Aku Cuba

219 8 0
                                    

Sudah lah. Bersedih tidak salah. Tapi jangan lama-lama. Sudah berbulan. Lepaskan dia pergi. Lepaskan segalanya pergi. Cari kehidupan. Cari segala warna ceria.

Dia memang pernah jadi yang terbaik tetapi tidak cukup baik untuk tetap disitu. Bergeraklah mula melangkah ke jalan lurus disudut yang lagi satu. Yang bertentangan dari dia. Lari jauh. Jalan bengkok yang dulu tidak sesuai untuk kau dan dia.

Sakit, tahan tahankan.
Tangis, sorok sorokkan.
Senyum, cuba ikhlaskan.

Lepaskan dia pergi bersama siapa sahaja yang dikehendakinya. Bawa juga dirimu pergi jauh dari dia. Jangan dicari apa yang mampu melukakan lagi hatimu. Sedih itu jangan dicari. Sakit itu jangan dijemput. Kuat itu harus diseru.

Sudah. Dia mahu pergi, dia sudah pergi dan sekarang masa untuk kau mulakan langkah untuk pergi. Sampai bila mahu terus berada di satu titik itu.

Hati itu remuknya, ubatilah.
Taubat itu, istiqomahkanlah.

Kau parasit bagi dia. Dia juga parasit bagi kau. Kalian memburukkan lagi diri masing-masing. Kalian tidak boleh bersama. Terima, terima! Cari Allah. Mengadu padaNya. Allahurabbi.

Perjalanan IniOù les histoires vivent. Découvrez maintenant