Bab 42

13.5K 440 9
                                    

Langkahnya terhenti betul-betul berhadapan pintu masuk tandas wanita itu. Baru dia teringat sesuatu. Beg kertasnya tidak dibawa bersama.

'Mati lah kalau diaorang jumpa ubat tu.' Dongkol Maya dalam hati.

Dia berpatah ke wad Raisya semula. Kelihatan susuk tubuh Sofian, Tania dan Tengku Zafran sedang merenungnya dengan pandangan membunuh.

"Kenapa kauorang tengok aku macam nak makan aje ni?" Soal Maya takut-takut.

Tengku Zafran menghampiri Maya. Senyuman sinis dihadiahkan kepada Maya. Botol ubat itu didekatkan pada wajah Maya.

"Apa benda ni? Vitamin kau ke?" Lidah Maya kelu di saat itu. Tembelangnya sudah pecah!

"A.. Aku explain." Sofian dan Tania membuat mimik muka menyampah.

"Explain apa?! Kau cuba nak mengelak ke?!" Tempelak Tengku Zafran. Maya menunduk.

"Zaf, perlahankan sikit suara kau tu. Kita dekat hospital ni." Tania menegur Tengku Zafran yang seperti tidak dapat mengawal emosi ketika itu.

"Lepas Raisya sedar nanti, kau akan terima balasan yang setimpal. Kau tahu tak, apa yang kau buat ni dikira cubaan membunuh. Kalau apa-apa jadi dekat Raisya, jangan harap kau akan terlepas." Wajah Tengku Zafran yang putih itu bertukar kemerahan menahan marah. Kalau Maya ni lelaki, memang dah lama muka dia pecah.

Tania dan Sofian saling berpandangan. Usaha mereka untuk menenangkan Tengku Zafran gagal. Lelaki itu memang tidak dapat mengawal kemarahannya lagi.

Seorang doktor perempuan yang keluar dari wad yang menempatkan Raisya, berjaya menghentikan kemarahan Tengku Zafran. Doktor Zara melemparkan senyuman manis kepada mereka semua.

"Pesakit dah sedar. Sebenarnya tiada apa yang serius pun berlaku dekat dia. Dia cuma tak boleh minum minuman yang masam. Nanti perut dia akan sakit. Macam yang saya pesan kepada Encik Zafran sebelum ni. Saya takut akan menjejaskan kandungan dia." Tengku Zafran cuma angguk.

"Saya dah bagitahu dia jangan minum minuman masam. Saya tak ada dengan dia selama sehari. Mungkin sebab tu dia berani langgar arahan saya." Doktor Zara mengangguk sambil tersenyum.

"Boleh kami masuk doktor?" Sofian malas mendengar perbualan di antara mereka berdua. Sayang betul dia dekat Cik Raisya. Tapi sayang dia dekat Tania lagi lebih.

"Eh, boleh. Silakan." Sejurus itu, mereka masuk ke dalam wad itu kecuali Maya. Doktor Zara memanggil Maya masuk ke dalam billiknya.

"Apa yang kau buat ni Maya?" Doktor Zara merenung Maya dengan tajam.

"Aku buat apa?" Maya cuba berdalih.

"Kau nak gugurkan kandungan Puan Raisya tu ke? Kau tahu tak dia tu orang berpengaruh?" Maya menayang muka tidak puas hatinya.

"Yang kau nak marah aku ni kenapa? Hari tu, kau juga yang bagi ubat tu dekat aku."

"Memang lah. Tapi aku tak sangka kau berdendam dengan Puan Raisya. Aku rasa, baik kau hentikan aje rancangan gila kau ni."

"Huh, never!" Maya menghentak kasar meja kerja itu. Lalu dia beredar dari ruangan bilik Doktor Zara.

"Apa nak jadi lah dengan kau ni Maya..."

*************

"Sayang, macam mana boleh jadi macam ni? Sayang tak dengar pesanan abang ke?" Tengku Zafran menggenggam erat jemari Raisya. Sofian dan Tania cuma berdiri di sisi katil itu. Tidak mahu mengganggu pasangan itu.

"Saya cuma minum teh lemon aje. Salah ke?" Raisya tahu dia bersalah, tapi tetap nak menang dekat dia juga.

"Memang salah. Kalau jadi apa-apa dekat sayang macan mana?" Raisya melepaskan keluhan kecil. Macam-macam betul pantang-larang. Bosan lah macam ni!

"Semua tak boleh. Baik awak kurung saya aje." Aik, merajuk ke ni? Alahai, semua ni untuk kebaikan dia juga.

