Kekuatan Itu Cinta

47 1 1
                                        

Ketika menjalani program PPAC, meeting setiap pagi adalah kewajiban kami bagi setiap usahawan fotografi. Hinggalah tiba saat-saat terakhir aperantis , ramai sudah mula menuruni tangga kekecewaan kerana tidak mencapai target yang diimpikan .

Hinggalah satu masa , coach kami melakukan sesi heart by heart di dalam bulatan . Berbicarakan soal , apakah motivasi kamu yang terbesar untuk kamu tetapkan perjalanan sebagai aperantis ini?

Seorang demi seorang menyatakan motivasi dan sumber kekuatan masing-masing. Selesai semua , ada sesuatu kekuatan yang terpaksa saya setuju dengan coach saya.

"Sebenarnya, apapun yang kita buat berpaksikan cinta. Cinta itu menguatkan seseorang untuk terus melakukan apa yang diperjuangkan. Cinta suami isteri. Cinta Ibu dan anak. "

Lalu saya terfikir lagi. Karya Hamka yang paling dikenali juga adalah novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wjick. Kisah tentang cinta yang tidak kesampaian. Ingat lagi novel dan filem Ayat-ayat cinta oleh dari Indonesia yang ditulis oleh Habiburrahman El Shirazi ? Pun berkisar tentang kisah cinta.

Cinta itu tentang sesuatu yang halus. Tentang sesuatu yang menguatkan perasaan dan emosi manusia.

Dan sebenar-benarnya tentang cinta, selayaknya kepada Tuhan yang Esa serta utusan Tuhan yang patut di agungkan. Moga apa juga kecintaan yang pernah termiliki disandarkan kembali kepada Tuhan. Kerana saat akhirnya , kita tetap akan dikembalikan kepada Tuhan .

Travelog Cinta ke ManinjauStories to obsess over. Discover now