Janji

1.4K 80 1
                                    

Aku terjaga pagi itu. Awal. Lebih awal dari biasa. Tak lagi seperti hari sebelumnya. Tempat tidur Samsul langsung tidak tersusun. Tambah pula cadarnya yang kotor seperti terkena pada lumpur dan tanah merah. Aku cuma mendiamkan diri. Bersiap siap dan terus pergi ke pejabat. Malang bagi aku, masih panjang masa yang perlu aku lalu berseorangan bersama makhluk itu memandangkan budak rumah aku yang lain semuanya bercuti seminggu. Paling awal pun mungkin hari sabtu nanti baru mereka pulang ke sini.

Aku pulang agak lewat hari ini kerana menyelesaikan tugas yang agak banyak di pejabat. Maklumlah, sudah dua hari bercuti tambahan pula kami kekurangan kakitangan kerana ramai yang masih bercuti. Suasana juga agak suram di pejabat kerana rata rata rakan pejabat melahirkan rasa simpati kepada arwah Samsul. Aku cuma mendiamkan diri.

"Patutnya kesian kat aku la. Aku duduk dengan hantu sekarang. Tak guna betul." bentak aku di dalam hati.

Setibanya dihadapan pintu rumah, aku terhidu bau yang sangat busuk. Persis seperti bangkai baunya. Aku lihat 'Samsul' duduk ditepi pintu. Diam seribu bahasa. Kaki aku kaku tak mampu bergerak. Aku terdiam.

"Kau dah tahukan?" soal Samsul.

Nadanya berubah. Tak seperti biasa, garau dan kasar suaranya. Aku cuma mendiamkan diri. Siapa yang mampu membuka mulut jika berhadapan dengan situasi yang sedang aku lalui sekarang.

"Kau kena tolong aku. Kau dah JANJI!"

Suara garau itu memecah kesunyian malam. Aku terduduk. Menggigil ketakutan.

"Kenapa kau balik...apa yang kau nak dari aku Sul....pergi la dengan tenang." Ucapku perlahan.

"Tolong cari tangan aku...ada cincin kat tangan aku..."

Aku kuatkan diri bangun dan berlari masuk kedalam rumah. Pintu aku kunci rapat. Begitu juga pintu bilik ku. Aku tak mampu lagi berfikir secara waras. Semasa aku menyelak selimutku. Aku ternampak satu susuk tubuh berbaring di atas katilku. Samsul! Jasad itu bangun duduk melunjur. Baunya sangat hanyir dan busuk.

"Kau kena tolong aku. Kau dah JANJI!"

Tempikan itu memeranjatkan aku disertai bunyi tangisan yang amat menakutkan. Aku bingkas berlari keluar bilik. Cuba untuk keluar rumah namun tidak berjaya kerana pintu rumahku seolah olah disekat sesuatu. Sewaktu aku berpusing kebelakang...

Aku ternampak 'Samsul' berdiri betul betul di hadapanku. Baunya busuk. Dalam samar cahaya waktu malam aku lihat mukanya hampir hancur. Biji bola matanya sebelah kiri juga tiada. Kedua dua tangannya kosong. Cecair pekat mengalir dari kepalanya seperti otak yang hancur meleleh keluar dari kepala menitik ke kaki. Tulang bahu dan tengkuknya terkeluar dari isi amat mengerikan aku. Tubuh aku lemah, pandangan juga semakin kabur...aku tak mampu terus kuat lagi. Pandangan ku kelam....Aku jatuh.

HOUSEMATEWhere stories live. Discover now