebelahnya.
"Arianna, are you okay?" Soalnya. Arianna mengangguk dengan senyuman.
"Who are they?" Soal pensyarah Nikolas. Dia menunjuk ke arah Kaido dan Black.
"I don't know them" Kata gadis itu selamba. Black dan Kaido melopong.
"Err, sir kami nak tumpang belajar sekejap.." Kata Kaido. Black ketawa.
"Okay then. No problem" Pensyarah Nikolas meneruskan pengajarannya.
"Is he serious? Why don't he kick both of you out of class?" Arianna mengeluh. Kaido dan Black masih ketawa.
"Relaks la Ari. Kami tak pernah masuk university bagilah peluang untuk kami tengok macam mana pelajar university belajar" Black menayang riak sedih. Arianna serba salah akhirnya membiarkan saja. Dia mengapai pen dan juga kertas untuk mencatat nota. Black dan Kaido yang berbual di sebelahnya sangat menganggu konsentrasi. Mana tidaknya, Arianna di tengah-tengah mereka.
"Guys, shut up"
"Opss.." Black dan Kaido hanya diam sekejap. Tidak sampai sepuluh minit keduanya menyambung perbualan. Arianna cuak. Mahu saja dia hentak kepala keduanya di meja. Masa dua jam habis begitu sahaja.
"Bawa beg dan buku saya" Arah Arianna. Keduanya menurut.
"Ari jangan garang sangat.."
"Macam mana tak garang kalau saya nak belajar awak berdua pot pet kat sebelah saya? Apa saya belajar hari ni pun saya tak tau" Keluh Arianna. Mereka berjalan seiringan keluar dari situ. Arianna senyum melihat Black memegang begnya. Girlish!
"Yelah lepas ni tak ikut masuk kelas dah. Jom balik"
"Korang tukang jemput ke sekarang selain jadi bodyguard tak bergaji?" Soal Arianna. Pagi tadi Qayshaun menyuruh driver menghantarnya ke university.
"Mana ada. Saja nak spend time. Kahwinlah dengan boss, boleh jumpa Ari hari-hari" Kata Black. Arianna menumbuk perut lelaki itu.
"Tak sayang mulut sungguh! Saya dengan Keith tak ada apa-apalah" Arianna membela diri. Memang betul pun.
"Kalau boss lamar Ari, setuju tak?" Soal Kaido.
"Guys tolonglah.. Kalau Keith suka saya lama dah dia cakap. Masalahnya kami memang tak ada apa-apa. Faham? Jadi tolong jangan sebut hal ni lagi. Penatlah" Marah Arianna. Wajah keduanya dipandang.
"Boss!" Kata Kaido dan Black serentak.
"What did i just say?" Sambung Arianna bila keduanya masih membangkitkan isu tentang Keith.
"Tak.. Belakang Ari.." Black memusingkan badan Arianna. Terkejut dia melihat Keith dihadapannya. Kata cuti dua hari?
"Keith?" Soal Arianna.
"Macam nampak hantu je" Keith meletakkan tangannya di bahu Arianna.
"Bukan awak cuti dua hari ke?" Soal Arianna masih terkejut. Panjang umur lelaki ni.
"Hari ni cuti saya habis.." Jawab Keith. Arianna memandang sekeliling baru perasan mereka menjadi pusat perhatian para pelajar yang lain.
"Handsomenya" Beberapa pelajar perempuan berbisik sesama sendiri.
"Korang buat apa kat sini sebenarnya?" Soal Arianna.
"Nak keluar makan. Lapar" Kata Keith sambil mengusap perutnya. Dia kelihatan kacak dengan t-shirt hitam dan skinny jeans hitam. Jacket kulitnya disangkut di bahu. Gayanya yang santai itu sangat menarik perhatian.
"Awak pun lapar sangat ke? Tengok saya macam nak makan saya ke" Kata Keith. Arianna mengetap bibirnya geram. Mukanya merah. Sebuah Volkswagen berhenti betul-betul dihadapan mereka. Qayshaun keluar. Beberapa orang pelajar perempuan menjerit. Arianna menyampah.
