part 14

65 5 1
                                    

Keeseokan harinya, Izzat dan Qari pulang semula ke rumah. Masing-masing sudah penat dan keletihan. Percutian pada kali ini terasa sangat berbaloi. Walaupun kejadian pada haritu masih menghantuinya, desakan diri dan pelajaran membuatkan dia mahu melupakannya.

Dalam samar-samar itu, dia masih boleh ingat setiap saat semasa Amirah lemas. Saat dia memandang mata Amirah yang tertutup rapat dan bibirnya yang kusam dan pucat membuatkan hatinya remuk. Saat itu juga, mimpi lama pula terungkai kembali. Mimpi pada suatu ketika dahulu pernah menjadi realiti dalam hidupnya.

Qari menarik nafas dalam. Fikirannya cuba dibuang jauh. Peristiwa kematian arwah adiknya membuatkan dia kembali sedih. Bagaimana adiknya mati lemas semasa dia mandi di kolam air terjun dan bayangan tangan dan jari-jemari adiknya yang terlepas disebabkan dihanyut oleh arus laut yang deras kini terbungkar satu persatu dari benak fikiran.

Saat dia asyik terkenang akan yang sudah tiada, Izzat datang mengetuk pintu bilik. Pintu terkuak. Kelihatan Qari sedang terbaring di atas katil dengan bermalapkan lampu bilik.

"Qari-" sepatah aja perkataan yang ditutur.

"Hmm? Ya Izzat?"

Izzat membelakangkan seorang lelaki yang sangat dikenali oleh Qari dan mempertemukannya di depan bilik.

"kau ada tetamu."

Qari terduduk di birai katil. Lampu kecil di atas meja disebelah katil terus dibuka. Dia sangat kenal lelaki ini. Lelaki yang berpakaian sut hitam kemas itu adalah setiausaha peribadi ayahnya. Orang tua ini yang berumur dalam lingkungan 50an memberi salam lalu menundukkan badan 30 darjah tanda hormat.

"maaf tuan muda. Saya disuruh untuk membawa tuan muda ke Dubai. Dato' ada hal penting mahu dibincangkan."

Hal apa yang penting sangat sampai ayahnya perlu menghantar pembantu peribadi? Cukupkan dengan membuat panggilan telefon?

Izzat memandang mereka berdua lalu pergi ke biliknya semula. Izzat sangat kenal latar belakang Qari. Dia sudah kenal rakan dia ini sejak kecil. Walaupun kemewahan hidup Qari jauh berbeza daripada dia seperti langit dan bumi, tetapi dia masih bersyukur mempunyai kawan dan abang seperti Qari.

Seorang yang sangat penyayang dan penyabar. Dan lelaki yang berdiri dihadapannya itu juga pernah menjaganya semasa kecil. Harapan Izzat pada waktu, semoga semuanya selamat. Hal apalah yang penting sangat tu?

*****
Pagi itu, batang hidung Qari tak kelihatan. Terasa diri membakar teramat untuk mendekati Izzat. Untuk bertanya di manakah perginya si Qari? Izzat yang sibuk bermain phone di satu sudut disapa Amirah.

Iyalah, mana pula pergi lelaki yang menyelamatkan dia? Dia juga tidak sihatkah? Demamkah? Terasa menyesal kerana tak mengucapkan terima kasih sedikit awal selepas kejadian itu. Bukannya dia tidak bersyukur, cuma malu selepas diberitahu oleh Fatin bahawa Qari lah yang membuat pertolongan pernafasan pada dia.

Malu. Segan. Nak hadap muka pun tak tahu nak cakap apa. Sebab tu Amirah sengaja melambat-lambatkan untuk berterima kasih.

"Qari mana weyh?"

"Asal? Baru sehari tak nampak batang hidung dah macam cacing kepanasan?" Sakat Izzat sambil meneruskan permainan Clash Of Clans di handphone.

"Eh, dia tak sihat ke? aku tak sempat nak ucap terima kasih." Kata Amirah sambil menarik kerusi lebih rapat mendekati Izzat.

Cinta Si Gadis OverseasWhere stories live. Discover now