Dingin

8.1K 237 2
                                    

Tap tap tap

Lincah je jari jemariku menekan anak kekunci pada papan kekunci. Aku nak kena siapkan jugak minit mesyuarat ni hari ni jugak!

"Mia!" Jerit Shaqif. Aku meninggalkan kerjaku lalu bergegas ke bilik bos. Aku mengetuk pintu pejabat bos.

"Masuk."

Aku ternampak nanager Joey yang berdiri disebelah bos. Sejak akhir-akhir ni aku selalu nampak manager Joey dengan bos berdua. Asyik nak melekat macam belangkas je. Entah-entah...plan diorang tu masih berjalan tak?

Aku terlihat wajah bos muram. Aku segera mendekati meja bos.

"Ada apa bos panggil saya?" Tanyaku. Shaqif menyilang tangannya. Kemudian dia melemparkan pandangan maut ke arahku.

Kenapa bos buat muka seram pulak ni? Desisku.

"Mana kertas kerja untuk projek kat Bangi tu? Dah lama saya tunggu nak check kertas kerja tu?" Tanya Shaqif dingin.

Alamak! Macam mana aku boleh terlupa nak siapkan kertas kerja projek Bangi tu?!!!
Habislah aku...

"Err...pasal tu." Kata-kataku terputus. "Kenapa dengan kertas kerja tu? Ada masalah ke?" Suara Shaqif kedengaran marah. Habislah...bos dah angin!

"Kertas kerja tu masih dalam proses..."

"Awak tak reti buat kerja ke?" Celah Shaqif.

What?!

"Saya bagi awak siapkan kertas kerja tu dua minggu lepas. Dua minggu tu adalah tempoh yang sangat lama. Jadi saya fikir awak mesti dah siapkan kerja tu." Sambung Shaqif. Wajahnya tegang. Begitu juga dengan manager Joey. Keadaan tiba-tiba bertukar dingin. Agaknya macam ni kot perasaan orang dulu-dulu yang merasai Perang Dingin. Dinginnya!

"Saya dah siapkan separuh cuma tak sempurna lagi." Jelasku. Shaqif mendengus.

"Kenapa awak selalu bagi masalah kat saya, Mika? Saya dah penat tangguh beberapa projek semata-mata nak selamatkan awak. Saya rasa awak patut..." Shaqif berhenti dari bercakap.

"Teruskan Shaqif. Kau dah terer ni..." bisik hati Joey.

"Aku tak kuat. Mak...." jerit Shaqif di dalam hatinya. Meronta-ronta meminta hati ini supaya cekal.

Apa bos nak cakap? Kenapa berhenti?

Shaqif menarik nafasnya sedalam-dalam yang nungkin. Hatinya tidak bersedia mahu meneruskan rancangan ini lagi.

10 minit yang lepas...

"Aku tak sanggup bro." Rengek Shaqif. Joey meraup wajahnya kemudian dia mengeluh kasar.

"Kau kata nak bagi dia ajaran. Biar dia tahu yang kau ikhlas dengan dia. Perempuan ni kalau nak bagi dia sentap kau kena layan dia dingin. Biar dia tahu lelaki ni dah tak layan dia dengan baik macam dulu. Lepas tu dia akan rasa rindu dengan sikap mesra kau. Masa tulah bila dia dah tak sanggup lagi dia akan sedar yang dia rindukan kau dan akhirnya konpes..." ujar Joey panjang lebar. Berbuih mulut dia nak jelaskan motif sebenar plan sulit diorang ni.

Mata Shaqif terbuntang.

"Wow! Unbelievable! Mana kau dapat idea tu? Wahai seniorku yang bijaksana." Seloroh Shaqif.
Joey mengangkat kening kirinya. Mula dah...narsis dia tu.

"Well, aku memang bijaksana." Sambungnya sambil merapikan gaya rambutnya di depan cermin.

"Ni mesti kau dapat idea kat dalam novel kan? Kan kan kan!" Tambah Shaqif. Joey tersentak. Kantoi sudah...

Sengihnya.

-

"Saya..kecewa dengan awak." Sambung Shaqif.

Aku tersentak.

"Selama ni saya pandang awak tinggi tapi awak dah kecewakan saya. Saya nak kertas kerja tu esok hari. Tu je. Awak boleh keluar." Sambung Shaqif. Dia langsung tidak memandang wajah aku selepas itu.

Aku terkaku. Jujur, aku memang tidak sangka bos akan cakap macam tu. Lidahku kelu. Aku langsung tak boleh nak cakap apa-apa. Betul ke bos kecewa dengan aku?

"Apa awak tunggu lagi. Pintu keluar kat sana." Shaqif menjeling Mika. Wajahnya kelihatan sungguh dingin. Sedingin glasier di kutub.

Aku melangkah perlahan-lahan menuju ke pintu pejabat bos. Kakiku terketar-ketar. Apakah betul selama ni aku dah banyak susahkan bos? Kenapa baru sekarang bos cakap? Kenapa bos buat aku macam ni? Aku...aku...

-

"Joey!!!" Jerit Shaqif di atas bumbung bangunan syarikatnya. Dia menarik lengan baju Joey berkali-kali.

Joey naik rimas.

"Kau ni over lah! Everything will be fine." Pujuknya. Shaqif menggeleng.

"Tak. Aku dah lukakan hati buah jantung pisangku~" rengeknya. Dia menghembuskan hingusnya pada lengan baju Joey.

"Woi!"

-

Mak pelik melihat Mika yang berada di pintu rumah seorang diri sambil mengelamun. Ada masalah kat tempat kerja ke anak aku ni? Getus mak. Dia mula mendekati tubuh satu-satunya anak perempuannya.

"Kamu ni dah kenapa, Mika?" Tanya mak. Lamunanku terhenti. Aku memusing ke belakang. Wajah mak berkerut melihatku.

"Mak..." panggilku.
"Kenapa ni?" Tanya mak.
"Mika dah kecewakan Shaqif." Beritahuku. Aku perasan wajah terkejut mak namun segera disoroknya.

"Macam mana boleh jadi macam tu? Tanya mak lagi. Nadanya kedengaran seperti mahu memujuk. Tiba-tiba air mataku mengalir.

"Mika yang salah.." tangisku teresak-esak. Mak segera menarik aku kedalam pelukannya. Dia menggosok-gosok belakangku berkali-kali.

"Mika tak salah..." pujuk mak.

#suamikusengal

Suamiku Sengal?!Where stories live. Discover now