Bab 40

14K 418 5
                                    

"Awak, jom pergi rumah papa." Fasya menarik lengan Tengku Zarif.

"Bukan minggu lepas kita dah pergi rumah papa ke?" Tengku Zarif menjongketkan kedua belah keningnya.

"Alah, tu minggu lepas. Minggu ni mana kita pergi lagi. Jom lah awak." Fasya ni memang manja dengan Datuk Faizal.

"Ye lah. Tapi sebelum tu, kita pergi joging nak? Lama kita tak berjoging." Laju Fasya menggeleng.

"Tak nak lah. Saya dah cukup kurus okey."

"Tak nak tak apa. Kita tak payah pergi rumah papa." Fasya mengeluh perlahan.
Benci betul main ugut-ugut macam ni.

"Okey lah. Tapi awak jangan joging laju sangat kejap lagi."

"No hal."

Audi Sport milik Tengku Zarif tiba di perkarangan banglo Datuk Faizal. Dengan segera, Fasya menerpa masuk ke dalam banglo meninggalkan Tengku Zarif terkuat-kulat sendiri dalam kereta.

"Wah... Papa masak lauk kegemaran Fasya lah!" Fasya menyergah Datuk Faizal dari belakang. Datuk Faizal mengurut-urut dadanya terkejut dek disergah Fasya.

"Fasya ni suka buat papa sakit jantung. Mana Rif? Dia tak datang sekali ke?" Fasya menayang sengih kepada Datuk Faizal.

"Ada kat luar."

"Lah... Pergi ajak dia masuk. Apa lah Fasya ni." Baru sahaja Fasya ingin menapak keluar rumah, Datuk Faizal memanggilnya.

"Eh, Fasya tolong pergi panggilkan akak Raisya dekat atas. Tadi papa suruh abang Zaf panggil dia, tapi sampai sekarang belum turun-turun lagi diaorang ni." Fasya senyum teruja bila mendapat tahu kakaknya juga turut berada di banglo Datuk Faizal. Namun senyumannya mati tatkala nama abang iparnya dilontarkan oleh bibir Datuk Faizal.

"Emm... Okey." Fasya segera menuju ke tingkat atas. Manakala Datuk Faizal menjemput Tengku Zarif masuk.

"Akak, papa panggil... Ops, sorry ganggu." Fasya pantas menutup semula daun pintu bilik itu.

'Ish, diaorang ni... Tak reti nak tunggu malam dulu ke? Dah la tak kunci pintu.' Fasya mengomel sendiri dalam hati.

Membahang wajah Raisya dan Tengku Zafran apabila diterpa tanpa ketuk pintu terlebih dahulu.

Kain tuala yang hampir melorot itu segera ditahan. Wajah Tengku Zafran direnung tajam. Miang! Gatal! Pervert! Buat malu aje. Aduh... Papa, mana Raisya nak letak muka ni?

"Err... Sorry abang tak boleh kawal tadi. Sebenarnya abang naik atas ni, nak panggil sayang makan." Kedua tangannya yang melingkari pinggang Raisya dileraikan. Sempat jarinya menyentuh bibir Raisya.

"Ikut kan hati, memang saya nak bagi kaki aje tadi. Tapi, memandangkan awak suami saya, saya tak buat macam tu. Dan, sekarang tolong keluar kejap. Saya nak pakai baju. Tak kan lah awak nak saya turun makan dalam keadaan macam ni." Tengku Zafran perasan Raisya menggelar diri mereka saya-awak, bukan lagi sayang-abang yang boleh menyebabkan author muntah hijau.

Tengku Zafran meletakkan jari telunjuknya pada bibir Raisya.

"Call me abang." Raisya diam tidak membalas. Dia ni tak tahu ke yang diaorang ni dalam mood perang dingin lagi.

"Kalu tak nak?"

"Call me baby." Mulut Raisya dah terbuka luas tahap gua kelam dah. Eh, kejap. Macam tajuk lagu aje tu.

"Jangan nak menggedik dekat sini boleh tak? Pergi lah turun bawah. Saya nak pakai baju." Bahu Tengku Zafran ditolak ke arah pintu.

"Ye lah. Tapi, jangan lama sangat tahu. Papa dah berjanggut tunggu kita dekat bawah tu." Raisya cuma mengangguk sebelum pintu bilik itu ditutup lalu dikunci. Tengku Zafran tak turun pun sebenarnya. Dia tunggu Raisya depan pintu bilik.

************

Tengku Zarif dan Datuk Faizal pandang hairan ke arah Fasya. Wajahnya yang putih gebu itu berubah menjadi merah.

