9| Ugutan Jay

2K 49 1
                                    

Persiapan diserahkan sepenuhnya kepada mummy dan daddy . Harini sepatutnya Rayyan akan membawa aku untuk berjumpa dengan mama nya , namun perancangan itu ditangguh apabila Rayyan mengatakan bahawa mama mya mempunyai hal lain yang tidak dapat dielak . Jadi , kami akan ke pusat membeli belah untuk mencari cincin . Jam menunjukkan tepat pukul 11.30 pagi . Lebih kurang lagi sejam , Rayyan akan menjemputku untuk pergi bersamanya .

Aku mencari baju yang sesuai . Namun kesemuanya terasa seperti terlalu .. seksi? Tetapi Rayyan pernah berpesan , " be yourself . Takperlu pretend untuk jadi gadis lain yang baik dan innocent sedangkan awak tu memang seksi dan nakal " aku ketawa apabila teringat akan ayatnya yang terakhir . Seksi dan nakal? Grr .

Setelah hampir 10minit aku mencari baju , akhirnya aku memilih blouse berlengan pendek yang berwarna biru laut beserta skinny jeans berwarna hitam . Aku duduk didepan cermin kemudian menggayakan pelbagai jenis gaya rambut . Semuanya serba tidak kena kecuali satu , rambut disanggul .

Bedak dan blusher dioles sedikit ke muka dan pipi kemudian aku memakai lipstick sebelum menyembur sedikit minyak wangi . Setelah selesai , aku memakai pula baju yang dipilih sebentar tadi kemudian bergegas turun kebawah sambil membawa beg tangan prada keluaran terbaru .

Jam tangan dipandang sekilas apabila ternampak Rayyan sudah duduk di sofa yang berada diruang tamu . Aku mengukir senyuman kepadanya kemudian berjalan perlahan kearah dimana dia sudah berdiri sambil menanggalkan rayban . Dia menghulurkan tangan dan aku menyambutnya dengan wajah teruja . Kami berjalan beriringan keluar dari pagar dan dia membukakan pintu kereta AudiR8 nya untuk aku .

*****

" Olive? "

Serentak aku Dan Rayyan menoleh kebelakang dimana kedengaran suara yang memanggil aku . Senyuman dibibir terus hilang apabila terlihat wajah yang sudah biasa aku lihat . Jay .

" Apa you buat kat kedai emas ni? Macam cari cincin je? "

Aku menjegilkan mata kemudian menarik Jay menjauhi Rayyan . Jay hanya mengikut langkahku sebelum menarik semula tangannya dari genggaman aku .

" You nak kawin dengan laki tadi? "

" Yes . Any problem? "

Jay mendengus kasar . Dia memegang tangan kanan dan kiri aku dengan kuat kemudian merenung kedalam mata aku .

" Yes . Too many problems and the main is you . You're mine "

Aku cuba melepaskan pegangan tangan Jay tetapi dia semakin kuat menggengam sehingga terasa pedih dipergelangan tanganku .

" Jay .. let me go! I tak pilih you untuk jadi suami I , so you kena terima! "

" No! Olive . I cintakan you , so make sure jantan yang you pilih tuu sedia fizikal dan mental untuk lalui ujian yang I akan bagi kat dia "

Jay melepaskan aku dengan senyuman sinis . Dia berlalu pergi meninggalkan aku termanggu manggu disitu . What? Ujian?

Aku memusingkan badan apabila terasa seperti bahuku disentuh . Rayyan berada dibelakangku mengukir senyum sebelum senyumannya kembali hilang .

" Kenapa dengan tangan awak ni? Lelaki tadi tu buat? Siapa dia? "

Aku menarik semula tanganku yang dipegangnya perlahan . Terasa pedih mencucuk cucuk apabila Rayyan menyentuh kesan merah dipergelangan tanganku .

" Ssss.. sakit laa "

" Sorry sayang . Dah laa jom balik . Nanti kita sambung cari cincin ni "

Aku mengangguk perlahan . Aku masih merasa serba tidak kena kerana fikiran aku diganggu dengan kata kata Jay . Aku kenal Jay , dia adalah seorang yang pantang menyerah sebelum mencuba . Apabila mencuba , berlebih lebih pulak tu . Entah apa yang dia rancangkan . Rayyan , semoga kau tabah .

