part 2

148 10 2
                                    

Berlari Amirah mendapatkan rakan serumahnya. Kecut. Masing-masing dalam rumah kelam kabut mencari bag untuk dibawa balik. Dokumen yang penting dicampakkan ke dalam bag.

Telefon handsetnye berbunyi lagi. Handphone Amirah jelas tertera nama 'Izzat Naufal'.

"Kau nak apa?" Jawab Amirah sedikit tidak selesa apabila Izzat menelefonnya.

"Bawa barang kau semua turun pergi rumah aku. Nanti van Ammu Rahmat datang, kau dengan budak umah kau terus naik van pergi bangunan Mara."

"Budak laki rumah kau ada ke? Tak kan selamba je nak masuk rumah lelaki?" Tanya Amirah hairan.

"Takde. Semua buat rounding. Rumah aku jadi rumah persinggahan je. Nanti budak rumah Aida dan Shakira pun ada sekali situ."

"Duduk senyap-senyap. Van datang terus blah."

"Baik bos".

****

Diluar rumah kedengaran beberapa lelaki Arab bergaduh di luar rumah mereka. Mana tak nye, rumah Izzat tu ground floor. Cuak juga kalau senang-senang je dia pecah masuk. Aida mengintip dari celah tingkap.

" weh, dorang berparang la! Weh, cuak gila. Weh, weh, weh ada sepuluh orang dekat luar ni," lagak Aida seperti reporter.

"Aida jangan duduk rapat dengan tingkap tu. Kang dorang balik kaca pecah tingkap kena kepala." Bebel Shakira.

Aida mengundur. Tapi lagaknya yang seperti tahu semua benda masih tak henti.

"Aku agakla. Mesti ada yang kena siang, cincang. Banyak darah. Ugh. Ngerinya." Bakal doktor ni memang tak takut apa-apa, cuma Tuhan.

Amirah menggeleng kepala, entah apa la yang Aida nampak tadi tu. Entah apa la yang difikirkan tu.

Tiba-tiba Amirah teringat bantal busuk dia tertinggal dekat rumah dia, di tingkat lima bangunan yang sama.

"Weyh, aku keluar kejap boleh tak? Bantal busuk tertinggal la."

"Ada-ada je kau ni. Cepatlaaa nanti budak rumah Izzat balik, dorang pulak nak kemas barang dorang dekat rumah ni. " balas Shakira.

Tapi ada juga yang menghalang.

"Takyahla Mira oi. Bantal pun dah busuk tu. Beli barulah. Haha" jawab Fatin selamba.

"Sekejap je. Janji."

Memang tak ada sapa yang dapat bantah apa yang Mira nak buat.

Memang 'suka hati akulah' tapi kalau bab sayang kawan, memang nombor one. Sayang family memang tetap dekat hati.

Itu bukan suka hati, tapi hati sukalah!

***
Lampu dibuka. Gelap. Sekarang dah maghrib. Memang tak nampak apa-apa. Eh eh, asal tade lampu ni? Black out ke? Jahanam sape yang tutup elektrik time dia nak cari 'babyboo' dia ni.

Tangan meraba. Sedang dia mencari bantal kesayangannya, tiba-tiba dia terdengar ada seseorang masuk ke dalam rumahnya. Bulu tengkuknya meremang. Cepat-cepat dia mengambil batang kayu yang tersidai pada dinding. Memang disediakan untuk perlindungan diri jika ada situasi cemas seperti ini.

Amirah terus berdiri di sebelah almarinya. Tangan masih memegang erat batang kayu.

Tuhan, aku yang banyak dosa minta pandangan kau sekejap. Biarlah sesaat pun, lindungi aku Tuhan. Walaupun aku ini banyak dosanya, dengan malunya aku meminta maaf padamu Tuhan. Bantu aku Ya Allah. Memang aku kerdil hina lagi kecil tanpa apa daya, memang aku ini pendosa, tapi dengan tangan yang hina ini aku minta kau pertolongan!

Lampu malap yang dipegang Izzat disuluh tepat ke muka Amirah. Kelihatan Amirah menangis. Kali ini esakannya makin kuat selepas melihat Izzat. Dia lega melihat Izzat. Lututnya yang lemah membuatkan dia terduduk menahan tangisan yang tidak boleh berhenti.

Izzat melepaskan nafas lega.

"Amirah, jangan buat aku risau boleh tak?" lembut tetapi tegak suara Izzat. 

Mata Amirah bengkak. Matanya sedikit berair. Kelihatan Izzat di sisi Amirah. Mereka yang baru sahaja tiba di muka pintu rumah Izzat disapa Shakira.

"Izzat, kau buat apa sampai Amirah menangis ni? Suka sangat sakat anak dara orang. Tepi!" siku Shakira menepis badan Izzat lalu mendapatkan Amirah.

"Ish, aku tahu la korang ni kawan sekelas, kawan bergelak dan kawan bergaduh. Tapi time macam ni takyah la kacau orang." Bebelnya lagi. Izzat mengangkat bahu, seperti 'apa, mana ada aku kacau dia!'

Amirah mencelah.

"Dahla Shaq, kita masuk rumah dulu. Aku takde mood dah."

Tanpa berkata apa-apa dia terus masuk ke dalam rumah.

"Amirah..." Panggil Izzat perlahan.

Tiba-tiba hand phone Izzat berbunyi.

"Apa? Takleh call out and dorang takleh call in? Ish, parahla macam ni. Okay okay...yalah." Dengus Izzat.

Langkah Amira terhenti. Segera dia menoleh ke Arah luar rumah. Kelihatan kelibat Faris dan Qari menghampiri Izzat. Mereka berbincang seperti ada masalah serius.

Usai pertemuan mereka, kelihatan Izzat seperti teragak-agak untuk melangkah pergi. Dia menoleh ke arah Amirah. Amirah menunduk, malu dilihat keadaan mukanya yang sembab.

Wajah Amirah ditatap, walaupun separuh mukanya kelihatan, jantungnya laju berdegup. Rasa serba salah, rasa tidak sedap hati dan rasa bebannya tanggungjawab tiba-tiba menghempap bahu dan dadanya. Kini, rasa sangat berat.

Dia memang sudah lama menyukai Amirah, cuma gadis ini tidak pernah tahu. Macam mana risaunya dia akan keselamatan Amirah, hanya dia dan Tuhan sahaja tahu.

Sedang mereka berdua membisu, Izzat cuba memberanikan diri, "Amirah, kau jaga diri. Dengar cakap aku ni. Jangan keluar suka hati. Bahaya!"

Tanpa sempat membalas, Faris menyahut nama Izzat. "Izzat, sini cepat."

Dengan langkah berat dia pergi mendapatkan Faris.

Cinta Si Gadis OverseasWhere stories live. Discover now