Bab 36

13.7K 443 4
                                    

Bosan! Itu sahaja yang dapat Raisya katakan sekarang ni. Tengku Zafran langsung tak bagi Raisya buat kerja rumah. Memang lah selama ni dia tak pernah nak kemas rumah, mencuci pakaian dan seangkatan dengan yang perlu dilakukan oleh seorang yang bergelar isteri. Kalau suri rumah memang dah tak sesuai gelaran tu untuk dia. Almaklum lah, dia kan bos dekat syarikat terkemuka. Bagi menghilangkan kebosanan yang sedang melanda, Raisya bercadang untuk berbual dengan Tengku Amalina. Boleh juga ambil tahu tentang makanan kegemaran Tengku Zafran. Nak lah juga try masak even tak reti pun sebenarnya.

Raisya bercadang untuk masak makanan kegemaran Tengku Zafran pada malam itu. Dia dapat tahu makanan kegemaran Tengku Zafran pun disebabkan Tengku Amalina yang bagitahu. Siap dapat ceramah free lagi sebab tak pernah nak ambil tahu tentang makanan kegemaran Tengku Zafran selama ni. Haha, memang patut dapat ceramah free.

Dari A sampai Z Tengku Amalina menerangkan cara-cara memasak makanan Tengku Zafran. Walaupun cuma terangkan melalui telefon bimbit, tetapi Raisya cepat belajar apa yang Disampaikan oleh Tengku Amalina. Segala bahan mentah yang diperlukan dan bahan lain sudah siap disediakan. Nasib baik lah dah balik ke vila kediaman diaorang, kalau dia menyepahkan dapur dekat rumah Datuk Faizal, mahu bernanah telinga ni dengar Datuk Faizal membebel.

"Nama aje ada pangkat Tengku, tapi suka makanan ala Malay Style. Tapi bagus juga. Tak ada lah aku susah-susah nak masak makanan pelik-pelik yang entah bahan apa yang diaorang guna tu." Sempat Raisya membebel sebelum memulakan misi memasak makanan kegemaran Tengku Zafran. Iaitu ketam masak lemak cili api.

Tengku Zafran? Dia awal-awal lagi dah buat tahi mata. Raisya yang pregnant, dia pula yang penat.

Tengku Zafran terjaga dari tidurnya. Perutnya dah buat konsert apa pun tak tahu sekarang ni. Lapar bukan main. Tengku Zafran menyarungkan jaketnya untuk makan di luar.

Sejurus sahaja Tengku Zafran turun ke tingkat bawah, dia terhidu bau aroma makanan kegemarannya. Masa ni lah, perut lagi menggila buat konsert. Langkah laju diatur menuju ke dapur.

Membulat matanya melihat Raisya yang sedang menyediakan lauk kegemarannya.

"Sayang! Kan abang dah cakap jangan buat kerja dapur langsung. Kenapa tak nak dengar cakap abang ni?!" Suara Tengku Zafran sudah naik seoktaf. Terkejut Raisya tatkala Tengku Zafran meninggikan suara terhadapnya. Mula lah hati ni rasa sebak semacam.

"Sayang cuma nak masak untuk makan malam aje. Salah ke? Lagipun ni lauk kegemaran abang kan?" Raisya menunduk cuba menahan air matanya dari menitis. Hatinya mudah terguris semenjak dia mengandung.

"Abang risau kalau terjadi apa-apa dekat sayang. Kenapa tak bagitahu abang yang sayang lapar. Boleh abang pergi belikan makanan. Tak perlu susah-susah nak masak makanan abang. Abang bukan kisah sangat pun fasal lauk kegemaran tu. Kalau sayang tak masak pun tak apa." Raisya mendongakkan wajahnya memandang tepat anak mata Tengku Zafran. Hatinya sakit mendengar apa yang dikatakan oleh Tengku Zafran.

