Dah Raya?! (pt. 2)

8.9K 222 18
                                    

Aku menjenguk Hafiz di dalam biliknya. Kalau budak ni dah merajuk susah nak pujuk balik tau. Bagi jela apa-apa pun. Tak lut!

Aku menolak pintu biliknya perlahan-lahan. Tiba-tiba aku terdengar bunyi sesuatu di dalamnya. Aku cuba mengintai apa yang dilakukan oleh Hafiz sekarang ni.

"Dush! Makan dia! Eee...susahnya nak bunuh bos ni." Ujar Hafiz sendirian.

La...tengah main game rupanya. Ish...ish...budak ni kalau merajuk je game. Memang tak boleh dipisahkan!

Tiba-tiba aku terasa sesuatu menguis bahuku. Aku menoleh ke belakang.

"Macam mana dengan Hafiz? Kuat ke merajuknya?" Bisik Shaqif. Aku menggeleng. "Entahlah abang. Dari tadi dia asyik main game je." Beritahuku.

"Sayang, pergi packing baju kita lekas. Abang ada benda nak settle dengan monster kecik ni." Tambah Shaqif lagi.

Aku hanya menuruti kata-kata dari Shaqif itu. Kemudian aku meninggalkan mereka berdua masa untuk bersendirian.

Skreet...

Hafiz memandang ke belakang. Dia terlihat papanya di situ. Kemudian dia mencebik mukanya.

"Hafiz..." panggil Shaqif. Hafiz tidak mengendahkan Shaqif.
"Anak papa merajuk ke?" Tanya Shaqif. Walaupun Hafiz tidak membalasnya dia tetap tidak mahu berputus asa memujuk anaknya itu.

"Hafiz...nak baju raya tak?" Tanya Shaqif. Dia menyiku lembut pinggang Hafiz. Hafiz tersenyum kecil.

Umpan dah mengena!

"Betul ni papa?" Tanya Shaqif untuk kepastian. "Mestilah untuk anak papa kan. Hafiz nak baju raya warna apa? Papa belikan." Sambung Shaqif.

Bersinar-sinar wajah Hafiz apabila mendengarkan papanya akan membelikan baju raya untuknya.

"Lepas beli baju raya kita balik kampung kan papa?!" Tanya Hafiz lagi dengan penuh teruja. Senyuman lebar diberikan kepada Hafiz oleh Shaqif.
"Of cos Hafiz! Kita beli baju raya banyak-banyak lepas tu kita balik rumah atok dan nenek ya. Papa janji." Tambah Shaqif lagi. Dia tersenyum lebar hingga ke pipi! Hafiz apalagi menari sakanlah dia.

Aku mengintai mereka berdua di luar bilik. Alahai...begitu mudahnya Shaqif memujuk si kecik tu. Padanlah kalau aku sentap ke tacing ke ada saja bos benda yang dia buat sampaikan aku tak jadi nak tarik muka dengan bos.

Selepas melihat adegan anak beranak itu aku bergegas ke bilik untuk mengemas pakaian. Esok dah nak raya. Yeay!!! Raya I'm comiing!

Aku terdengar bunyi tapak kaki Shaqif diluar. Tidak lama kemudian dia memasuki ke dalam bilik.

"Macam mana dengan Hafiz?" Saja je aku tanya walaupun dah tahu jawapannya. Shaqif tersengih.

"Ok dah dia." Balasnya ringkas. "Yeke? Cepatnya?" Tambahku. Shaqif membuat riak wajah bangga sambil mendepakan tangannya.
"Well, tengok oranglah. I ni terer kalau bab memujuk tau."
Amboii riak!

"Macam-macamlah abang ni. Kita ni tak baik kalau riak tau." Hahaha ambik! Kan dah kena ceramah.

Shaqif menggaru telinganya.

"Ya ya. Tu abang pun tahu. Sayang dah habis packing barang ke?" Tanya Shaqif pula. Aku menggeleng.

"Tak habis packing lagi. Mika tengah cari..."

"Cari abang ke sayang?" Kening kanannya terangkat tidak lupa juga dengan senyum herotnya tu!

Aku mencebik.

"Tolonglah. Siapa yang nak cari dia. Kita tengah cari baju kita." Jelingku. Tiba-tiba aku terdengar letusan ketawa Shaqif. Eleh....dia boleh gelak pulak?

Suamiku Sengal?!Where stories live. Discover now