"Syira.... Syiraaaa.." Nadira panggil. Menggoncang bahu Syira. Kejut.
"Huarghhh..." Menguap. Memandang Nadira dengan mata kuyu. "ermmm.. Dira.... Nak puasa ke?" Syira menguap. Masih menutup mata. Masih bersisa mimpi tadi.
"Teman gi tandas.." Jawab Nadira sambil terkepit-kepit atas katil.
"Ya Allah Diraaaa. Pegi lah. Aku tunggu depan pintu tu. " Syira menggeleng perlahan. Membuka mata sedikit. Mengerut dahi. Kacau.
"Hehehe, sorry tau." Nadira tersengih sebelum berlari tak cukup tanah keluar dari dorm menuju ke tandas.
Syira mengerling ke arah jam dinding di atas cermin besar. 2 pagi. Menggosok matanya yang baru nak menghasilkan najis mata. Memerhati seorang-seorang adik-adik dorm yang lain. Dia berbaring di atas tilam bawah double-decker tu. Terlelap.
***
"Syira?" Nadira memanggil. Menapak semula ke dalam dorm.
"Boleh tidur pulak dia kat sini. Orang suruh teman. " bebel Nadira sorang-sorang. "Da la gelap. Benci ah minah ni!" Tak habis lagi dia membebel sambil naik atas tilam sebelah Syira. Mengibas selimut sebelum kepala mendarat di atas bantal.
Bip. Bip. Bip. Bip. Bip. Bip.
Nadira bangun dari pembaringan. Mencari punca bunyi. Sebuah droid 4 kaki laju merangkak seperti labah-labah melalui lantai.
"Mainan siapa pulak lahai sesat tengah-tengah malam ni." Bebel Nadira. Nadira mengangkat droid itu sebelum pancaran dari kepala droid itu menggelapkan pandangannya. Apa yang dia rasa seperti seseorang menindih badannya dan dia dapat menangkap butir bicara yang satu pun dia tidak faham.
"Je suis désolé, Nadira."
Sakit. Sakit sangat sampai tidak mampu untuk bersuara. Sakit sehingga dia dapat rasa darah memancut keluar dari tubuhnya.
***
Syira tersedar dari tidurnya. Melihat katil sebelahnya yang kosong. Nama Dira dipanggil. Tiada sahutan. Beberapa adik-adik dormnya menggeliat merengek. Mungkin suaranya menganggu tidur lena mereka. Dah la semalam ada pertandingan kawad kaki sekolah. Fuck senior!. Syira melihat sekeliling. Mengerling ke arah jam dinding. 2.30 pagi.
"Dira ni tertidur kat toilet ke apa?" Syira meraup mukanya. Mengeluh sedikit. "Kata kencing je, takkan sampai setengah jam." Syira sambung membebel dengan suaranya yang huski gitu. Mengangkat sedikit badannya dan memetik suis lampu beberapa inci dari kepalanya. Telinganya menangkap bunyi tayar kenderaan menyeret jalan laju dan terlanggar sesuatu.
Syira menoleh ke arah tilam kosong kepunyaan Dira.
"Fucking hell!" Jeritnya. Mengejutkan semua ahli dorm Summayah blok A Aspuri.
Separuh dari mereka histeria.
***
"Syira?" Namanya dipanggil. Untuk entah keberapa kali.
Bukan sebab dia pekak. Kalau dia pekak dia tak mungkin dengar suara Nadira kejut dia mintak teman pergi tandas tengah malam tadi.
Tapi mungkin juga pekak. Atau semua ahli dorm tu pekak. Sebab tak dengar sebarang jeritan mintak tolong dari Nadira.
"Syira.." Namanya dipanggil lagi. Kali ini sedikit kuat. Tapi dia tetap begitu. Diam. Hilang daya tumpuan. Dia mencuba untuk tidak menangis. Tidak menyalahkan diri sendiri. Tapi kalau bukan salah dia. Kenapa polis tu bawak dia masuk bilik mesyuarat ni. Bertiga sahaja. Berempat termasuk warden. Yang tentunya sudah hilang arah.
ANDA SEDANG MEMBACA
Blue
Mystery / ThrillerManusia mudah lupa tentang kemanusiaan. Tanpa nilai kemanusiaan dalam diri. Layakkah kita digelar MANUSIA. "Je suis désolé, Nadira." "Sortir de ma vie,Dark."