"Memang abang kurung sayang pun. Abang kurung sayang dalam hati abang." Heh, sempat lagi.

"Eleh... Pickupline tak jadi. Menyampah aje dengar." Raisya menolehkan wajahnya ke arah Sofian dan Tania.

"Menyampah ke suka?" Usik Tengku Zafran. Kurang sikit rasa marah lepas dapat berborak dengan isteri kesayangan.

"Alah, suka lah tu." Tania menjeling manja ke arah Raisya.

"Hish, mengarut lah kauorang ni!" Bentak Raisya lalu menyelubungkan diri ke dalam selimut. Tengku Zafran senyum nakal lalu mendakap tubuh Raisya yang dibaluti selimut itu.

"Eeii... Lepas lah!"

"Tak nak. Suka peluk sayang. Lembut."

"Mengada!"

"Mengada dengan sayang aje." Terkekek-kekek Tania dan Sofian ketawa melihat kerenah mereka berdua.

"Sayang marah abang lagi ke?" Tengku Zafran menghampiri Raisya yang sedang mengambil angin malam di balkoni.

"Tak ada lah." Jawab Raisya acuh tak acuh.

"Abang tak berniat pun nak curang dengan sayang. Abang pura-pura mesra dengan Maya sebab abang cemburu tengok sayang dengan Sofian.

Raisya menoleh ke arah Tengku Zafran yang memamdangnya dengan pandangan redup.

"Maafkan abang?" Pinggang Raisya dirangkul dari belakang. Dagunya diletakkan pada bahu Raisya.

"Abang, you want to know something?"

"Tahu apa sayang?" Soal Tengku Zafran seakan berbisik.

"Kita berdua ni ego. Tak pernah nak tunjuk perasaan masing-masing, even kita pernah confess tentang perasaan kita."

"That's right." Mereka berdua tertawa kecil dengan sikap masing-masing. Kalau terlalu ego pun susah juga kan?

************

Maya mengomel sendirian sambil kakinya laju melangkah ke tempat letak kereta.

Baru sahaja, pintu kereta itu dibuka, mulutnya ditekup dari belakang. Sebaik sahaja dia terhidu bau ubat itu, dia terus tidak sedarkan diri.

Dua orang penjahat itu tersenyum sesama-sendiri sebelum membawa Maya masuk ke dalam kereta mereka.

Lantas, kereta mereka menderum laju meninggalkan kawasan tempat letak kereta itu.

"Aku dekat mana ni?" Maya memerhatikan segenap ruang bilik itu. Dia kenal sangat suasana bilik itu.

Matanya tertancap pada potret besar yang tergantung pada dinding bilik itu. Potret mereka sekeluarga.

"Dah bangun ya anak daddy ni?" Tiba-tiba saja Tan Sri Mikhael muncul.

"Daddy?! Sanggup daddy culik anak daddy sendiri?!" Maya cuba bangun untuk menolak Tan Sri Mikhael, namun dia tidak berjaya
kerana kaki dan tangannya telah diikat.

"Kenapa Maya tinggalkan daddy?"

"Tak! Maya tak tinggal daddy pun! Ada keluarga lain yang dah selamatkan Maya dari kebakaran tu."

"Keluarga lain?"

"Ya. Maya lari balik Kuala Lumpur pun sebab tak nak kena paksa kahwin dengan anak Dato' yang gila tu. Ada daddy fikir perasaan Maya?" Tan Sri Mikhael memandang simpati riak wajah Maya yang bertukar mendung.

Segera tubuh Maya dipeluk untuk menenangkan perasaan anaknya.

Maya mengukirkan senyuman sinis di sebalik wajahnya yang sengaja dibuat sedih.

**************

Tengku Amalina teruja mendengar berita tentang kehamilan Raisya dari Tengku Zafran.

"Awak, kita akan jadi atuk dengan nenek." Belum sempat Tengku Zarul ingin bertanya, Tengku Amalina terlebih dahulu menjawab.

"Ya Allah... Betul ke ni?!" Tengku Amalina mengangguk laju.

"Alhamdulillah... Tak sabar saya nak timang cucu. Err.. Sebelum tu, isteri Zaf ke Rif yang pregnant?" Almaklumlah, kedua anak lelakinya sudah beristeri.

"Isteri Zaf lah. Rif kan baru aje kahwin. Apa lah awak ni." Tengku Zarul mengangguk.

"Tak sia-sia usaha kita kan?" Tengku Amalina dan Tengku Zarul saling berbalas senyuman.

-Bersambung-

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now