*****

" Aku nak kau siasat siapa Rayyan Daez "

Lelaki berbaju hitam yang sedang melihat gambar ditangannya itu tersenyum .

" Senang je ni "

*****

Kereta diparking ditempat yang selalu digunakannya untuk memarkir kereta kesayangannya itu . Rambut dibetul kan sebelum enjin dimatikan . Pintu kereta dibuka kemudian ditutup semula . Setelah menekan 'lock' kereta , aku melangkah kearah menuju ke kafe . Syifa sudah menunggu di sana .

" Hoi sini kau . Ssup babe? Lama aku tak jumpa kau "

" lama apanya? Yang kau datang rumah masa kaki aku sakit tu apa? "

Syifa tersengih menunjukkan barisan giginya yang putih .

" Dude , i have something to tell you . Em ,, but i dont know how to start "

" cakap je lah cepatt "

Syifa memandang kearahku . Dia memberi fokus sepenuhnya dengan apa yang bakal aku beritahu kepadanya .

" Do you still remember the guy - "

" Kau kat malaysia sekarang ni . Takpayah nak speaking berhabuk sangat "

Aku pula yang tersengih mendengar perlian daripada Syifa . Oh ya , aku di Malaysia . Malaysia ialah negara dimana apabila kau bercakap bahasa asing ataupun selain bahasa melayu , kau akan dikecam dan dikatakan 'acahcah'

" Lelaki yang haritu .. yang lecturer baru tu . Ganti - "

" Yee encik Rayyan . Kenapa dengan dia? Kau ni lembab lah "

Sekali lagi ayat aku dipangkah Syifa . Eh perempuan ni , sabar je aku .

" Aku akan kahwin dengan dia . ASAP "

Jelas sekali Syifa sedang membenarkan lalat lalat berterbangan untuk masuk kedalam mulutnya . Aku menolak pipinya kasar apabila dia menjadi seperti patung tidak bergerak yang mulutnya ternganga .

" Kau? Kahwin? Lecturer? "

Aku mengangguk sebelum ketawa Syifa kedengaran kuat dan berdekah dekah . Apa yang kelakarnya?

" HA..HA..HAHAAA kauuu? Olivia Kaira Dato' Mukhriz nak kahwin? "

Ketawanya masih bersisa kemudian terhenti apabila Rayyan yang entah dari mana datang tiba tiba duduk dikerusi kosong sebelahku . Dia mengukir senyuman yang nampak begitu seram sekali dimata Syifa .

" Lawak ke untuk Kaira berkahwin dengan saya? "

Syifa menggeleng sambil tersengih . Aku memandang Syifa dengan senyuman sinis . Ambik kau , future husband aku dah datang menyerang .

" Awak buat apa kat sini? "

" Takda apa , baru habis kelas dengan budak budak tu tadi , pastu lalu sini "

Rayyan memuncungkan mulutnya kearah sekumpulan gadis yang tersenyum gatal kearah Rayyan . Fisha , ketua kumpulan itu mengeyitkan matanya kearah Rayyan sebelum melambai lambai kan tangannya dengan gedik sekali .

" Ha pergi lah layan dia . Kenyit kenyit mataa tu "

Rayyan memandang aku kemudian menarik wajahku memandangnya . Hidungku dicuit perlahan namun perbuatannya terhenti apabila Syifa berdehem yang dibuat buat .

" Dah laa , saya ada kelas dengan Syifa . See you later "

Aku bangun dari kerusi tetapi Rayyan menghalangku . Dia juga turut berdiri kemudian memberiku sekeping kertas seperti 'sticky note' berwarna merah . Diatas kertas itu tertulis ' I'll love you . Only you . Stop being jealous with other girls because i already chose you . Not them '

Senyumanku secara automatiknya terukir apabila membaca kertas itu . Rayyan sudahpun berlalu meninggalkan aku dan Syifa disitu .

" Tung lahhhh sweeeettt "

Syifa berkata kuat kemudian berjalan menuju kearah kelas . Aku mengikutnya dari belakang dengan senyuman yang masih bersisa . Terasa berbunga bunga hatiku membaca kertas itu .

Again , Rayyan Daez make my day .

Heartbreaker First Love ✔ | EDITWhere stories live. Discover now