Bab 10.4

2.6K 156 7
                                    

Lebai Leman telan air liur. Walaupun tidak terbit sebarang niat , tetapi pertanyaannya itu ternyata mampu menggugat status dan kredibilitinya sebagai seorang Lebai yang disegani. Lagi pulak kalau dia cuma terkejut, pengsan, dan cirit pada hantu yang biasa-biasa.

"Awok bukan saja-saja nak pengsan tahu. Mengkemer tahulah siapa teman ni. Bukan calang-calang. Siapa tak kenal, Lebai Leman. Manusia yang pertama dalam Malaysia ni melempang Dracula tau? Tapi pontianak yang berjumpa dengan awok ni bukan calang-calang juge. Matanya saje dah merah menyale. Bulat merenung ke dalam mata awok. Awok bukan tak cuba baca-baca ayat suci, ade. Tapi pontianak ni, fuhh. Diikutnya balik apa yang awok bace tu semula." Gebang Lebai Leman panjang lebar.

Masing-masing mendengar dengan penuh fokus. Jika sedang berada di luar rumah, sudah mula melangkah masuk ke dalam. Jika ada yang sedang berdiri, akan mula mencari ruang untuk duduk bersila. Jika sudah sedia bersila, dipasangnya telinga mendengar cerita dari Lebai Leman. Tidak ada satu orang pun yang tidak fokus.

"Tapi awok cool lagi. Awok tengok die boleh bace apa yang kite bace, kite tukar ayat lain. Tapi, tak sempat. Nak dikokaknya teman dengan giginya tu. Giginya pun tajam bukan main..."

"Macam dracula dulu tu ke?" tanya Zack spontan. Pundi kencingnya sudah mula hendak mengeluarkan sedikit cecair kerana ketakutan.

Lebai Leman memandang ke dalam mata Zack. Sengaja, dibiarkan soalan Zack itu tergantung sebentar. Hati Zack semakin berdebar dan suspen, begitu juga hati yang lain.

"Lagi seram!" ujar Lebai Leman. Serentak dengan itu, bunyi guruh berdentum sebentar di langit sekaligus mengejutkan semua. Tepat betul pada masanya. Ada yang melatah dan ada yang sudah mula mencapai tingkap untuk dilompat turun ke bawah. Namun yang jelas, ancaman Pontianak ini ternyata digambarkan sangat menakutkan bagi mereka dan perlu dipandang serius.

"Toksah nak beda'ah la Leman. Kamu ni saje je nak menakutkan orang kampung," betah Tok Penghulu tiba-tiba. Dia sehabis boleh tidak mahu menyebabkan panik dan menyemai ketakutan ke dalam diri penduduk kampung. Malah kalau boleh, kewujudan Pontianak itu pun dia mahu disimpan seandainya belum pasti. Karang, ada saja alasan anak lelaki tunggalnya itu untuk tidak solat Maghrib berjemaah di surau. Konon takutkan hantu. Padahal memang jenis pemalas. Itu belum lagi dikira dengan penduduk kampung yang lain. Baru saja dia hendak berasa seronok sedikit melihat makin ramai jemaah yang mahu solat di surau.

"Ingat teman suke nak sembang kaghut macam si Usin Radio tu ke?"

"Eh laa, apsal saya pulak Lebai?"

"Kamu kan kuat sembang benda mengharut-gharut. Entah-entah, dah habis kamu sebarkan ke orang kampung yang kononnya teman tercirit tadi masa pengsan."

"Tapi..." suara Usin Radio tidak bersambung. Matanya terpandang ke Tok Penghulu yang sedang berwajah garang sambil menggeleng. Memberi amaran kepadanya untuk diam dan tak perlu bercakap lagi. Usin Radio akur.

DihantuWhere stories live. Discover now