"Hey sissy" Qayshaun menghampiri Arianna.
"Yes brother? Kenapa datang jemput? Kata suruh driver." Arianna menyalami tangan abangnya. Dia tahu Qayshaun sentiasa sibuk. Dia tidak mahu mencuri masa abangnya itu. Qayshaun turut menepuk bahu Keith.
"Abang half day hari ni. Keith, mana kau hilang dua hari?" Soal Qayshaun.
"Aku pergi Manilla. Ada hal kat sana" Kata Keith.
"Korang berdua ni baru register sebagai student ke apa?" Pandangan Qayshaun menghala kepada Kaido dan Black yang membawa beg dan buku Arianna. Keduanya tersengih.
"Kami bosan boss takda jadi kacau Ari lah" Kaido mengaku. Keith dan Qayshaun mengeleng serentak.
"Dah jom pergi makan sama-sama. Aku tahu mana restoran best" Kata Qayshaun.
"Tak naklah restoran mahal-mahal yang cermin kaca-kaca" Kata Arianna mencebik. Bukan dia tidak tahu selera jutawan abangnya itu.
"Kalau macam tu biar Keith la yang pilih.. Anna tak suka setiap kali aku ajak makan" Kata Qayshaun ketawa. Keith senyum.
"Habis nak makan kat mana?" Soal Keith.
"Warung" Balas Arianna singkat. Kaido dan Black menyokong dibelakangnya. Arianna mendapat dua vote jadi Qayshaun dan Keith tiada pilihan lain selain menurut. Mereka berpecah. Arianna masuk ke dalam volkswagen dengan Qaushaun manakala Black dan Kaido menghilang ke dalam Nissan mereka dan Keith pula sudah memecut laju dengan Hummernya.
Mereka singgah di warung tepi jalan. Arianna mengambil tempat duduk disebelah abangnya. Keith pula duduk disebelahnya. Black dan Kaido dihadapan mereka. Seorang mamak datang mengambil pesanan.
"Boss Keith? Lama tidak mari. Mau makan apa?" Soal mamak itu.
"Bagi saya itu sambar dan idli. Teh tarik satu." Pesan Keith.
"Encik pula?" Mamak itu beralih pada Qayshaun.
"Butter chicken rice dengan coke" Kata Qayshaun.
"Adik manis?"
"Ayam tandoori! Lepas tu coke"
"Jangan bagi dia coke mamak. Bagi teh bunga" Keith menyampuk Arianna menjeling.
"Kenapa?" Soal Arianna tidak puas hati.
"Awak tu perempuan. Kena jaga perut"
"Mana ada saya buncit" Marah Arianna.
"Bukan tu lah Anna. Dalam perut kena jaga. Maksud Keith, coke tak elok. Nanti dah kahwin tak boleh minum selalu" Sampuk Qayshaun. Arianna mencebik. Sejak bila pula topik kahwin dibangkitkan?
"Baik boss. Abang long berdua pula?" Soal mamak itu pada Keith dan Black.
"Dua nasi briyani dan teh tarik panjang-panjang" Kata Kaido.
"Sama-sama?"
"Iya mamak.."
"Okey.." Mamak itu segera berlalu. Arianna berpaling ke arah Keith.
"Kenapa?" Soal lelaki itu.
"Awak minum teh bunga saya minum teh tarik" Cerlung Arianna.
"Kenapa?" Soal Keith. Qayshaun dibelakang ketawa terbahak-bahak.
"Sebab awak yang pesan teh bunga. Huh! " Arianna menyilang tangannya ke dada.
"Tak gangster langsung la saya kalau minum teh bunga" Marah Keith.
"Ahh! Saya peduli apa?"
"Qay, kuat mengarah sungguh budak kecik ni" Kata Keith.
"Nak buat macam mana. Preparation untuk ambik alih empayar kau" Sampuk Qayshaun. Arianna menjeling.
"Empayar apa?" Soal Arianna. Keduanya bersiul seolah-olah tidak mendengar soalan Arianna. Gadis itu merengus.

MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017)Where stories live. Discover now