"Kenapa merah sangat muka awak tu?" Tengku Zarif menghampiri Fasya sebelum pipi Fasya dicuit manja.

"Tak ada apa lah." Jawab Fasya malu. Gila betul akak Raisya dengan abang Zaf ni.

"Betul ke ni? Ke awak nampak akak Raisya dengan abang Zaf..." Mulut Tengku Zarif ditekup oleh Fasya. Tak sanggup Fasya mendengar kata-kata seterusnya yang keluar dari mulut Tengku Zarif. Datuk Faizal pula dah tersengih semacam tengok anak dengan menantu dia.

Tatkala Raisya dan Tengku Zafran menapak turun ke bawah, Fasya segera melarikan anak matanya dari bertembung dengan Raisya dan Zafran. Malu lagi lah tu.

"Akak, sorry sebab masuk tak ketuk dulu tadi." Raisya cuma senyum memandang Fasya.

"Alah, kau tak salah pun. Yang salah tu abang Zaf." Raisya dan Fasya mengambil tempat duduk atas buaian yang terdapat pada halaman banglo Datuk Faizal.

"Emm... Akak dah tahu ke jantina baby kat dalam perut tu?" Fasya cuba berbual mengenai soal jantina bayi pula. Dia pun teringin sebenarnya nak ada baby, tapi belum ada rezeki lagi.

"Belum lagi. Nanti lah akak pergi check. Kau tu belum ada apa-apa lagi ke?" Fasya menggeleng.

"Belum ada rezeki lah akak."

"Tak apa. Nanti ada lah tu."

"Akak, abang Zaf ada curang dengan akak ke?" Raisya menunduk sebelum menjawab pertanyaan Fasya.

"Tak lah. Dia tak curang dengan akak pun. Kenapa Fasya tanya?" Raisya cuba senyum untuk menutup perasaan sebenarnya.

"Oh, betul ke?" Soal Fasya kurang percaya.

"Betul lah. Akak nak pergi masuk lah. Mengarut aje kau ni." Fasya dapat rasakan kakaknya itu sedang memendam rasa.

**************

Raisya meneliti fail tentang empayar syarikatnya di beberapa buah negara. Pelipisnya dipicit perlahan.

"Sofian, panggil Zaf masuk pejabat aku. Kau pun masuk sekali."

"Baik bos." Sejurus itu, butang interkom ditekan.

Selang beberapa saat, Sofian dan Tengku Zafran masuk ke dalam bilik pejabatnya.

"Ada apa bos nak jumpa kitaorang?" Sofian dan Tengku Zafran berdiri betul-betul berhadapan dengan Raisya.

"Memandangkan kauorang lebih berpengalaman dan lebih arif tentang selok-belok business and management, aku nak kauorang melawat business kita dekat Sabah." Tengku Zafran memandang tepat anak mata Raisya. Seolah-olah tidak bersetuju melawat empayar business bersama Sofian.

"Tiada bantahan. Keputusan aku muktamad." Tidak berani membantah, mereka berdua keluar dari bilik pejabat Raisya dengan hati yang agak sebal.

Maya melirik senyuman. Dua orang yang selalu menjadi hero Raisya, tidak ada di pejabat selama beberapa hari. Kerjanya untuk melakukan rancangan jahat kepada Raisya akan lebih mudah tanpa gangguan.

"Sayang, kenapa bukan sayang aje yang pergi melawat empayar business
tu dengan abang?" Jemari Raisya digenggam erat.

"Jangan banyak bunyi. Saya tak berapa sihat ni. Tak kan lah saya yang kena pergi melawat. Kalau jadi apa-apa dekat baby ni macam mana?" Hari tu Tengku Zafran yang risau sangat kalau Raisya buat kerja berat-berat. Ni, nak suruh Raisya pergi melawat empayar business dengan dia pula.

"Abang tanya aje. Sayang jaga diri baik-baik tahu masa abang dekat Sabah nanti. Jaga baby kita baik-baik." Tengku Zafran terpaksa mengalah kalau Raisya tetap berkeras menggelar diri mereka sebagai saya-awak. Dia tahu Raisya masih marahkan dia.

Raisya terdiam mendengar pesanan Tengku Zafran. Hatinya rasa tidak enak. Kenapa lain macam saja cara Tengku Zafran memberi pesanan.

"Insya-Allah. Saya akan jaga diri saya dan anak kita baik-baik." Raisya cuba mengukir senyuman paksa. Hatinya masih gusar sebenarnya.

Tengku Zafran membalas senyuman Raisya lalu bahu Raisya dipaut erat. Raisya tidak menolak.

Di bawah rembulan dan bintang, mereka berdua melayan perasaan masing-masing.

-Bersambung-

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now