Cinta Benar Ajaib

41 1 0
                                    

Rasa cinta itu ajaib bukan.
Walaupun kau tidak memiliki, cinta itu tetap ada seperti biasanya ia, sedikitpun tanpa berkurang.

Rasa cinta itu benar ajaib bukan.
Walaupun kau tahu dia benar baik-baik saja, tetapi selagi tidak diperlihatkan didepan mata, risau itu sedikitpun tidak mahu beralah.

Rasa cinta itu sebetulnya ajaib bukan.
Apabila kau biarkan dia pergi semahunya dia, mengejar cinta dan keinginan lainnya dia, meninggalkan kau yang masih disitu. Tanpa beranjak selangkahpun dan masih juga tetap cinta.

Rasa cinta itu selamanya akan tetap menjadi ajaib sifatnya bukan.
Dimana di setiap mimpi malammu, masih juga hadirnya dia, tersenyum penuh cinta, menyampaikan dengan penuh rasa, dan katanya, aku juga masih cinta.

Andai saja segala itu bukanlah hanya mimpi tetapi benar terjadi pastinya cinta ini tiada lagi sakti ajaibnya. Kerana agungnya sebuah cinta itu tidak memerlukan balas cintanya dia untuk kamu merasa bahagia. Tetapi dengan hanya melihatkan dia senang dan suka, sudah lebih dari cukup untuk kau. Kau, si pemilik cinta yang penuh sakti keajaiban.

Yayımlanan bölümlerin sonuna geldiniz.

⏰ Son güncelleme: Aug 16, 2016 ⏰

Yeni bölümlerden haberdar olmak için bu hikayeyi Kütüphanenize ekleyin!

Perjalanan IniHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin