Special Part Raya II

Start from the beginning
                                    

Daddy... Maya nak minta ampun. Maya banyak susahkan daddy. Maya kurang ajar dengan daddy. Maya jahat." Maya menangis teresak-esak sambil mengusap batu nisan yang bertanda nama Mikhael Bin Fawwad itu. Rindu yang membusung di dada, sudah tidak dapat dibendung lagi.(readers jangan muntah baca ayat ni xp)

“Awak, jom balik. Kejap lagi kita nak melawat Raisya pula kan?" Adam mengesat hujung tubir mata Maya menggunakan ibu jarinya. Maya mengangguk seraya bangun dari duduk.

“Datuk. Nak balik dengan kitaorang?" Maya menyapa Datuk Faizal yang sedang membersihkan kubur arwah Datin Fazura, ibu Raisya dan juga Fasya.

“Hmm boleh juga. Kita terus pergi rumah Raisya kan?" Maya tersenyum lantas mengangguk.

“Jom. Nanti bising pula puan bos tu." Datuk Faizal tertawa kecil lalu membuntuti langkah Maya menuju ke rumah Raisya. Mereka memandu kereta masing-masing meninggalkan tanah perkuburan islam itu.

Setiba sahaja di vila milik Raisya dan Tengku Zafran, Aiman dan Imani menyambut mereka dengan mesra. Budak berdua ni memang tak boleh berpisah langsung.

Aunty Maya..." Imani dah keluarkan suara comel dia. Aiman di sebelah pula sudah tersengih-sengih mengalahkan babun baru first time dapat bunga.

“Hmm ada apa-apa ke ni? Lain macam aje kauorang ni. Aiman? Imani?" Maya menjongketkan sebelah keningnya. Aiman pandang Imani sekilas lalu dia mengeluarkan dua keping kad raya dari poket baju melayunya. Datuk Faizal pula sudah melangkah masuk ke dalam vila itu.

“Untuk mama ke tu?" Belum sempat Maya ingin menyambut kad raya itu, Aiman menyimpan semula ke dalam poket baju melayunya.

“Tak... yang tu kad raya kitaorang berdua. Imani nak minta tolong mama bagitahu dekat aunty Raisya yang kitaorang nak pergi dekat taman belakang rumah tu kejap." Maya mengerutkan dahinya.

“Kenapa nak mama yang bagitahu?" Maya menyoal hairan.

“Sebab... sebab Imani takut mama marah kalau Imani pergi dengan Aiman aje. Aunty kan kawan baik mama. Mesti mama tak marah kalau aunty yang tolong bagitahu. Please aunty. Kitaorang nak luangkan masa dekat sana. Lagipun Aiman dah nak pindah kan petang ni?" Imani cuba menahan sebak yang tiba-tiba bertandang di hati.

“Okey. Aunty tolong Imani. Tapi hati-hati tau. Jangan balik lambat sangat." Aiman dan Imani mengangguk serentak. Melebar senyuman mereka.

“Thanks aunty." Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke taman yang terletak tidak jauh di belakang vila Raisya dan Tengku Zafran.

Maya cuma tersenyum pahit melihat Aiman dan Imani hilang pada pandangan mata. Sebenarnya dia juga turut bersedih untuk pindah ke Itali. Myra. Kawan baiknya yang tak akan pernah dia lupa. Juga kakak kembar seiras dan uminya yang masih menetap di Malaysia.

“Maya? Kau buat apa tercegat depan pagar tu? Jadi makguard tak bergaji ke?" Raisya menolak kerusi rodanya menghampiri Maya.

“Eh apa pula tak bergaji. Kau lah bayar gaji kat aku." Meledak tawa di antara mereka berdua. Mesti dia akan rindu nak bergurau senda dengan Raisya nanti.

“Myra, tadi Imani suruh aku cakap something dekat kau ."

“Cakap apa?" Laju sahaja Raisya memotong.

“Ish kau ni. Bagilah aku cakap sampai habis dulu. Tak menyempat. Apalah mak budak ni." Lengan Raisya ditampar manja.

“Eleh... kau tu pun dua kali lima aje macam aku. Cepatlah cakap. Apa yang Imani suruh bagitahu dekat aku." Raisya sudah tidak sabar ingin tahu.

“Dia pergi taman dekat belakang rumah kau dengan Aiman."

“What? Dengan Aiman aje? Tak ada siapa-siapa yang teman diaorang? Weh taman tu boleh dikatakan sunyi juga tahu tak? Bahayalah kalau diaorang pergi berdua aje." Maya terasa air liur dikerongkongnya seperti berpasir. Mak ai, seram shit tengok muka Raisya berubah macam nak mengamuk.

“Err... rilaxlah. Kalau kau risau sangat, jom kita ikut diaorang. Kita ajak suami kita sekali. Okey? Tapi kan..."

“Tapi apa?"

“Myra."

“Okey-okey aku tak potong kau cakap dah."

“Kita intai diaorang dari jauh aje tau." Raisya baru berkira-kira ingin memotong, tapi awal-awal lagi Maya dah jegil mata dekat dia. “Sebab diaorang nak luangkan masa bersama. Petang nanti kan kitaorang dah nak bertolak ke Itali. Lepas ni diaorang dah tak boleh jumpa." Raisya agak tersentak.

“Aku lupa kau dah nak bertolak petang ni. Jomlah kita pergi. Risaulah diaorang berdua aje dekat taman tu. Kang jadi apa-apa kita juga yang menyesal tak sudah." Maya mengangguk setuju lalu dia pergi memanggilkan Tengku Zafran dan juga Adam untuk turut mengikuti mereka.

Keluarga mereka serta Ukaisya dan Umi Rahimah terpinga-pinga sesama sendiri tatkala Maya kalut memanggilkan Adam dan Tengku Zafran.

“Cepatlah. Aiman dengan Imani ada dekat taman. Diaorang pergi berdua aje." Maya menjawab persoalan mereka semua yang berada di ruang tamu itu.

“Hah? Okey jom-jom. Patutlah tak perasan diaorang pun tadi." Adam dan Tengku Zafran berjalan beriringan bersama isteri masing-masing menuju ke taman. Tengku Zafri Raykal, Datuk Faizal menawarkan diri untuk menjaganya sebentar.

Dari jauh mereka sudah boleh nampak kelibat Aiman dan Imani di bawah pohon yang rendang.

“Imani, bagi kotak kecil tu. Aiman nak simpan kad raya kita dalam kotak tu." Imani tanpa teragak-agak menyerahkan kotak kecil yang berada di tangannya kepada Aiman.

Mereka berempat berjalan menghampiri mereka berdua. Tapi tak adalah terlalu dekat. Sebab nak intai diaorang kan? Muhehe...

Imani agak terkejut melihat Aiman mengorek tanah itu untuk tanam kotak yang mempunyai kad raya mereka berdua. Aiman senyum sebelum dia membuang plastik yang disarungkan pada tangannya untuk mengorek tanah di bawah pokok itu.

“Nanti kalau kita dah besar, kita dah jumpa balik, kita kena gali semula kotak tu. Nanti kita boleh buat kenangan kad-kad raya kita tu. Kan Aiman dah janji nak cari Imani bila kita besar nanti." Imani terkedu mendengarnya. Lama mereka saling berpandangan.

“Awak janji akan cari saya bila kita besar nanti?" Aiman mengangguk.

“Saya tunggu." Setelah itu, mereka saling berbalas senyuman sambil menikmati keindahan alam di bawah pokok yang rendang itu.

“Abang... sweetnya diaorang tu." Raisya menggenggam jemari Tengku Zafran pada bahunya.

“Tu lah... sweet macam papa dia." Tengku Zafran dah mula la tu.

“Eh, Aiman lagi sweet okey." Maya dan Adam juga tak mahu kalah. Mereka berdua tertawa tatkala percakapan mereka berlaku dengan serentak.

“Alah kauorang ni... kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Anak-anak kita tu semua ikut perangai kita juga." Mereka bertiga mengangguk setuju mendengar apa yang dikatakan Raisya. Semoga Aiman dan Imani akan berjumpa semula di masa akan datang.

-Bersambung di Last Special Part-

P/S Sis rasa sedih pulak nak mengarang Last Special Part untuk novel ni. Rasa macam tak sanggup je nak pisah dengan korang. Tapi takpelah, semua yang berada dekat dunia ni pun adalah bersifat sementara jugak kan.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now