BAB 18

29K 1.1K 11
                                    

Arianna memerhatikan peta di meja kerja Qayshaun. Satu lagi peta menuju kawasan Black dragon manakala satu lagi ke Hamid Silver Team. Dia membelek keduanya lama. Ketiga-tiga unclenya masuk ke bilik itu sambil bercakap sesama sendiri. Arianna tidak faham apa yang mereka bicarakan namun dari riak wajah ketiganya dia tahu hal itu pasti sangat serius. Keadaan diluar semakin gelap. Dia risau bila Qayshaun, Keith, Black dan Kaido belum juga muncul.

"Solo un momento.." Kata Lampard sebaik sahaja terpandang Arianna.

"Sweetheart what are you doing here?"

"Nothing, what happen? They not back yet?"

"Listen, me and uncle Dantes will go find your brother and his friends. You stay here with uncle Regaz okay?"

"Where are they?"

"I not very sure Anna. I heard Keith crew said about Silver team.."

"Where is he?"

"He injured with a gunshot wound. So we have to stick to plan B.."

"Okay."

"Now go to your room. Marissa, Kirana and Keristal take her to her room" Arah Dantes. Arianna menurut. Dia harus melakukan sesuatu. Ketiga pembantu itu setia mengikutinya dari belakang. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu.

"Mana budak Keith yang cedera tadi?" Soal Arianna.

"Dekat bilik rawatan hujung sana cik!" Tunjuk Marisaa.

"Saya nak jumpa dia sekejap.."

"Mari saya hantarkan.."

Arianna mengikuti langkah ketiganya. Kagum dengan selok-belok Villa ini. Kalau tinggal sendirian mesti sesat.

"Ini cik.."

"Saya masuk sendiri.." Kata Arianna. Ketiganya mengangguk dan menunggu di pintu. Arianna melangkah ke arah lelaki yang baring di katil itu.

"Erm, hey.." Panggil Arianna. Lelaki itu pantas bangun dan duduk.

"Ya cik?"

"Tolong cerita kat saya apa yang terjadi.."

"Joze Al Hamid tangkap mereka cik. Masa kami pergi makmal tu kumpulan Black Dragon serang kami tapi kami berjaya keluar. Boss dan tuan Qay dah ambil senjata tu tapi masih belum dibuka sebab tak sempat. Lepas tu beberapa buah kereta kejar kami. Kami berbalas tembakan lepas tu banyak kereta tunggu di hadapan. Boss suruh saya terjun dan bawa ni untuk serahkan pada cik.." Lelaki itu menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan dua utas rantai. Arianna yakin itu rantai dia dan Qayshaun. Kenapa?

"Sekarang boss pegang dua rantai yang serupa tapi bezanya itu palsu dan ini original. Cik tolong bagi pada uncle-uncle cik sebab kata boss mereka boleh tolong.." Sambung lelaki itu.

"Okay.." Arianna mengambil kedua rantai itu dan menyimpan dalam poket bajunya. Dia melangkah keluar dari bilik tersebut dan menuju ke biliknya.

"Guys, do me a favor.." Kata Arianna memandang wajah ketiga-tiga pembantu itu.

"Apa dia cik?"

"Saya nak ke rumah Joze Al Hamid but i need you guys to pretend that i'm here kalau uncle Regaz datang. Can you do it?" Soal Arianna sambil menukar bajunya. Dia mengenakan skinny jeans dan Tshirt. Jacket hitam di almari dia capai.

"T-tapi cik.." Marissa teragak-agak.

"Boleh ke tak boleh?" Soal Arianna sambil mengenakan kasutnya.

"Maaf cik kami tak dapat tolong." Kirana pula menjawab serba salah.

"Takpalah kalau macam tu. Bilik ni kalis bunyi kan?" Soal Arianna.

MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017)Where stories live. Discover now