Berita Buruk

1.5K 83 8
                                    

Aku terjaga lewat pada hari ini. Sama seperti semalam, aku lihat Samsul tiada di tempatnya. Aku semakin pelik. Kalau semalam dia pergi ke bengkel dengan keretanya. Hari ini dia keluar menaiki apa? Tak pula dia kejut aku untuk tolong menghantarnya ke bengkel. Nak kata dia naik bas. Jangan kan bas. Teksi dan kereta sewa pun susah nak lalu sini. Kalau ada transport pun, mungkin penyapu nenek sihir yang tersesat sampai sini. Huhu!

Setelah selesai mandi dan bersiap. Aku mencapai kunci motor ku lalu menggalas beg sandang untuk keluar mencari makanan tengah hari. Selesai makan, aku singgah di sebuah kedai runcit untuk membeli rokok memandangkan rokok ku yang sedia ada dah nak habis.

Semasa keluar dari kedai runcit aku terpandang akan senaskah surat khabar Metro. Aku bukanlah penggemar surat khabar. Tetapi gambar yang terpampang di dada akhbar itu mencuri perhatian aku. Ya. Gambar kereta Samsul dan aku seakan akan tidak percaya dengan tajuk berita itu

"PEMANDU TANPA TANGAN"
Seremban - Seorang lelaki maut dan ditemui kira kira 100meter dari kereta yang dipandu tanpa tangan. Mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu tercampak keluar sebelum diseret oleh kenderaan berat dalam kejadian ngeri itu. Berdasarkan keadaan tubuh mangsa, kemalangan itu dipercayai berlaku 2 hari yang lalu sebelum disedari pengguna jalan yang terlihat kereta mangsa di dalam gaung pada lewat petang ini(semalam).

Aku terkedu. Tak tahu apa perasaan yang bercampur baur dalam hati ini. Sedih, takut, resah semua bermain dalam fikiranku. Kaki aku terasa sangat lemah. Aku terduduk di kaki lima kedai runcit. Kalau nak diikutkan hati. Mahu saja aku pergi ke mana mana dan tak pulang ke rumah. Macam mana kalau aku balik nanti. 'Dia' masih ada!

Aku pulang petang itu dalam keadaan menggigil. Aku diamkan diri.
Tepat jangkaanku. Selepas saja azan maghrib habis berkumandang. Aku terdengar pintu rumah dibuka. Kali ini bukan aku yang mendengar suara orang menangis. Tetapi aku pula yang rasa nak menangis dan terkencing. Namun begitu aku kuatkan semangat. Aku berpura pura macam tiada apa yang terjadi. Dalam samar cahaya bulan aku lihat 'Samsul' berjalan masuk. Kelihatan lengan baju nya begoyang seolah olah tiada apa di situ.

"Kenapa kau tak tegur aku Mal..." dia bersuara.

Aku cuma mendiamkan diri. Terdengar bunyi bising seperti orang menggeledah almari Samsul disusuli suara tangisan mendayu yang amat menakutkan. Aku cuma mampu berserah. Berselubung di dalam selimut sambil mulut terkumat kamit membaca ayat ayat suci dan berharap agar malam ini pantas berlalu!

Bersambung...

HOUSEMATEWhere stories live. Discover now