Only One Part

1K 8 2
                                        

'Walid nak Mira kerja dekat syarikat FM Trading' ucap Tan Sri Haris.

'Kerja? Mira baru jer habis belajar, bagilah Mira rehat dulu'. Aku memberi isyarat kepada umi supaya memujuk walid.

'Mira dah 3 bulan berehat, esok walid nak Mira pergi syarikat tu. Keputusan walid muktamat' ucap Tan Sri Haris dengan tegas.

'Baiklah, mira setuju dengan keputusan walid'. Aku terus masuk bilik.

Aku tak boleh membantah bila walid dah membuat keputusan yang tak boleh diubah. Umi pun tak boleh kata apa, mungkin sudah tiba masanya untuk aku bekerja.

'Abang rasa betul ke dengan cara kita ni?' soal Puan Sri Anis. Risau dengan keadaan anaknya.

'Betul, awak tak perlu risau' ucap Tan Sri Haris sambil tersenyum.

--------------------------------------------------------------------
Aku berdiri di hadapan bangunan FM Trading, 'mak ai tingginya' omel dalam hati. Aku kena berjumpa dengan setiausaha ceo yang sarat mengandung sebab aku akan mengantikannya selama 6 bulan.

Aku kena naik tingkat 15 selepas bertanya di kaunter penyambut tetamu. Kerek juga orangnya, tanya sikit pun nak marah.

'Kak Mai kan?' soal aku kepada wanita di meja depan pintu ceo.

' ha ah, cik Nurul Amira Binti Haris? soalnya balik kat aku. Saje aku tak letak Tan Sri kat borang butiran, lagipun Tan Sri hanya gelaran bukan ada dalam ic pun.

'Yup, tak payahlah panggil cik . Panggil saya Nurul cukup' ujar aku dengan sopan.

'Baiklah Nurul, boss tak masuk lagi. Nurul duduk dulu, nanti lepas jumpa boss baru akak bagitahu tugas Nurul' ujar kak Mai kat aku.

Lama jugalah aku tunggu, pukul 9 baru dia masuk pejabat. Sempat jugalah aku tidur sebab bosan menunggu tapi nasib baik sedar sebelum boss masuk.

'Kau akan jadi setiausaha aku yang baru selama 6 bulan ni. Nama aku Tengku Shahril Ibrahim, kau boleh keluar dan jumpa kak Mai untuk tahu tugas kau' ucap Tengku Shahril.

'Ini cara kau sambut orang, salam tak ada untuk permulaan perkenalan. Kalau dia bukan boss aku, dah lama kena penumbuk aku'geram aku dalam hati.
Aku keluar dari biliknya, menuju ke meja kak Mai.

'Kak nape dengan boss tu, angin semacam jer pagi ni? soal aku kepada kak Mai.

'Ada masalah kot, meh kak bagitahu tugas Nurul' ucap kak Mai.
--------------------------------------------------------------------
Aku dah bekerja kat sini 3 bulan, semua orang baik jer dengan aku kecuali boss. Aku tak fahamlah, setiap hari kena buat air kat dia dan lunch dengan dia setiap hari. Rasanya ada jer mak cik pantri buat kan air untuk dia tapi aku juga kena bancuhkan. Kalau ikut dia pergi tempat client tak apalah sebab tu salah satu tugas aku.

'Dah lama aku berdiri depan kau, mengelamun jer kerja. Jom lunch' ujar dia lalu pergi tanpa aku berkata.

Makan dekat depan ofis jer, restoran masakan utara. 3 bulan aku makan kat sini, tak muak sebab setiap hari berlainan lauk. Rindu dengan masakan umi, aku sibuk setiap hari sebab boss depan aku ni bagi banyak kerja.

'You, ada kat sini. I contact you tak jawap, why?' Soal minah mana entah datang dari mana dengan pakaiannya tak cukup kain.

'Aku dah cakap kat kau yang kita dah tak ada apa-apa hubungan. Sejak kau curang belakang aku, cinta aku terhadap kau dah terhapus' tegang terus muka boss aku cakap kat minah tu.

'I minta maaf, silap I curang belakang you tapi you selalu sibuk sampai tak ada masa untuk I. I kesunyian dan khai datang untuk memenuhi kesepian I. I cintakan you, kita sambung hubungan cinta kita balik? Soal minah tu dengan muka sedih.

Cerpen: Cinta Mahligai KitaStories to obsess over. Discover now