Tak Lagi Kuat

184 3 0
                                    

...

Kita punya kisah yang berbeza. Tak pernah lihat air matanya jangan pernah berlagak kenal. Kita punya adab, ada yang perlu kita jaga. Aku suka berdiam di belakang. Duduk dan perhatikan. Yang pedih, aku jauhkan. Pernah ditanya apa sudah aku lupa. Mungkin juga kerana lagak yang begitu hebat hingga keras hati. Sehinggakan untuk kelihatan lemah juga dianggap satu dosa pada diri. Mana mungkin hati melupa. Terngiang kata rakan. "Kau nampak ferrari parking sebelah wira. Bila balik mana satu yang kau akan ceritakan kat kawan. Ferrari atau wira?" Dan aku cuma wira itu. Jadi aku memilih untuk berlagak lupa.

Biarkan. Mereka tak tahu. Bukan salah mereka yang berkata-kata. Mereka tak merasa. Yang ada hanyalah kotak suara lantang melontar kata tanpa cuba memahami. Biarkan. Acuan mereka gagah tak seperti kau. Rapuh. Mereka tak pernah rasa dapat sesuatu yang tidak sedikit pun kau pinta dan apabila kau sudah terlalu selesa, kau hilang sesuatu itu juga bukan dengan kerelaan.

Nantinya bila dah benar berjauhan, mungkin hati itu akan rela. Biarkan. Jangan ditambah lagi penatnya dia.

Ini saja yang termampu aku. Aku tak kuat. Tak lagi kuat.

Perjalanan IniWhere stories live. Discover now