Dah Raya?! (pt. 1)

7.6K 195 3
                                    

Selamat hari raya
Kepada saudara serta saudari...

Air mataku hampir sahaja mahu mengalir. Ibu... aku memanggil nama ibuku berkali-kali. Dah nak raya! Huwargh!!!

"Mika, kalau dah tak sabar nak balik raya please siapkan kerja tu cepat." Arah Shaqif dengan muka tegang.

Dalam hatinya...
"Huwargh!! Nak balik raya jugak tapi kenapa kerja bertimbun ni?!"

Aduhai...apalah nasib aku. Timing tak betul! Ada ke patut sehari sebelum raya kitorang laki bini boleh ada kerja bertimbun? Pekerja lain semua dah balik kampung. Huhu...rindunya dekat laman rumah aku tu. Rindu nak peluk ibu dan abah.

Aku mengelap air mataku yang sudah jatuh bercucuran. Aku memandang suamiku. Dia juga sibuk seperti aku tetapi...dalam tengah sibuk tu boleh lagi dia layan majalah mangga?! Eee....ni yang nak marah ni!

Sudahlah baju raya pun tak beli lagi. Oh tuhan...dapatkah aku pulang beraya tahun ni?

Shaqif memandangku tetapi aku membalasnya dengan jelingan maut.

"Sayang, janganlah marah abang. Abang janji lepas kita siapkan semua kerja ni kita pergi balik rumah ibu dan abah ok." Pujuk Shaqif. Dia membuat muka pau dengan pipi kembungnya itu.

Aku meletuskan tawaku.

"Eee...abang ni! Jangan buat muka pau tu tak sesuailah." Tawaku. Shaqif tersenyum kemudian kami berdua tertawa bersama-sama.

Jam sudah pukul 5 petang. Kerja yang tergendala selama kami berdua cuti nikah sudah pun selesai. Aku melonggarkan sendi badanku. Lenguhnya!

Aku mencuri pandang orang yang berada di meja tuan besar itu. Amboi...syoknya menggeliat!

Shaqif menguap.

"Sayang, abang nak tidur sekejap boleh?" Tanyanya dengan mulut yang masih ternganga.

Aku tersentak.

"Nak tidur?! Tak boleh. Abang, kita dahlah baju raya tak beli lagi lepas tu kuih raya pun tak beli lagi dan satu lagi! Baju kita langsung tak packing lagi! Bila kita nak balik kampung?! Esok dah nak raya!" Bebelku panjang lebar.

Shaqif mencebik mukanya.

"Awak ni, bagilah saya rehat dulu." Rengeknya. Aku membulatkan mataku. Aku segera bangun dari tempat dudukku lalu berjalan ke arah Shaqif. Aku menghulurkan tanganku.

"Awak nak apa?" Tanya Shaqif blur. "Bak sini kunci kereta. Biar saya drive. Abang tidur je kat dalam kereta. Kita pergi ambil Hafiz lepas tu kita pergi beli baju raya. Ok?" Bebelku lagi.

Shaqif mengorek telinganya. Gatal.

"Abang! Nanti batal puasa." Jeritku. Shaqif terkejut dengan jeritanku.

"Sayang, abang letih sangat ni. Kita rehat sekejap je. Sejam boleh?" Pinta Shaqif sekali lagi.

Aduh...kesian pulak aku tengok laki aku ni. Tapi, masa begitu suntuk buat masa sekarang ni. Apa aku nak buat ya?

Aku memandang Shaqif.

"Dah tidur?!" Aku mencekak pinggang. Keningku berkerut.

Akhirnya aku bertindak untuk membawa bos ke dalam kereta dengan memimpinnya ke tingkat bawah. Masalahnya...kenapa lif boleh rosak pulak?! Eee...dahlah bangunan ni sampai tingkat 10! Boleh pulak lif rosak?!

"Abang." Panggilku. Shaqif masih mamai disisiku walaupun aku sedang memapahnya ketika ini.

"Erm..." haih...itu je yang keluar dari mulutnya?

"Abang, lif rosak." Beritahuku.
"Erm...ya." balasnya pendek.
Dia balas tu je?! E eh...bos ni dengar ke tak aku cakap lif ni dah rosak. Nak tak nak kena pakai tangga jugak.

Suamiku Sengal?!Where stories live. Discover now