"Boleh tak abang hargai usaha sayang? Abang tahu tak sayang bersusah-payah pujuk bonda semata-mata nak suruh bonda ajarkan sayang cara nak masak lauk kegemaran abang ni? Tapi apa yang sayang dapat? Nothing! Abang langsung tak hargai. Abang tak jemu ke makan dekat luar selalu? Sayang pun teringin nak masak untuk abang. Salah ke abang?" Tidak menunggu lama, Raisya terus menuju ke tingkat atas. Bantal dan selimutnya diambil lalu dibawa masuk ke bilik tetamu yang berada di tingkat bawah. Tengku Zafran meraup wajahnya kasar. Apa yang aku dah buat ni?!

Raisya mengunci pintu bilik tetamu itu. Raisya duduk di atas katil bersaiz Queen sambil memeluk lutut. Tangannya bertindak menumbuk-numbuk katil. Kemudian dia menekup wajahnya. Esakan kecil mula bergema dalam bilik tetamu itu.

Tengku Zafran mengambil kunci pendua bilik tetamu itu apabila usahanya untuk membuka pintu bilik itu gagal.

Raisya segera berpura-pura tidur tatkala melihat tombol pintu seperti dipulas dari luar.

Setelah pintu itu berjaya dibuka, Tengku Zafran mengunci pintu bilik tetamu itu lalu duduk melutut di birai katil. Rambut lurus paras bahu milik Raisya dibelai lembut. Raisya tidur dalam posisi mengiring ke kanan, mudah lah dia nak tatap wajah isteri dia tu lama-lama.

"Abang tak berniat pun nak marah sayang tadi. Maafkan abang ya." Ubun-ubun Raisya dikucup lalu kucupan itu beralih pula ke pipi kanan Raisya. Tengku Zafran turut berbaring bersebelahan Raisya. Tangannya mula melingkari pinggang Raisya.

'Apa hal main peluk-peluk ni? Tak tahu ke orang tengah merajuk.' Getus Raisya dalam hati. Raisya cuba merenggangkan sedikit pelukan Tengku Zafran, namun pelukan Tengku Zafran bertambah lebih erat. Akhirnya, Raisya terpaksa mengalah lalu terlena dalam pelukan hangat Tengku Zafran.

************

"Bila Tan Sri nak kitaorang culik Maya?" Lan dan Bobby masuk ke dalam bilik itu setelah mendapat kebenaran dari Tan Sri Mikhael.

"Kauorang dah tak sabar nak culik anak aku ke apa?" Nada Tan Sri Mikhael menyoal agak keras.

"Eh bukan macan tu maksud kitaorang. Kitaorang cuma tanya aje." Bobby pula cuba bersuara.

"Nanti lah dulu. Kauorang jangan nak buat tindakan melulu sebelum aku bagi arahan." Tan Sri Mikhael memberi amaran. Bukan boleh kira sangat budak dua orang ni.

"Baik Tan Sri." Jawab Bobby dan Lan serentak.

************

Sofian merenung lama wajah Tania tanpa berkedip. Renungannya itu membuatkan Tania tidak berani mengangkat muka bertentang mata dengannya.

"Kenapa awak tengok saya macam tu? Ada apa-apa yang tak kena ke dengan muka saya ni?" Tania meraba-raba wajahnya. Mungkin aku tersapu blusher dekat dahi ke? Atau lipstick terpalit dekat hidung ke? Tak fasal aje jadi badut sarkas dekat sini sebab hidung warna merah.

"Saja nak tatap muka awak lama-lama. Tak boleh ke?" Tania menaikkan kedua belah keningnya. Ceh, saja nak usyar muka aku rupanya.

"Awak ni buat saya gelabah aje. Saya ingat ada yang tak kena dengan muka saya ni." Wajah Tania mula cemberut.

"Awak dah cukup perfect lah bagi saya." Berbunga aje rasa hati Tania sekarang ni.

"Ye lah tu."

"Ye lah. Nanti kita bertunang nak?" Melongo Tania memandang Sofian.

"Serius ke ni?" Soal Tania tidak percaya.

"Serius lah." Senyuman manis dihadiahkan pada Tania.

"Nak sangat. Cepat sikit pun tak apa."

"Amboi, tak menyabar." Merona merah wajah Tania diusik sebegitu.

-Bersambung-

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now