Peristiwa (part 1)

1.1K 95 5
                                    

Aki
20 Jun 20xx
Cuaca mendung / Hujan
Pagi / Petang

Aku masih lagi bermalas malasan di atas katil. Semakin kuat jam loceng berbunyi semakin aku menarik selimut menutupi tubuhnya. Malas nak pergi sekolah. Ponteng lagi la nampaknya hari ni.

" Aki! Bangunlah! " selimutku direntap kasar.

Aku masih lagi menghiraukan si empunya suara dan mengerekot di atas katil.

" Aki! " suara itu menjengah ke telinga lagi.

" Diamlah! Kau ni bising tau tak! " Aku melenting apabila mulai geram dengan Ayi yang dari tadi sibuk menyuruh aku bangun.
Ayi terdiam. Terkejut apabila ditengking sebegitu rupa oleh aku.

" Apa bising pagi-pagi ni? " ayah menegur di pintu.

" Ayah.. Salah Ayi. Maaf. " Ayi menunduk meminta maaf.

Aku hanya melihat dan pantas bangun untuk keluar dari bilik menuju ke tandas. Setelah selesai bersiap dan memakai uniform sekolah, aku turun ke dapur untuk bersarapan. Ayi cuma menundukkan wajah di meja makan. Benci.. Aku benci betul perempuan ni.

Selesai bersarapan, aku terus mencapai beg sekolah dan memakai kasut. Ayi pula kelam kabut mengikut aku. Dia tak habis makan lagi tapi bila nampak saja aku dah bangun dia sibuk nak ikut juga. Memang selalu macam tu. Aku tak pernah tunggu dia habis dulu. Siapa suruh dia menyemak.

" Ayi! Habiskan dulu sarapan tu. " mak menegur.

" Tak apa. Ayi dah lambat dengan Aki ni. " dia memberi alasan.

Dalam hati aku meluat. Lambat? Tolonglah.. Dia saja nak pergi sekolah sekali dengan aku. Aku mengeluh dan terus keluar dari rumah. Ayi berlari mengejar aku dari belakang tapi cepat-cepat aku melajukan langkah supaya dia tak dapat mengejar.

" Aki, tunggulah! " dia merayu.

Aku menjulingkan mata. Menyampah sangat. Tak perlulah buat suara gedik macam tu. Tangan aku seluk dalam poket seluar. Aku lebih tinggi dari Ayi. Kaki aku yang panjang membuatkan langkah aku lebih besar. Sengaja aku meninggalkan Ayi. Padan muka!

" Ahh! " suara Ayi menjerit aku hiraukan.

" Aki! " sekali lagi dia memanggil.

Tipulah kalau cakap aku tak risau dan tertanya-tanya kenapa dia menjerit. Naluri aku mengatakan aku perlu menoleh. Tapi..

" Haha.. Seorang saja? " suara lelaki sayup-sayup kedengaran bersambutan dengan hilai tawa beberapa lagi orang dari jantina sama.

Aku mengetap bibir. Menyusahkan betullah dia ni! Tanpa aku sendiri dapat mengelak, badan aku secara refleks berpatah balik. Kenapa? Kenapa aku perlu pusing semula?

" Hoi! " aku menggengam bahu lelaki yang berada dihadapan Ayi dari belakang.

Lelaki tadi terus mati ketawanya dan bersama tiga lagi rakannya itu berpusing menghadap aku. Ayi membuka mulutnya untuk bersuara tapi lepas aku bagi renungan maut terus dia diam. Kau jangan nak masuk campur perempuan lembab.

" Kau ni.. Hey, haha.. Dia ni bukan Aki ke? " salah seorang dari mereka menegur.

" Baguslah kalau kau kenal aku. Sekarang blah! " aku memberi amaran.

" Heh.. Kenapa? Dia ni girlfriend kau ke? " lelaki tadi ketawa bersama rakannya.

Aku mengetap bibir menahan geram. Tak.. Aku rasa nak tumbuk je. Bila tengok dia gelak macam ni.. Girlfriend? Ayi? Hahahaha.. Lawak betul!

Debuk!

Akhirnya fikiran aku jadi kenyataan. Aku betul-betul menumbuk lelaki tadi. Ayi menekup mulut dengan tangan. Terkejut dengan tindakan aku. Padan muka dia!

" Kau apahal?! " yang lain mula masuk campur dan mengelilingi aku.

" Sampah macam kau ni kena pergi sekolah. Pergi belajar. Dah bodoh sangatkan? Sekolah nak mula dah ni. " aku sengaja menambah minyak dan tersenyum sinis.

" Kau! " lelaki tadi memberi amaran sambil memegang kolar baju aku.

" Korang buat apa ni?! " seorang pakcik yang lalu disitu menjerit. Terus mati niat mereka untuk bergaduh dan meninggalkan kami.

