Last Special Part

Start from the beginning
                                    

"Shh... awek-awek jangan sebut dekat sinilah kak. Bahaya." Tangan Imani segera dicapai. Setelah menyalami Imani, tubuh Imani pula didakap, tidak cukup dengan itu, satu kucupan dihadiahkan pada pipi kanan Imani.

"Woi kau gila ke dik? Agak-agaklah nak bagi kiss dekat aku pun. Nanti apa orang sekeliling kata." Imani mengesat pipi kanannya seolah-olah macam jijik sangat dengan ciuman adiknya itu.

"Tadi kau juga cakap kan? Macam tu lah aku rindu kau. Rindu sangat-sangat tau tak. Rindu nak cari gaduh dengan kau, rindu nak buli kau masa tidur, rindu nak..."

"Dah-dah. Kalau nak sebut satu-satu memang sampai esoklah kita tak balik rumah. Sekarang diam. Masuk kereta lepastu memandu dengan cermat ya wahai adikku yang tersayang." Imani terus meloloskan dirinya ke dalam kereta Audi itu. Tengku Zafri sempat membebel perlahan sebelum dia mula memandu perlahan-lahan meninggalkan perkarangan KLIA itu.

Aiman sudah panas hati melihat adegan terlebih mesra pasangan di hadapannya sebentar tadi. Tidak perasankah Imani akan kelibatnya dibelakang gadis itu? Atau Imani sengaja pura-pura tidak nampak dirinya kerana masih marahkannya?

"Aiman. Jauh termenung? Dah sampai mana?" Adam mengusik anak terunanya itu. Alisya sudah mengekek mentertawakan abangnya.

"Alah papa... dia rindukan kak Imani lah tu. Angau lah
katakan." Aiman mendengus kasar.

"Kau diamlah dik." Sejurus itu, dia terus masuk ke tempat duduk pemandu belakang. Hatinya masih berapi melihat aksi mesra dihadapan matanya sebentar tadi. Sedikit kecewa mengenangkan perubahan sikap Imani. Tak mungkin semudah itu sahaja Imani boleh berciuman dengan lelaki di hadapan khalayak ramai. Ada satu suara halus membisikkan kepadanya. Ah, dia kan baru balik dari luar negara. Jadi, tak mustahil dia berubah menjadi gadis sosial walaupun berpakaian menutup aurat sepenuhnya.

Maya sedar akan perubahan riak wajah Aiman. Dia tahu, pasti ada sesuatu yang sedang membelenggu fikiran anak muda itu. Namun dia cuba diamkan dahulu. Membiarkan Aiman menenangkan sendiri fikirannya. Adam dan Maya menghantar isyarat mata hanya mereka sahaja yang tahu sebelum mereka satu keluarga bergerak menuju ke rumah asal mereka.

IMANI melemparkan pandangannya jauh ke luar tingkap. Kalau nak diikutkan, sudah arwah Tengku Zafri dia kerjakan di KLIA sebentar tadi. Adik bertuah. Tetapi memandangkan dia masih tawar hati mengenangkan perubahan sikap Aiman, jadi dia membiarkan sahaja Tengku Zafri menghadiahkan ciuman pada pipinya di hadapan khalayak ramai.

"Akak, kita dah sampai. Kau taknak turun ke?" Suara garau Tengku Zafri menyentak lamunannya.

"Oh... dah sampai eh? Ha, kau tolong angkatkan beg-beg aku. Aku penatlah. Nak berehat
kejap."

Tengku Zafri menghantar susuk tubuh Imani dengan ekor mata. Wajah Imani tampak muram sahaja di matanya. Marah ke kena cium tadi? Tapi mungkin juga. Sebab kakak dia tu sudah berubah menjadi gadis kasar atau dalam erti kata lain sedikit tomboy semenjak dihantar ke luar negara bagi menyambung pengajian di sana. Bagasi milik Imani dikeluarkan dari bonet kereta Audi itu untuk dibawa masuk ke dalam rumah.

"Anak mama dah balik. Rindunya mama dekat Imani." Raisya berlari-lari mendapatkan Imani. Dirangkul erat tubuh puteri sulungnya itu.

"Imani pun rindu mama. Rindu masakan mama. Rindu nak manja-manja dengan mama." Imani membalas pelukan Raisya. Setelah itu, dia tunduk menyalami Raisya.

"Mama aje lah rindu. Papa ni dia tak rindu pun. Hmm... sedih." Tengku Zafran mengeluarkan suara berjauh hatinya itu. Sajalah tu nak mengusik Imani.

"Eee... buruklah papa merajuk. Kalah muka Raykal bila bangun tidur." Raisya menekup mulut menahan tawa dari terhambur. Manakala Imani dah terbahak-bahak mentertawakan Tengku Zafran. Muka cemberut tu paling tak tahan.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now