Bos Aku#2

8K 283 5
                                    

Shaqif memandang mejanya. Dia seperti sedang mencari sesuatu. Matanya berpusing ke sana sini. Kemudian dia memanggil Mika ke pejabatnya.

"Mika..."

"Dia dah panggil nama aku." Bisikku. Aku segera memasuki pejabat bos aku.

"Ada apa bos?" Tanyaku.
"Mika letak kat mana pen fevret saya tu?" Tanya Shaqif pula sambil memuncung bibirnya.

Bos ni buat muka comel pulak. Nasib baik muka tu memang comel kalau tak dah lama aku tolak masuk tong sampah. Geram!

"Pen fevret bos? Yang mana satu?" Tanyaku pula. Yalah, selama ni aku tolong jagakan fail bos je. Tak ada pulak aku usik barang dia yang lain.

"Ala...yang ada tulis 'I love U' tu. Warna pink." Balasnya sambil tersenyum herot. Pen I love U? Warna pink? Bos aku buat lawak ke apa? Merepek kuat sangat.

Aku menggaru kepala yang tak gatal tu. "Tak nampak bos. Masa bila pulak bos beli pen tu?" Tanyaku tanpa henti.

"Sejak awak curi hati saya. Ciaciacia!" Tawa Shaqif dengan galaknya. Aku mengetap bibir. Nak kena bos ni! Hish...sabar jelah! Annoying betul!

"Elok-eloklah bos." Suaraku mula kedengaran dingin. Kalau aku tak mula serius tak ada maknanya bos aku ni pun nak serius.

"Okey...minggu lepas." Sambung Shaqif. Mukanya bertukar monyok. Sentap ke?

"Takpelah bos. Saya tolong carikan." Pelawaku. Nak harap dia yang carikan? Tunggu aku dah tua nanti. Itu pun belum tentu dia nak cari.

"Okey sayang." Ujarnya. Mata tu pulak asyik terkenyit-kenyit je dari tadi. Kena ketik dengan sengkenit ke apa? Humph!

Aku berjalan keluar dari pejabatnya. Tiba-tiba aku terpijak sesuatu.

Krak!

Bunyi apa yang retak tu? Aku memandang ke bawah. Aku ternampak sesuatu yang berwarna....pink?

OMG! Habislah aku!!!!

"Awak tercegat apa lagi kat situ, Mika?" Suara Shaqif menambahkan lagi ketakutanku. Apa aku nak buat ni? Aku tak sengaja patahkan pen fevret dia. Bukan pen sebarang orang tapi pen bos aku!

Aku tersengih.

"Tak ada apa bos. Saya pergi dulu." Balasku. Aku segera mengutip pen yang patah itu dan menyorokkannya di dalam poket. Cepat! Nanti kantoi...

Aku melabuhkan punggung di atas kerusi. Aku mengeluh panjang. Aku mengeluarkan pen bos yang terpatah dua itu. Aku memandangnya kosong.

"Apa aku nak buat ni? Ada jual lagi ke pen macam ni kat kedai? Kalau ada bahagia gila aku. Tapi...betul ke pen ni bos beli minggu lepas? Kenapa nampak macam dah lusuh. Warna pink pen ni pun dah pudar. Macam dipakai bertahun-tahun. Mustahillah kalau bos beli kat bundle. Hish...merepek kau Mika. Mana ada orang beli pen secondhand." Aku menggeleng kepala. Cakap seorang diri memang boleh buat aku pening kepala.

"Awak cakap dengan siapa tu?" Suara seseorang memecahkan lamunanku. Aku terkejut. Aku segera menyorok pen tadi. Aku memaling ke belakang.

"Bos?!"

"Ya saya. Ada apa baby Mika?" Merepek lagi bos aku ni. Aku mengusap dadaku. Lega... nasib baik bos aku tak nampak pen dia yang patah tu.

"Bos nak apa? Nak majalah baru ke?" Tanyaku. Kalau bos ni datang ke meja aku tak lain tak bukan mesti nak majalah baru. Nasib baik aku ingat nak beli semalam kat kedai uncle Muthu tu.

"Majalah baru? Awak dah beli ke? Cantik..." ujarnya. Aku membuka laci meja lalu mengambil majalah mangga edisi baru tu.

"One more, Mika. Malam ni saya nak awak pakai cantik-cantik." Katanya. Aku terkejut. Nak pergi mana pulak malam ni? Sampai nak pakai lawa-lawa pulak.

"Err...nak pergi mana bos?" Tanyaku. "Awak tak ingat ke? Sampai hati baby Mika lupa first date kita. Nak merajuklah macam ni..." rajuk Shaqif sambil memasamkan muka. Aku menjeling bos. Masa bila pulak dia ajak aku pergi date?!

"Hahaha gurau je. Tapi awak lupa ke Mika? Malam ni saya kan ada majlis makan malam antara syarikat besar kat Malaysia? Syarikat kita pun dijemput sekali tau. Jadi, saya nak awak dan Joey temankan saya malam ni. Okey?" Jelas Shaqif akan perkara sebenar.

"Ooo...pasal majlis makan malam tu. Saya ingat bos dengan manager Joey je yang pergi." Tambahku.

"Masalahnya si Joey tu jahat." Sambungnya. Jahat? Apa yang manager Joey dah buat? Aku membuntangkan mata.
"Ada ke patut dia ajak awek dia pergi sekali. Kalau kitorang pergi bertiga, siapa yang nak temankan saya? Kalau ada baby Mika..." kata-katanya terputus. Dia tersenyum herot sambil memandangku. Apa pandang-pandang?

"Saya ada hal malam ni, bos." Balasku ringkas. Shaqif terkejut. "Please baby Mika..." rayunya. "Siapa suruh bos cakap last minute?" Tegasku. Betul apa?

Shaqif memuncungkan bibirnya. Wajahnya seperti budak kecil yang diambil gula-gulanya. Jangan guna taktik tulah! Tak akan berkesan.

"Please Mika..." rayunya buat kali kedua.

"Please..." Shaqif cuba menunjuk muka yang super comel. Tak menjadi!

"Kalau awak tak nak pergi saya bagi awak kerja belambak pastu saya bercuti ke Krabi seorang diri. Humph!" Marahnya.

Apa?!!!

#suamikusengal

Suamiku Sengal?!Where stories live. Discover now