Ayi memandang lelaki yang telah berlalu tadi dan mengucapkan terima kasih kepada pakcik yang datang entah dari mana. Aku malas nak layan dan terus melencong ke arah lain. Destinasi aku? Taman kat belakang bukit tu. Tempat best nak lepak.

Nak diikutkan aku sama macam 'sampah' tadi. Ponteng.. Cari gaduh.. Tapi apa yang membezakan aku dengan mereka ialah aku bijak. Walaupun aku selalu ponteng, aku sentiasa dapan tempat pertama dalam sekolah. Pelik? Tapi tu betul sebab tu lah cikgu tak boleh nak buat apa.

Aku sebenarnya bosan pergi sekolah. Semua benda yang cikgu ajar aku dah tahu. Aku nak belajar benda baru. Ada sebuah rumah kosong kat taman belakang bukit tu. Tak jauh dari sekolah pun. Sejak bila aku tak ingat tapi aku suka lepak situ. Kawasan larangan yang tak ada orang kecuali aku sengaja redah.

Rumah tinggal ni ada satu perpustakaan mini. Buku-buku kat sini semua pelik-pelik tapi seronok. Kat sinilah aku belajar. Tapi, satu benda aku pelik ialah kenapa sampai sekarang walaupun cikgu tak marah aku ponteng, kenapa cikgu tak pernah tanya kat mana aku belajar?

Macam ada orang yang cuba lindungi aku..

" Alamak! Dah pukul 4 petang.. " aku mengomel sendirian.

Jam ditangan lama aku pandang sebelum mula mengemas barang. Nak balik cepat. Selesai saja, terus aku melangkah untuk pulang. Jalan penuh dengan pelajar sekolah aku jadi aku ambil jalan jauh untuk balik. Malas bertembung dengan orang yang aku kenal.

" Maaf! " seseorang yang terlanggar aku sebentar tadi bersuara. Dia nampak macam tergesa-gesa.

Sesaat dia mengangkat wajah, terus kaku. Dia seperti terkejut melihat aku. Aku kenal dia ke? Perempuan mana pulak ni?

" Aki, kan? Akifuyumi, adik Ayi? " dia bertanya kelam kabut.

Aku berkerut. Siapa pulak ni? Laju tangannya mencapai tangan aku. Eh?

" Tolong! Sebenarnya Ayi dalam masalah. Dia nak selamatkan saya tadi dan sekarang dia dikelilingi oleh sekumpulan lelaki samseng! " dia menerangkan situasi.

Lagi sekali tindakan refleks diluar kawalan aku, aku pantas berlari ke arah yang perempuan tadi datang. Ayi! Cis.. Tak habis-habis menyusahkan aku! Tak ada benda lain ke nak buat?! Aku tak suka betul la. Benci! Aku benci betul perempuan macam Ayi ni.

"Ahaha.. Tu la kau! Lain kali salahkan budak tak guna tu! Bukan apa.. Dia cari pasal tapi kau pula yang kena. Haha.. " percakapan mereka dapat aku tangkap dari tembok bersebelahan.

Jadi mereka disebalik jalan sebelah sana. Apa patut aku buat? Lompat tembok ni? Tinggi jugak ni kalau nak panjat. Macam mana ni?

" Biar dia rasa.. Hahaha.. Salah dia sebab libatkan kau! Sebab kitorang tak suka dia, kitorang lepas kat kau! Kau patut salahkan dia la, betul tak? " suara lelaki itu sekali lagi berbunyi.

Aku mengetap bibir. Siapa pula yang cari pasal kali ni? Nak tak nak aku panjat juga tembok dan melompat kesebelah sana.

" Tak malu ke guna cara kotor?! Kalau tak puas hati dengan aku, datang depan-depan baru la betul! " aku melenting.

Mereka berpaling ke arah aku dan ketawa. Dari celahan sekumpulan pelajar lelaki itu aku ternampak Ayi yang terbaring. Ayi? Tubuhnya berlumuran darah.

" Apa kau buat ha?! " aku terus meluru ke arah mereka.

Tak guna betul. Bukan ini yang aku nak. Kenapa Ayi perlu masuk campur dalam semua urusan aku? Aku tak nak tolong dia tapi badan aku bergerak dengan sendirinya. Pelajar tadi aku belasah secukupnya. Setakat lima orang apalah sangat.

Mereka mula berundur apabila aku tidak lagi dapat mengawal kemarahan aku. Salah seorang dari mereka berpatah balik semasa aku berpaling untuk melihat Ayi. Sungguh aku tak duga.

" Aki! " Ayi menarik dan melindungi aku dengan tubuhnya.

Kayu besbol yang aku sendiri tak tahu datang dari mana patah apabila dipukul pada kepala Ayi. Aku kaku melihat darah yang berlumuran semakin banyak membasi jalan. Hujan rintik yang turun semakin lebat.

TEMPEST (Completed)Where stories live. Discover now